setelah hampir dua minggu berada di tanah suci, aku melalui sedikit sebanyak pengalaman yang bagiku cukup berharga
sebab itu aku mengambil keputusan untuk berkongsi dengan pembaca blog ini, yang pasti TIDAK SEMESTINYA apa yang aku lalui itu sama seperti mana pengalaman jemaah lain
dan mungkin juga ada yang sama, Wallahualam
antara perkara yang sering ditanya oleh rakan-rakan ialah…kau ambil pakej mana? OK tak layanan diaorang? hotel dengan masjid dekat ke jauh? naik flight apa? apa pengalaman aneh? kau sakit tak? berapa kali kau dapat buat umrah?
tapi dalam banyak-banyak pertanyaan itu…yang menggungguli ‘carta pertanyaan’ dah tentulah…BERAPA HARGA PAKEJ?
selain itu pertanyaan yang tidak kurang ‘fofuler’ adalah…ADA TAK HARGA PAKEJ UMRAH YANG MURAH?
aduh, terus terang cakap, inilah persoalan yang paling payah aku nak jawab
bagi aku penjelasan blogger Ustaz Iqbal Safwan ini adalah yang paling baik untuk menjawab soalan-soalan yang sebegitu dan yang sewaktu dengannya
ini yang aku petik dari blog beliau;
Ramai yang apabila memilih Pakej Umrah, faktor harga yang murah menjadi keutamaan. Terutama kepada jemaah yang pertama kali menunaikan Umrah. Yang penting dapat ke sana, jalan jauh sikit tidak apa, katanya. Malah ada yang berkata, lagi jauh kita berjalan ke Masjid, lagi banyak pahala yang kita perolehi. Faktor keselesaan langsung tidak ada dalam kamus mereka.
Jadi apa masalahnya ?
Fitrah manusia sentiasa mahukan yang terbaik. Kita nak cari isteri pun nak yang cantik. Nak makan mesti nak yang sedap. Nak pakai baju pun nak yang cantik dan menarik. Mahal sikit tidak mengapa, asalkan hajat hati tercapai. Harga bukan persoalan utama. Yang penting kita dapat menikmati apa yang dihajati.
Semasa di tanah suci, apabila mendapati hotel penginapan jauh dari Masjid, baru kedengaran keluhan dari jemaah. Masing-masing menyuarakan rasa ketidakpuas hati mereka. “Kalau tahu macam ni, aku bayar double pun tak mengapa”, keluh jemaah. Malah ada yang sanggup membayar tambahan wang di sana, asalkan dapat tinggal di hotel yang dekat dengan masjid.
Yang rugi sebenarnya jemaah kerana terpaksa membayar dua kali kos penginapan di sana. Kos hotel asal yang jauh dari masjid dan kos hotel baru yang dekat dengan masjid. Itu bagi yang mampu dan membawa wang lebih di sana. Bagaimana yang tidak mampu ? Terima aja la seadanya..terpaksa telan walaupun pahit. Cuba tanya kepada mereka yang pernah ke tanah suci mengambil pakej harga murah. Sepanjang pengetahuan saya, yang sampai ke telinga saya ialah rasa penyesalan kerana memilih Pakej Umrah harga murah. Serik.
Cuba kita renung sebentar hakikat yang sering berlaku. Di sini jika kita nak ke masjid, walaupun jaraknya tidaklah terlalu jauh, jarang kita berjalan kaki. Keluar aje dari rumah, start motor terus jalan. Kita juga jarang exercise berjalan kaki pada masa-masa lapang sebelah pagi ataupun petang. Tiba-tiba bila ke sana, kita terpaksa berjalan kaki setiap hari pada jarak yang begitu jauh. Bayangkan, jika hotel kita 500 meter dari masjid. Ulang alik masjid ke hotel, sudah 1 km. Jika 5 kali dalam satu hari, sudah 5 km. Ini belum dikira jalan kaki semasa kita shopping. Belum dikira jalan kaki semasa kita bersaie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Untuk pengetahuan jalan kaki ulang alik antara Safa dan Marwah semasa mengerjakan Umrah sudah dikira 4km.
Cuba kita tanya diri kita sendiri, sebelum ke sana adakah kita sudah bersedia dari segi fizikal. Jawapan mudah, pasti belum. Kenapa ? Sebabnya kita jarang exercise berjalan kaki setiap hari pada jarak 5km atau lebih. Kerana itu, apabila kita mendapati hotel kita jauh dari masjid, baru timbul nada penyesalan kerana memilih pakej Umrah harga murah. Sesalan yang sudah terlambat. Nak pergi lagi sekali tak tahu bila..itu pun jika ada rezeki dan umur yang panjang.
Fokus utama kita ke tanah suci ialah untuk bertaubat dan memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa kita yang lalu. Disamping itu berhajat memohon doa supaya Allah mengabulkan permohonan kita. Untuk itu, maka kita berniat sampai sahaja di tanah suci, kita akan gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya iaitu meningkatkan lagi amal ibadah kita kepada Allah. Jika boleh, kita akan kerap melakukan ibadah Umrah seberapa banyak yang mampu. Sebelum dan sesudah solat, kita akan melakukan solat sunat. Kita juga akan memperbanyakkan tawaf sunat. Dan, kita juga akan kerap ke Masjidil Haram pada waktu tengah malam untuk melakukan Qiamullail. Begitu besar impian dan hajat kita. Tetapi mampukah kita?
Hotel penginapan yang dekat dengan Masjid membantu jemaah untuk kekal fokus dalam beribadah
Untuk merealisasikan impian kita itu, hotel penginapan harus dekat dengan Masjid. Untuk ulang alik ke masjid tidak jadi masalah. Malah jika terbatal wudu’ atau ingin membuang air, balik ke hotel untuk mengambil wudu’ atau melepaskan hajat lebih cepat berbanding jika kita pergi ke kawasan toilet di Haram. Untuk ke Masjidil Haram pada waktu malam di saat jemaah sedang nyenyak tidur di bilik, tidak jadi masalah. Jemaah boleh ke Haram untuk melakukan Qiamullail tanpa rasa takut dari segi keselamatan. Walaupun seorang diri ke Masjid. Tetapi jika hotel kita jauh, mampukah kita melakukannya? Berani ke kita seorang diri ke Masjid pada waktu tengah malam?
Bagi yang mengetahui dan pernah merasa kenikmatan atau keselesaan beribadah di tanah suci, harga bukan ukuran utama. Apa lah sangat nilai perbezaan harga jika dibandingkan dengan nikmat keselesaan beribadah di Masjidil Haram. Sebenarnya memilih hotel yang dekat dengan Masjid atau memilih hotel yang mewah, bukan menunjukkan kita ini ingin bermegah-megah. Jauh sekali ingin berlagak. Kita berbuat demikian bagi memastikan fokus kita ialah untuk beribadah sebanyak mungkin di sana. Kita ingin mengejar pahala sebanyak yang mungkin. Pada kesempatan waktu yang ada ini lah kita melakukannya.
Tetapi jika hotel jauh dari Masjid, ramai jemaah yang sebenarnya solat tidak cukup 5 waktu di Masjidil Haram. Mereka lebih kerap solat di dalam bilik hotel kerana sudah letih dan tidak mampu berjalan jauh ulang alik ke Masjid. Jadi apa maknanya, datang ke tanah suci tetapi solat lebih kerap di dalam bilik?
Jika kita berkemampuan, apa salahnya kita belanjakan harta kita itu ke jalan Allah. Jika kita ikhlas, saya yakin pasti Allah akan melipatgandakan lagi harta kita dengan menggantikannya dengan lebih banyak lagi. Belum ada yang jatuh miskin selepas mereka pulang menunaikan Umrah. Yang tambah kaya, ramai.
bercakap mengenai pakej umrah ni, aku memilih Felda Travel
itupun secara kebetulan kerana masa tu aku dok Goggle cari mana pakej yang murah…mula-mula aku ingat ia untuk peneroka Felda je hehehehe
bila harganya murah, dan kemudahan yang ditawarkan cukup menarik, aku takde fikir banyak terus pilih syarikat ini
bayangkan, dahlah aku dapat flight sewa khas terus ke Madinah, hotel pulak semuanya dekat ngan masjid…dan percaya atau tidak, harganya SANGAT-SANGAT REASONABLE!
maaflah aku tak bolehlah cakap berapa sebab kang dilihat nak promotelak, tapi Alhamdulillah, cukup worth it
tapi aku difahamkan kebetulan masa tu bukan time Ramadan, bukan time cuti sekolah, tu yang tak mahal, kalau tak ‘berpeluh’ jugalah istilahnya kan
lagipun Felda ada hotel sendiri kat Mekah, jadi mungkin kat situ mereka dapat jimatkan kos, Wallahualam
kelemahan? pasti ada…mana mungkin semuanya perfect, tapi Alhamdulillah kelemahan itu tak sampai menjejaskan ibadah yang aku nak laksanakan
apapun terpulanglah, tepuk dada tanya selera…..
terima sdra syahril………..satu info yang cari untuk membantu seseorang yang berhajat ke Tanah Suci.
terima kasih……………….salah pulak mengeja pagi2 ni
betul lah tu, sy setuju sgt tapi apa pun kita kena redha dengan apa yang telah Allah tetapkan, kadang ada murah tapi berbaloi2 dan sebalik nya mahal tapi cam hampeh!
Semua nya sekadar hendak menguji keimanan seseorang, menyingkap rahsia Allah tentang rezeki, jodoh pertemuan dan ajal maut…( 3 rahsia ini kepunyaan Nya sehingga hari kiamat )
wallahuaalam
Perkongsian yg sgt2 membantu utk org2 mcm saya yg mmg teringin nk ke sana.. 🙂
Bile la dpt jejak sana.. =(
Reblogged this on IrEnEaLiA bLoG.
bagi saya semua bergantung pada rezeki Allah..kali pertama pegi umrah, dengan package yang affordable sy dapat tinggal di hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram (100m) sebelum hotel itu dirobohkan. Semasa dia Madinah saya dpt tinggal di suite mewah.
Pada tahun ini saya dijemput lagi (Alhamdulillah)..package agak mahal dan hotel agak jauh (400m), tetapi jalan2 yg sy selusuri redup dan jemaah dalam grup kami semua baik dan makanan pun sedap.
great information.. reminds me for my latest umrah.. really wanna be there again. Hope at Hajj next year
Assalam..
terima kasih atas entri saudara yg sangat menarik ni. sy ambil masa 4 jam untuk membaca dari bahagian 1 hingga akhir. Rasanya amat berinfomasi dan berguna. Insya Allah 17 Mei ini saya akan menjejakkan kaki ke sana..moga-moga Allah permudahkan urusan saya..
Assalamualaikum..seronok membaca coretan saudara.. plan nk pegi dgn felda travel bulan jan 2014.. sebelum ni telah beberapa kali pergi dgn travel agen yg agak terkenal., semuanya ok. Mutawif pun sgt baik dan sentiasa membantu., tp hotelnya agak jauh sedikit
Saya akn bertolak mengerjakan umrah bbrp hari lg. Tp rasa mcm tersalah pilih pakej…jenis lps tgn sgt sgt.
Niat kena ikhlas & semua urusan samada mudah ataupun payah adalah dugaan.. Alhamdulillah, saya pergi haji, juga umrah semua dengan pakej yg sama.. Yang paling ekonomi..cuma saya selalu berdoa, agar selalu dapat jemputan ke rumah Allah.. dekat or jauh or lauk ke tak sedap.. sebenarnya banyak habis masa kat masjid.. jadi tak sempat saya nak fikir elok ke tidak pakej tu.. yg saya cukup thanks to Haji Ibrahim tu sbb ikhlas ajar kami sekeluarga & juga jemaah 2 lain..Jika ada extra wang, saya niat tolong saudara2 yg niat nak gi Mekah tapi tak cukup lgi wang.