salah seorang pelakon India yang bagi aku ‘brilliant’, Aamir Khan dah berlepas baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan ibunya, Zeenat Hussin dan sedara mara diaorang
baguslah, syukur kerana Aamir ada inisiatif itu di sebalik ‘huru haranya’ dunia perfileman Bollywood itu
bercakap mengenai Aamir Khan ni, kita takkan lupa filem hebat beliau terutama filem Three Idiots itu
filem boxoffice itu mengisahkan tiga orang sahabat Farhan Qureshi (R. Madhavan), Raju Rastogi (Sharman Joshi), dan Rancchoddas “Rancho” Shyamaldas Chanchad (Aamir Khan) yang belajar di Imperial College of Engineering yang memang cukup popular di India
cerita ini merupakan cerita lawak tetapi dalam lawok ada juga part-part yang sedih
watak Aamir Khan memang menjadilah, muka selamba sahaja bila bercakap, tapi memang lawak la
jenis hendak memberi nasihat kepada orang dengan cara memerli, siape yang kena tu, memang menusuk kalbu
satu lagi filem Lagaan
Lagaan lakonan Aamir Khan, Gracy Singh, Suhas Paliskar, Paul Blackthorne dan Rajesh Vivek mengisahkan bantahan penduduk sebuah kampung di India apabila penjajah British ingin menaikkan cukai tanaman sebanyak sekali ganda
penduduk kampung yang diketuai oleh seorang pemuda sedia berlawan kriket dengan pertaruhan sekiranya mereka menang, cukai itu akan dihapuskan
walaupun tidak tahu cara permainan itu, mereka belajar kerana menyedari cukai yang dikenakan telah membuatkan mereka tertindas
filem yang mendapat pujian karyawan filem India itu telah mewakili India ke beberapa festival antarabangsa
kalau korang pernah tengok kedua-dua filem, korang tentu dapat merasakan betapa hebatnya Aamir Khan, pelakon yang ada ‘class’ tersendiri
semoga beliau dan keluarganya mendapat haji yang mabrur, Amin.
Asalammualaikum w.b.t…En.Syahril,
Makcik pernah tgk cerita Lagaan …memang best…3 jam rasa mcam sekejap jer…
Alhamdullillah.InsyaAllah dia akan dapat Haji yang mabrur…lebih2 lagi bila sanggup bawak emak dan sedara mara.he is anytime better off than S.R.khan dan S.Ali Khan. Depa 2 org nama je Islam.
Ohh bertuahnya dia dijemput menjadi tetamu Allah. Lepas ni jadik Hj Aamir Khan (kalo kat mesia la…) hehehe…
amin… insyaALLAH hidupnya diberkati dan dirahmati…. smg dapat haji yang mabrur,,, amin yarabbalalamin…..
Assallamualikum.. Wah, tak sangka Amir Khan pergi menunaikan haji.. bertuah dia kan.. ye la, bahagian masing2 kan, dan Allah jugak yang tentukan siapa yang menjadi tetamuNya.. semoga kita juga dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.. Amin
bagusla, moga-moga lepas ni aamir khan dapat membawa isterinya memeluk islam….aaminn