BUKAN mudah untuk menjawat jawatan Ketua Pengarang sebuah akhbar pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia, sudah barang pasti cacian, kejian, ugutan dan tohmahan adalah ‘santapan’ hariannya
Bukan itu saja, orang yang duduk di atas kerusi panas itu juga terpaksa melayan ‘karenah’ orang dalam kerajaan itu sendiri termasuklah orang UMNO yang juga pemegang saham majoriti dalam Utusan Malaysia.
Selain itu, jawatan Ketua Pengarang juga berkait rapat dengan tampuk pemerintahan negara. Selalunya berubah saja kepimpinan Malaysia, maka ‘possibility’ untuk bertukar tampuk kepimpinan dalam sesebuah organisasi media adalah tinggi.
Dalam hal ini, anak kelahiran Pulau Pinang, Datuk Khalid Mohd ternyata berjaya mengharungi kesemuanya.
Dia ternyata ‘kalis’ dengan sebarang cacian, tohmahan dan ugutan mereka yang tidak sehaluan dengan konsep editorial Utusan Malaysia;
Dia ternyata berjaya ‘melayan’ kehendak orang kerajaan dan UMNO sendiri yang seringkali memualkan dan menjangkalkan;
Dia juga berjaya duduk di atas kerusi panas itu walaupun tampuk pemerintahan tertinggi negara bertukar tangan
Terus terang, tidak ramai Ketua Pengarang media arus perdana yang berjaya mengharungi badai atau perkataan lebih tepat, tsunami yang maha hebat itu.
Ramai yang terkandas di tengah dan ramai juga terpaksa mengamalkan konsep ‘jilat buntot’ dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka. Ternyata mereka yang memilih opsyen kedua juga sering menempuh kegagalan yang sama.
Dalam hal ini, salut harus diberikan kepada Khalid Mohd. Dia berjaya ‘menari’ dalam keributan dan dia juga bisa ‘menerjah’ dalam kelembutan.
Sepintas lalu, Khalid Mohd sebenarnya individu yang sangat digeruni dalam Utusan Malaysia. Namakan saja editor yang paling garang dengan wartawan, nescaya dia juga akan ‘terkulai’ jika berhadapan dengan Khalid Mohd.
Namun di luar pejabat, ternyata Khalid Mohd adalah orang yang 360 darjah berbeza. Hampir seminggu tidur dan makan dengan beliau sewaktu membuat laporan khas tsunami di Aceh bagaikan menceritakan segalanya.
Khalid Mohd juga adalah seorang yang cukup ‘low profile’ berbanding segelintir Ketua Pengarang akhbar lain yang ‘flamboyant’ dan sentiasa mahu wajah mereka terpampang di akhbar (walaupun cuma majlis serah jersey bola). Sebab itu aku tidak hairan jika ramai yang tidak tahu mengenai Khalid Mohd.
Yang agak merimaskan aku adalah penampilannya yang terlalu simple. Beliau hanya memakai tie dan berkot kalau urusan yang perlu dihadirinya benar-benar memerlukan ‘dres code’ yang rasmi seperti menemuramah Perdana Menteri atau urusan rasmi kerajaan.
Namun di sebalik semua itu, Khalid juga terpaksa membayar harga yang tinggi apabila ramai orang di luar termasuk dalam Utusan Malaysia sendiri yang tidak menyenanginya. Gaya pengurusannya sering menimbulkan kontroversi, gaya kempimpinannya sering menimbulkan ketegangan dan gaya penulisannya pula sering menimbulkan pertikaian.
Biar apapun, Khalid Mohd ternyata tidak pernah megah dek puji, mati dek keji. Hanya sejarah akan menilai apa yang telah dilakukannya.
Selamat bersara Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Khalid Mohd.
SAK: Melihat Khalid Mohd sebagai seorang manusia.
hanya setahun dpt berkhidmat di bawh pemerintahannya…
sbb aku br bersama utusan 010807…
tp karektor nya x ubah mcm ayah aku…
tringat swaktu dia menziarahi biro putrajaya sempena siri lawatannya seblm persaraan beliau…
dari raut wajahnya menggambarkan kepuasan dlm menerajui utusan wpun terpaksa turun naik mahkamah menyelesaikan kes saman berjuta gara2 sikap telampau berani wartawannya…
nway…slamat bersara ayahanda Datuk Khalid…
akn ku teruskan perjuangan…:)
hehehhe…sean…bukan hang dulu selalu kena bambu dengan dia kaaa???…takpa…tu pengalaman…kalau tak kena bambu dari dia dulu…takkan hang jadi sehebat ni…hehehhe….
p/s: Hang dah pi mintak mahap kat dia ka? dulukan hang ada kutuk dia jugak kat depan aku….hehhehehe…
tegur menegur itu tanda kedewasaan
tapi kalau dengan hang aku akui, aku bukan tegur hang, melaknat hang adalah, muhahahaha
(jgan marah bang zam, satgi cheq blanja cendoi)
pungkoq hang!!!!…muahahahhaha….setakat cendoi apa kelasssss….paling kurang pun Victoria Station kaaaa….amacam? ada berani?
Selamat Bersara Tuan Ketua Pengarang.
Satu hal yang aku pikir semua orang akan setuju bersama aku bahawa x-bos aku ni cukup suka bab makan especially ketika outstation lah. Ada projek Utusan ke.. atau assignment. Aku pernah tengok dia cedok lauk bubuh kat pinggan kawan aku. Masa func. pancing di langkawi. Sambil letakkan lauk kat pingan tu mulut dia tak henti-henti ajak kita makan bersungguh-sungguh. (Tak ubah macam chef wan ketika dia handle program masakan tu..) Banyak kali aku tengok. Elemen garang, tegas, menakutkan hilang sama-sekali. betul la macam mysara cakap macam sorang ayahanda.
Tapi yang aku kesian la dia pi turun minum kat kantin, dia duduk sorang je. Tak de sorang pun berani duduk sama. Pelik betul. Yang bestnya, bila dia masuk kantin, satu persatu yang ada dalam kantin angkat punggung. Kantin yang meriah tiba-tiba jadi sunyi sepi. betul takkkk bro.
Tapi adat hidup, ada suka, ada tak suka.
Cuma aku nak berkongsi satu keputusan yang dia buat secara tiba-tiba tetapi mempunyai impak yang besar gila-gila adalah kisah penderitaan adik Hui Yee.
Kisahnya macam ini. setelah berbulan-bulan (mungkin tahun kot) kisah penderitaan Hui Yee disiarkan Utusan, tapi sampai ke sudah tak ada penderma tampil untuk bantu ataupun tak ada pun hospital offer orang yang mungkin sudah tak ada chance nak hidup offer organ untuk didermakan.
Satu pagi, (dlm meeting pagi) dia tanya apa cerita Hui Yee. Berapa lama lagi dia boleh hidup dengan jantung mekanikal tu. Then kita jawab dua bulan lagi dia boleh hidup dengan jantung mekanikal itu.
Dia pun macam biasa menampakkan rasa tidak puas hati (urut janggut dan genggam buku lima)dan berkata sesuatu perlu dilakukan. Walaupun Hui Yee itu Cina, tak pa lah surat khabar Melayu mesti lead isu ini.
(utuk pengetahuan ko, memang Utusan pun carry storu Hui Yee sepanjang tu pun. surat khabar lain tengok macam cerita biasa penderitaan seorang rakyat Malaysia ataupun habis kuat dia kata AGENDA UTUSAN)
So lepas tu dia terus buat keputusan kali ini kita buat habis-habisan. Cari gambar paling menyentuh hati, bubuh page one. Kempen sampai dapat. Itu muncul Kempen Mencari Jantung Hui Yee ke atau seumpamanya lah.
Biasalah bila Utusan letak page one. Semua melompat. YB sana komen, YB sini komen. Ngo sana komen, Ngo sinun pun komen. Menteri Pun lawat. Then dah jadi isu nasional. Semua paper yang kata (itu agenda Utusan) pun pakai story .
Sama ada kebetulan atau pun memang dah rezeki Hui Yee, dua atau tiga hari lepas tu ada penderma. Tak silap dari setiawan. Tapi tak ngam. Mujur lepas tu ada seorang lagi penderma. Kali ini ngam. Pendek cerita, gerakan `selamatkan’ Hui Yee terus diperhebatkan sampai dia boleh keluar IJN.
Alhamdulillah. dengar cerita dia semakin okay sekarang kan. Apa-apa pun sesungguhnya yang baik dan benar itu datang dari Allah s.W.T. Kita hanya mengusahakannya.
Sebab tu bila aku ingat kes ini aku sedih sangat bila orang kata Utusan ni perkauman sangat. Jadi kita mesti BOIKOT. Yang bestnya yang kata boikot tu orang Melayu jugak.
Padahal selain Hui Yee, ada banyak lagi rakyat Malaysia bukan Melayu yang Utusan bantu seadanya.
Itulah bila report tak kena dengan kepentingan mereka, terus kata tak adil. Tak paham aku…
eh.. eh dah ke lain pulak.
Berbalik pada kisah Hui Yee tadi itu lah salah satu daripada simple decision yang dia buat tapi dah jadi satu impak yang besar.
Bukan nak kata dia atau Utusan dah selamatkan Hui Yee. Doktor-doktor IJN tu lagi hebat. Cuma apa yang aku cakap sini adalah dengan sedikit keprihatinan dan usaha, benda tu dah jadi sebaliknya.
Mungkin juga kalau tak ada kempen pun, dua tiga hari lepas tu Hii Yee dapat penderma..
Aku rasa ko pun ada banyak pengalaman lain dengan ex-bos kau tu.
terima kasih SAC di atas komen panjang lebar itu, ermm, tak teringin nak wat blog ke, gua org pertama akan potong riben lu punya blog!