Feeds:
Posts
Comments

 

1559629_10152535845718050_4111901130282835177_n

Sahabat dan rakan-rakan sekalian, Malaysia, pemimpin dan kita semua sekali lagi ditimpa musibah bila MH17 diserang hingga habis kesemua di dalamnya kemungkinan menemui ajal.

 

Ketahuilah, tidak ada musibah yang Allah timpakan kepada hambaNya, melainkan ia sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya.

 

Dan musibah merupakan salah satu sebab seseorang dicintai oleh Allah, bahkan semakin besar musibah yang Allah berikan, maka semakin besar pula pahala dan kecintaan Allah kepada hamba tersebut.

 

Rasulullah SAW bersabda,

 

“Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya cubaan (musibah), dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan kepada mereka, maka barangsiapa redha, maka baginya keredhaan dari Allah dan barangsiapa yang benci, maka baginya kebencian dari Allah”
(HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

 

Nota: Di atas ini adalah gambar juruterbang MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin.

 

264990_101153040055483_330919967_n

RAMADAN tiba lagi

namun aku agak sedih kerana kami masih menumpang surau sementara, entah bila mampu memiliki surau sendiri

sejak aku terlibat dalam dunia blogging dan FB, jarang sangat korang akan tengok aku ‘merayu, merintih’ untuk mendapatkan derma atau sumbangan

tapi kali ini, dengan rasa rendah hati, aku merayu sekiranya ada di antara korang yang teringin untuk menambah ‘saham akhirat’, bantulah kami untuk menjayakan rancangan membina surau baru bagi menggantikan surau sedia ada di kawasan perumahan kami

sekali lalu, mungkin ada yang merasakan bahawa untuk membina surau bukan payah sangat pun, letaknya pula di ibu negara, pasti PETIK JARI saja untuk membangunkannya

drawing

tapi hakikatnya tidak semudah itu, kos bahan binaan semakin meningkat, apatah lagi kos upah jentera, kos pekerja dan segala jenis kos lagi

nak harap sumbangan penduduk, mungkin boleh tapi ia sudah tentu mengambil masa sedangkan ahli kariah makin ramai, surau makin uzur

pun begitu, Alhamdulillah, tabung surau kami dah mula ‘bergerak’ hasil inisiatif ahli jawatankuasa dan juga orang perseorangan yang mahu melihat projek surau baru kami itu berjaya direalisasikan

Alhamdulillah, sewaktu dan AJK surau pergi jumpa Ust. Don, dia pun sedia membantu

Alhamdulillah, sewaktu aku dan AJK surau pergi jumpa Ust. Don tahun 2012, dia pun sedia membantu

aku bersyukur, dalam pada dok pening bagi memikirkan dana yang diperlukan, sekurang-kurangnya benda paling asas iaitu kerja-kerja pembersihan kawasan, penebangan pokok-pokok dan kerja-kerja meratakan tanah telah pun bermula

kos21

nampak macam simple, tapi kerja-kerja begini pun dah menelan berpuluh ribu ringgit

Alhamdulillah, dah mula meratakan tanah...

Alhamdulillah, dah mula meratakan tanah…

nasib baik hasil gotong royong masyarakat setempat dapatlah mengurangkan sedikit kos

surau kami bernama Surau Al-Qudwah, terletak di Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling Jaya, Selangor dah telah pun mendapat kelulusan daripada pihak-pihak bertanggung jawab terutama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk didirikan

Doc1 tn

ketika entry awal dulu aku mengumumkan mengenai pembinaan surau ini, ramai yang hantar emel meminta nombor akaun aku, Alhamdulillah… baca DI SINI

begini sajalah, di sini aku sertakan terus nombor akaun surau kami itu, tak perlulah melalui akaun aku, kalau boleh aku tak mau satu sen pun sumbangan masuk ke akaun peribadi aku tu, lebih afdhal…sekurang-kurangnya takdelah aku dipersoalkan di akhirat nanti kalau berlaku apa-apa

manalah tahu aku terambil gi beli rokok, mau kena panah petir hahahahaha

baik ini nombor akaunnya,

Infaq Pembinaan Surau Al-Qudwah
No Akaun : 8600643879 CIMB

481698_101146743389446_1511237780_n

sebelum aku menamatkan entry ini, aku tinggalkan korang dengan ayat ini

“ APABILA SEORANG ANAK ADAM MATI, NESCAYA AKAN TERPUTUSLAH SEGALA AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA, SEDEKAH JARIAH ATAU ILMU YANG MEMBERI MANFAAT ATAU ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKAN KEBAIKKAN UNTUKNYA KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPANYA “

Wallahualam.

image

image

image

image

Umrah Kedua…

14042010975

INSHA ALLAH dalam masa beberapa jam lagi aku akan menaiki pesawat ke Madinah untuk mengerjakan umrah buat kali kedua

tiada apa yang nak dibanggakan sama ada kali pertama, kedua atau berapa kali pun ke tanah suci

yang penting adalah keikhlasan kita untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh kepada-Nya, dan hanya untuk-Nya

cuma sudah tentu darjah dan barokah beribadah di tanah suci ini tidak sama kerana ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri

tiada apa yang aku harapkan selain daripada Allah menerima ibadah dan taubatku, insan yang penuh kesilapan dan dosa ini

tak mampu nak tulis banyak-banyak…cuma berdoa agar segalanya dipermudahkan di tanah suci nanti

pada kesempatan ini aku memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada coretanku mengguris perasaan atau menyakitkan mata yang membaca

sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari aku sendiri

salam,

SYAHRIL A. KADIR

Petaling Jaya, Jun 2014

 

SESIAPA yang dulu pernah tengok drama bersiri Opah, pasti kenal pelakon ini, Abu Bakar Kassim. Dia juga untuk pengetahuan korang adalah pengurus Perbadanan Stadium Merdeka

sebenarnya aku dengan Bakar ni ada kenangan yang sungguh-sungguh tak dapat aku lupakan!

kisah ni ada aku ceritakan kepada beberapa orang sahabat aku sebelum ini

kalau korang masih ingat, pada tahun 1992, Malaysia menentang Indonesia dalam final badminton Piala Thomas di Stadium Negara

Bakar ni kebetulan tinggal satu taman perumahan dengan aku di Pandan Jaya dulu, aku ni tak pernahlah bertegur sapa

dengan Bakar ni, sekadar kenal melalui drama Opah tu

masa tu aku baru belajar di Tingkatan 4, aku teringin betul nak tengok game tu masalahnya aku takde tiket, pastu bas awam Tong Fong pula pukul 11 malam dah tak beroperasi, pening aku dibuatnya

tapi last-last aku nekad juga pergi stadium…entah macam mana masa sampai kat sana ada sorang brader Indon ni tak jadi nak masuk stadium, rupanya dia takut bila tengok FRU ramai sangat sebab dia ni takde pasport, apalagi takde citer banyak aku pun beli tiket kat dia

fuh, satu benda dah settle.

aku dapat kerusi nun jauh dari gelanggang, nampak Rashid Sidek kecil je macam semut, tapi aku tak kisah janji aku dapat tengok

lawan punya lawan kira abis ceritalah, Malaysia menang Piala Thomas

problem kedua, nak balik dah takde bas sebab dah pukul 1 pagi, entah macam mana aku leh nekad pergi jumpa Bakar kat stadium sebab aku tahu dia manager kat situ

” Abang, saya kenal abang dalam drama je, tapi saya selalu jumpa abang kat Pandan Jaya sebab rumah saya kat situ, abang, boleh tak saya tumpang abang balik rumah sebab bas Tong Fong dah tak jalan pagi-pagi buta ni,” kata aku dengan muka toya abis

” Boleh tu boleh dik, tapi abang kena make sure stadium ni dah lengang baru abang boleh balik tau, silap-silap sampai subuh pun tak clear lagi,” kata Bakar. Aku punyalah happy, masa tu aku dah tak peduli, subuh pun subuhlah janji aku dapat balik rumah

rupanya tak sampai setengah jam dia dah sound aku suruh standby

” Adik, abang nak bawa kau pergi makan dengan Rashid Sidek, Razif, Jalani, Kok Keong, Soon Kit, semualah…lepas ni kami nak celebrate kemenangan ni kat Concorde Hotel,” kata Bakar

korang tahu tak aku macam nak pengsan punya seronok bila Bakar cakap macam tu

siapa sangka, daripada takde tiket, takde bas, tetiba aku bukan saja boleh balik tapi siap boleh supper ngan player lagi

masa aku sampai kat Concorde, aku masih ingat punyalah meriah sambutan tu, apa taknya, dah bertahun kita tak menang Piala Thomas

ni part paling best, bila aku salam ngan player-player kita tu dan duduk makan semeja ngan diaorang, aku masih ingat yang aku ni tengah mimpi time tu

esok tu bila sampai sekolah, apalagi aku punyalah bercerita pasal benda tu daripada start kelas sampai habis sekolah

dan untuk pengetahuan korang, sampai sekarang member-member aku ingat aku cuma kelentong pasal peristiwa malam Piala Thomas tu hahahahaha

kepada member-member lama aku yang baca entry ini percayalah, SEBENARNYA AKU TIDAK KELENTONG KORANG, IA BENAR-BENAR BERLAKU siot

dan kepada abang Bakar, saya tak dapat lupa jasa abang kerana tumpangkan saya balik dan bawa saya makan dengan Rashid Sidek, gua memang tak boleh lupalah!

aku memulakan zaman belajar di tadika Cina

entah apa yang dia ajar dan entah apa yang aku faham, sampai sekarang yang aku tahu hanyalah e, erk, sang, sek (satu dua tiga empat), lebih pada tu HARAM

then aku mula masuk Sekolah Kebangsaan Seri Permai di Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Kerteh di Terengganu dan seterusnya Sekolah Rantau Petronas juga di Terengganu

zaman menengah aku di Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur

kalau nak citer bab cikgu-cikgu ni, rasanya dah berdozen mengajar aku, maklumlah asyik pindah randah je

dan daripada kecil lagi, aku cukup minat subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris terutama bila masuk bab buat karangan

aku masih ingat lagi, kalau tiba time buat karangan, akulah orang yang paling beriya-iya dalam kelas

masa tu cikgu hanya ajar tiga perenggan je…pembuka, tengah dan penutup, tapi kengkadang sebab teruja punya pasal aku leh terlajak sampai lima enam perenggan

sampai ada sorang cikgu ni pernah ‘sound’ aku…kau ni nak kerja wartawan ke?

masa tu apa kejadahnya kerja WARTAWAN pun aku tak tahu

cuma yang buat ‘slack’ sikit ialah tulisan aku, bab ni memang aku fail la, tulisan aku memang buruk giler dari dulu sampai sekarang (matilah buat pengakuan terbuka)

seingat-ingat aku karangan pertama yang aku buat adalah AKU SEBATANG PENSIL, masa tu Cikgu Zainab (cewah ingat lagi) bagi aku satu bintang, dia kata kalau tulisan aku cantik, mungkin dia bagi dua bintang (nasib baik dia tak cakap Tiga Bintang, aku dah terbayang komunis)

dan dari karangan Aku Sebatang Pensil itulah yang menjadikan aku seperti mana sekarang…siang menulis, malam menulis, nak tidur pun aku menulis

aku akan menulis tentang apa saja yang ada depan mata aku

tak sangka pula daripada hanya sekadar minat, rupa-rupanya aku betul-betul jadi wartawan, masin mulut cikgu aku tu

disebabkan itu jugalah, di kala budak lain minta hadiah yang grand-grand masa birthday, akulak minta arwah abah belikan aku typewriter, masa tu aku sekolah rendah lagi

masa Form 2. dah ada gaya nak jadi wartawan hehehe

bila masuk sekolah menengah, aku minta arwah belikan typewriter eletrik pulak, masa tu manalah ada laptop

actually entry ni bukan nak cerita apa, it just nak bagitahu betapa aku cukup terhutang budi kepada cikgu-cikgu aku yang telah mengajar aku apa itu penulisan dalam erti kata yang sebenarnya

daripada hanya sebuah tajuk klasik AKU SEBATANG PENSIL, aku mendapat peluang untuk menulis pelbagai perkara, dan dengan tulisan jugalah, aku berpeluang mengembara ke banyak negara, mengenali ramai personaliti terkenal, menyelami perasaan golongan marhaen dan gelandangan, membuat liputan kes jenayah yang menggegarkan dan pelbagai perkara lagi yang tak pernah aku gambarkan sebelumnya

Tun Daim Zainuddin

Tun Dr. Mahathir

bersama Chin Peng di Hatyai, Thailand

dan dengan penulisan itu jugalah, lahirnya blog ini, blog yang penuh dengan cerita merapu dan gembira, sedih dan tawa, rindu dan airmata

 

aku mungkin terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru, tapi aku tak mungkin lupa jasa dan pengorbanan mereka, dulu, kini dan selamanya

SAK: Buat Cikgu Sham yang telah kembali ke rahmatullah…abang, blog ini menemukan kita dan blog ini juga menyaksikan abang pergi buat selama-lamanya, jasa abang pada saya dan anak bangsa kita tak mungkin dapat dibalas sampai bila-bila. Semoga abang bahagia ‘di sana’, saya doakan. Al-Fatihah.

cv

AKU tak tahulah sampai bila diaorang bertiga ni boleh bertahan.

Hari-hari berhadapan dengan media luar negara yang sesuka hati mak bapak diaorang nak tanya soalan, dimaki hamun keluarga penumpang di KL dan Beijing, dibidas dan diperkecilkan masyarakat antarabangsa.

Pada masa yang sama tertekan dengan MH370 yang tak jumpa-jumpa, dibebani dengan pelbagai teori dan gambar satelit yang belum terbukti, merayu sana-sini pakar seluruh dunia untuk operasi SAR dan pelbagai lagi.

Namun aku percaya, majoriti daripada kita tetap berdoa dan yakin bukan saja dengan tiga orang ini, tetapi kesemua mereka yang terlibat secara langsung dalam operasi SAR yg dijalankan.

Semoga Allah beri kekuatan kepada mereka semua.

Betullah kata Hishammuddin – sejarah akan menghakimi mereka.

tn-1

ALHAMDULILLAH…selesai perbincangan dengan wakil sebuah syarikat penerbitan buku terkenal.

Rasa terharu kerana beliau sanggup datang jumpa aku yang hanya berjeans lusuh dan ber t-shirt kusam ini.

Lebih terharu dengan kesungguhan beliau dan syarikat tersebut yang mahu menerbitkan buku tulisan aku, seorang wartawan cap ayam yang bukan siapa-siapa.

Bro, bahasa saya ni sempoi-sempoi saja, takut hanya layak dibakulsampahkan je nanti, kataku pada beliau.

Dia jawab, tak mengapa, yang ‘sempoi’ itulah yang kita cari, adoyyyy.

Terus terang, sepanjang hidup aku, aku tak pernah terfikir untuk menulis sebuah buku, apatah lagi untuk menulis pengalaman aku selama menjadi wartawan jenayah.

Tak mengapa, aku terima cabaran ini.

Yang penting buku itu kelak bukanlah untuk ‘mengangkat’ diri sendiri, tetapi sebagai satu testimonial dan penghargaan aku pada korang semua yang sanggup menjadi sahabat, rakan dan teman aku selama ini.

Doakanlah aku agar projek buku ‘Kisah Seorang Wartawan Jenayah’ ini bakal direalisasikan.

Sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah juga yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Imran 3:54)

10147136_10152270957863050_875210863_o

Semua tahu betapa sejak hari pertama MH370 hilang, disebalik kesibukan tugas harian, saya mencuri masa saya untuk berkongsi maklumat pencarian pesawat itu dgn rakan-rakan semua khususnya dalam Facebook.

Tak pernah miss kekadang membawa ke Subuh.

Ini kerana inilah saja yg mampu saya lakukan sbg tanda kesedihan dan keprihatin pd insiden ini.

Kelmarin saya ‘mencuri’ sekejap masa saya utk berehat di Pulau Bali, Indonesia setelah berminggu bertugas.

Namun malam ini airmata saya menitis bila menonton breaking news dari CNN dr kamar hotel saya.

Saya akan kembali segera ke tanah air.

Tiada makna lagi saya di sini. Al Fatihah dan takziah dr saya.

Tak mampu lg nk berkata apa-apa..

mh370_angry_relative_11032014-840x560

KUALA LUMPUR – Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, di Sepang, Selangor, Jumaat:

“Malaysia terus berusaha menangani cabaran diplomatik, teknikal dan logistik melibatkan operasi mencari MH370.

“Kami masih menunggu maklumat daripada operasi mencari dan menyelamat Australia mengenai sama ada objek dipaparkan dalam imejan satelit dikeluarkan Australia semalam (20 Mac) benar-benar berkaitan dengan MH370.

“Pada masa yang sama, kami meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kawasan koridor selatan dan koridor utara yang masih belum diliputi. Kini, saya akan berikan taklimat perkembangan terkini operasi.

Perkembangan operasi

“Usaha mencari di barat daya Perth diteruskan, dan pihak berkuasa Australia mempergiatkan usaha mereka di kawasan itu. HMAS Success dijangka sampai ke kawasan objek itu esok (22 Mac).”

“China menghantar lima kapal dan tiga helikopter yang sedang menuju ke koridor selatan. Tiga pesawat China (dua Ilyushin IL-76s dan satu Shaanxi Y-8) tiba di Malaysia pada 11 pagi ini (21 Mac). Ia juga akan melakukan pencarian di koridor selatan.

“Jepun menghantar asetnya ke Perth, termasuk dua pesawat P-3 Orion, untuk membantu Australia dalam usaha mencari.

“Pagi ini (21 Mac) saya bercakap dengan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom yang mengesahkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah bercakap dengan Perdana Menteri UK (David Cameron), dan HMS Echo sudah dalam perjalanan menuju ke selatan Lautan Hindi untuk membantu usaha mencari. Beliau turut mengesahkan bahawa UK akan memberikan kita senarai aset yang mungkin boleh dikerahkan jika perlu.

“Beliau turut mengesahkan bahawa, sebagai tambahan kepada bantuan teknikal diberikan setakat ini, ia juga bersedia memberikan bantuan pakar pencarian dan penyiasatan sebaik sahaja lebih banyak maklumat mengenai nasib MH370 diketahui.

“Saya juga berhubung dengan delegasi Perancis, diketuai Duta Besar Perancis di Malaysia, dan termasuk individu yang mengetuai penyiasatan nahas Air France 447 terhempas. Mereka telah bersetuju untuk membantu kita berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka.”

“Saya juga akan menghubungi Setiausaha Pertahanan AS pada 21:15 malam ini (21 Mac), untuk memohon aset khusus lain untuk membantu usaha mencari dan menyelamat, termasuk kenderaan beroperasi menggunakan alat kawalan jauh bagi pencarian di laut dalam.

“Pihak Kazakhstan telah memberi jaminan kepada kami bahawa mereka tidak menemui sebarang kesan MH370, dan kami sedang menunggu kebenaran bagi Kazakhstan digunakan sebagai pusat bagi operasi mencari.

“Mengenai penyiasatan polis, polis Ukraine telah mengesahkan pemeriksaan latar belakang terhadap penumpang warga Ukraine mendapati mereka ‘bersih’.

Pemerosesan data satelit

“Saya mahu bincangkan secara ringkas pemerosesan data Inmarsat.

“Pasukan penyiasat menerima data kasar satelit Inmarsat yang lengkap termasuk enam ‘handshake’ pada kira-kira 15:00 Rabu, 12 Mac.

“Data jenis ini biasanya tidak digunakan dalam penyiasatan seperti ini. Oleh kerana kita hanya mempunyai begitu sedikit maklumat lain untuk digunakan dalam situasi sukar dan tidak pernah berlaku sebelum ini, menyebabkan data ini digunakan.

“Sebaik menerima data kasar, pihak berkuasa Malaysia serta merta berbincang dengan pasukan AS mengenai bagaimana data ini boleh digunakan. Pasukan AS dan pasukan penyiasat kemudian menghantar data ini ke AS, kerana ia memerlukan pemerosesan lebih lanjut sebelum boleh digunakan.

“Keputusan awal diterima pada Khamis 13 Mac pada kira-kira 13:30, tetapi telah dipersetujui oleh pasukan AS dan pasukan penyiasat bahawa ia perlu diperhalusi lagi, jadi data itu sekali lagi dihantar ke AS.

“Keputusan diterima pada kira-kira 14:30 Jumaat 14 Mac, dan dibentangkan kepada pasukan penyiasat pada mesyuarat peringkat tinggi pada 21:00 Jumaat. UK AAIB, yang turut memproses data ini secara bebas, membentangkan keputusan mereka – yang selaras dengan keputusan kami dan pasukan AS – pada mesyuarat itu.

“Perdana Menteri diberikan taklimat mengenai maklumat satelit ini pada 08:00 Sabtu, 15h Mac, dan mengumumkannya pada sidang akhbar pada waktu makan tengah hari Sabtu. Operasi mencari dan menyelamat dialih ke koridor utara dan koridor selatan.

Penjagaan keluarga

“Malam tadi di Kuala Lumpur kami mengadakan taklimat untuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Seperti saya nyatakan dalam kenyataan semalam, taklimat itu untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada anggota keluarga, dan untuk menjawab soalan dan menjelaskan sebarang kekeliruan.

“Mesyuarat itu telah dihadiri anggota keluarga dari negara berlainan, termasuk Malaysia, dan wakil Kedutaan China di Kuala Lumpur.

“Delegasi peringkat tinggi Malaysia, termasuk wakil Malaysia Airlines, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara turut menghadiri mesyuarat.

“Perbincangan berlangsung secara konstruktif dan berterus terang. Walaupun kami menjawaB hampir semua soalan dikemukakan, kami tidak dapat menjawab semuanya. Taklimat ini akan diteruskan – mengikut kesesuaian keluarga – selagi keluarga mahukannya.

“Taklimat menjadikan anggota keluarga dan pihak berkuasa Malaysia lebih rapat, bukan sahaja dari segi berkongsi maklumat, tetapi juga dari segi
mendengar suara hati anggota keluarga.

“Duta Khas Perdana Menteri ke China akan menyelaraskan taklimat di Kuala Lumpur mulai sekarang.

“Pasukan peringkat tinggi saya umumkan semalam tiba di Beijing malam tadi. Hari ini mereka bertemu dengan anggota keluarga selama tiga jam setengah.
        
Kenyataan penutup

“Usaha mencari akan diteruskan melibatkan pelbagai negara dari seluruh dunia dan diselaraskan Malaysia. Kami terus menerima tawaran bantuan, termasuk aset khusus yang dapat membantu operasi mencari dan menyelamat. Kami mengalu-alukan semua bantuan tatkala kami meneliti semua petunjuk berwibawa. ” – BERNAMA

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.