pengalaman membuat liputan kes Norita Samsuddin (2)

no.jpg

Kondominium Puncak Prima Hartamas (tempat mayat Noritta ditemui)

rupa-rupanya entry aku mengenai kes pembunuhan Norita Samsudin mencatat rating tertinggi dalam blog ini. Ramai tertanya-tanya mengenai bahagian kedua entry tersebut, bila nak sambung? bila nak share info rahsia? adakah VIP terlibat dan berbagai lagi

well, aku sebenarnya tidak berminat untuk berkongsi ‘terlalu banyak’ the other side of story ini. Bukannya apa, kes ini terlalu banyak ‘hearsay’ atau dengar cakap, ibarat kita lepak di kedai kopi, ada aje benda yang diperkatakan walaupun kesahihannya boleh dipertikaikan.

Bagi aku apa yang dimuntahkan di dalam mahkamah pun sudah cukup, tak perlulah penghuraian panjang lebar.

Lagi pun semuanya kini sudah tinggal sejarah, Noritta sendiri sudah lama pergi menghadap Penciptanya, mahkamah pun dah buat keputusan…suspek utama pun sudah dibuktikan tidak bersalah.

Cuma satu kita harus diingat, in other words, the killer still remain at large tau.

Bagiku, cukuplah kisah peribadi arwah ‘ditelanjangkan’. Biarlah dia pergi dengan tenang dan penuh redha. So apa lagi?

Aku akui, sebagai wartawan yang terlibat secara langsung dalam penulisan berita kes pembunuhan tersebut, aku sering diburu rakan media, sanak saudara dan tidak ketinggalan jiran tetangga yg hendak dapatkan so call ‘cerita sebenar’ di balik kisah pembunuhan itu

Kekadang aku pun nak ketawa juga, siapalah aku…lainlah aku ni pegawai penyiasat, mereka seolah-olah lupa aku ni wartawan je cik kak oii.

Seperti wartawan di negara barat, tringin gak aku nak wat aku punya own investigation macam reporter kes skandal Watergate tu, tetapi dengan pelbagai kengkangan, akta, peraturan dan segala mak nenek di Malaysia negara tercinta ini, korang kena faham-faham sajalah ye cik Kiah

apapun, aku rasa biarlah masing2 menjalankan kerja masing-masing, dalam hal ini pasukan polis kita memang dah terlatih untuk buat kerja diorang, so, biarlah mereka yang melakukannya…biar doktor buat kerja doktor, peguam buat kerja peguam, wartawan buat kerja wartawan. Bukan apa, Islam ada meyatakan, kalau kita meletakkan seseorang itu bukan dalam bidangnya, maka tunggulah saat kebinasaan…

Apa yang aku hendak kongsi cuma satu pengalaman sewaktu kali pertama dimaklumkan dengan kes pembunuhan ini. Tunggu dululah, nanti aku citer, takde mood lak sekarang. Chiao!

About these ads

10 Comments

Filed under Uncategorized

10 Responses to pengalaman membuat liputan kes Norita Samsuddin (2)

  1. Makcik Ai

    Bro,
    Masa bro berhempas pulas nih, makcik kat mana ek? Tak joint lagi the Crime rasanya… tapi kira bro dapat cover kes, kira rezeki tepijak tau, tak selalu kita dapat kes yang bosa-bosa macam nih! And u one of the lucky reporter do the job very welllll!
    But the thing is….amacam akhirnya misteri tak terjawab? Jika untuk kes sebesar ini pun berakhir dengan ??????? wat do u aspect for the case of Altantuyya, kira ??????? ni juga ka? Lagi kan keputusan makmal kimia pun kata semua result tak betul, camno?!
    Tapi imagine ek, kalau kes-kes ini dapat dek reporter mat salleh?….camno ek? habis semua depa kasi bogel kot, polis pun tabik!

  2. SUHARNE

    ABANG SHAHRIL…CITER LAH APA JADI DENGAN ARWAH NORLITA TU… BILA ABANG TENGOK JENAZAH DIA, APA YANG ABAG NAMPAK… CITE LAH

  3. defactohokage

    emmm…pengalaman yang sangat2 bernilai yang menggegarkan malaysia..hehe…bagus syahril..keep it up!..hehe

    ada masa lawatlah blog saya di:

    http://www.defactohokage.wordpress.com

    ok selamat berjaya!

  4. tak yah le..cerita keburukan org yg dah mati ..ambil iktibar je cukup le…allah lagi maha mengetahui

  5. Halima

    Apa apbila limpah kurnia ia satu rahmat di sisip satu ujian. Niakmat yang di beri Allah banyak …..mata melihat,telinga mendengar dan sebagai nya tak tertulis. Tetapi kita “take for granted ” sebab kebanyakan orang di kurnianya sama…..yang kurang kita pelekeh dan hinakan.
    Apabila kita kian tua niakmat itu di ambil satu demi satu. Ada nenek yang kabur matanya,ada yang lumpuh perjalanan , ada peruk selalu kembong ada yang sembelit dan lain lain…Baru lah kita tahu bertapa nilai nya apabila kita perlu berlanja beribu ribu untuk membaiki/rawat nya.
    Di masa kita hidup dengan selesa ini ada Allah uji dengan rupa yang cantik sementara muda ada yang di beri kaya raya. Semua ini ujian bagaimana asset ini di pergunakan…….adakah mengikut hukumnya atau tersimpang????
    Hidup adalah satu perjalanan….Zindagi Ek Musafir
    Bagi wanita yang i beri kelebihan kecantikan tetapi ia menjadi acaman pada dirinya. Hasil nya Mahsuri mati di bunuh,Tun Teja di larikan ,Jane Manfield dan Merlin Moro mati muda di bunuh….banyak lagi kisah tersasar seperti Linda Lovelace,Christin Keller dalam tahun 60an. Norita adalah watak di Malaysia.

  6. Dino

    Interesting.

  7. harry

    kisah yg xppt di siar kan menjatuh kan maruah family arwah…

  8. kalau tak nak cerita, jgn la sebut2.

    bila org dah interested…tak nak bagitau pulak.

    hampeh.

  9. Zally

    Salam Bro

    actually saya memang selalu melawat blog nie setelah blog niezam phg dah lama tak update dan saya memang b’minat nak tahu sambungan about norita ni bukan nak mencari keburukan arwah atau segala yg negatif cuma sebagai hamba allah mungkin kita boleh ambil iktibar didlm kes ni utk kakak, adik, anak2 kita atau sesiapa saja kaum wanita yg kita sayangi mungkin p’galaman bro itu berguna utk kita di suatu ketika nanti.

  10. Sambal

    kalau suspek utama x bersalah…siapa pula pembunuh sebenar? kenapa
    sampai sekarang belum ada jawapan?

Apa kata anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s