kira-kira sembilan tahun lalu sewaktu aku masih bertugas sebagai wartawan jenayah di Utusan Malaysia, seniorku, Azian Aziz memberitahu ada satu kes pembunuhan di No. 20, Jalan Bukit Travers, Bangsar
memandangkan aku sedang menyiapkan sebuah berita jenayah ketika itu, Azian menawarkan diri untuk pergi ke lokasi kejadian
sebaik saja dia pulang, Azian memberitahuku yang mangsa rupanya pelakon drama Kipas Anggun yang juga penerbit teater Inggeris, Una Angelia Oliveiro Hodges. Una dipercayai dibunuh oleh dua lelaki di rumahnya
menurut Azian, Una, 44, yang pernah memegang watak utama dalam teater Inggeris Members of The Club yang diterbitkan oleh Istana Budaya, mati setelah dipercayai ditikam berkali-kali oleh dua lelaki terbabit.
mayat Una, yang merupakan seorang rakyat Singapura ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu oleh pembantu rumahnya
masa tu aku tak bertanya lebih lanjut kerana Azian sedang sibuk menaip kisah tersebut di mejanya
beberapa hari kemudian, wartawan hiburan terkenal, Huzz menelefon Meja Jenayah. Kebetulan aku yang menjawabnya.
” Hah Huzz, apahal ni tetiba telefon Meja Jenayah. Kau nak suruh kami minta kurangkan saman kau ke,” kata aku sambil ketawa. Sebenarnya semua orang kat Utusan tahu yang Huzz ni tak pernah bawa kereta. Mana-mana assignment dia pergi naik teksi je.
” Kau jangan nak sindir aku. Aku nak tanya ni, kau kenal ke Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Kamaruddin Mat Desa. Dia nak aku pergi Ibu Pejabat Polis KL sebab nak aku bantu siasatan kes bunuh Una tu. Tak kuasa aku nok, kalau dia nak, suruh dia jumpa aku la, apasal aku lak nak kena pergi panjat pejabat dia,” kata Huzz dengan lenggok manjanya.
” Ala pergi je lah, bukan dia nak tangkap kau pun,” kata aku. Sebenarnya untuk pengetahuan korang, Tuan Kamaruddin sebelum tu dah bagitahu aku yang dia bengang sebab Huzz taknak jumpa dia pasal kes ni. Dia suruh aku pujuk Huzz, tapi aku pulak boleh terlupa. Maklumlah duduk Meja Jenayah ni kira macam polis jugalah, sibuk memanjang.
dipendekkan cerita, aku pun pujuklah Huzz pergi ke pejabat Tuan Kamaruddin. Aku bukannya apa, aku malu-malu alah juga sebab Tuan Kamaruddin ni sering bagi cerita eksklusif kat aku, risau gak takut dia ‘hangin’ sebab Huzz ni, terputuslah contact aku nanti
untuk pengetahuan korang, walaupun Huzz ni terkenal sebagai wartawan hiburan, tapi tak ramai tahu yang dia juga bekas wartawan jenayah, lembut-lembut pun jangan ingat dia takleh wat cerita-cerita jenayah ni
yang aku risau cuma satu, korang tahulah wartawan ‘aww’ macam Huzz ni, mulut masing-masing kalau marah, laser beb!
dipendekkan cerita, kami berdua pun pergi ke pejabat Tuan Kamaruddin
sesampainya di sana, Huzz boleh sound direct pegawai tu
” Tuan jangan ingat tuan je sibuk, saya pun sibuk tau. Tuan nak bantuan saya, tuanlah cari saya!,” kata Huzz. Adoooooyyyyyyyyyyyyyy, aku dah pening kepala sebab Tuan Kamaruddin ni kepala angin gak orangnya.
” OK, saya senang je, kalau awak taknak bagi kerjasama, saya suruh budak saya tangkap awak!,” kata Tuan Kamaruddin. Sebenarnya Tuan Kamaruddin ni suka bergurau cuma kalau orang tak tahu, orang ingat dia serius.
Aku nampak Huzz buat muka bodoh je. Tapi terus terang aku cakap, memang agak tegang gak ler situasi masa tu.
” Hang ni orang mana?,” tanya Tuan Kamaruddin pada Huzz.
” Saya orang Alor Star,” jawab Huzz sambil buat muka monyok
” Laaaa kita sekampung rupanya, hang sekolah mana dulu, aku Kolej Sultan Abdul Hamid,” kata Tuan Kamaruddin
” La awat tuan tak habaq, saya pun sekolah sana duluuuuu,” kata Huzz yang boleh tetiba bertukar ceria
korang nak tahu apa jadi lepas tu, diaorang berdua tetiba boleh mesra semesra mesranya, satu hal pulak aku terpaksa layan diaorang bercerita pasal kenangan masa sekolah kat situ, pergh!
dah lepas setengah jam, barulah Tuan Kamaruddin buka cerita pasal kes Una ni
” Saya ni bukan apa Huzz, awak wartawan hiburan terkenal, tentu banyak bergaul dengan orang belakang tabir seperti jurumekap dan sebagainya. Salah seorang suspek yang bunuh Una kami percaya seorang jurumekap, jadi saya nak awak tengok gambar-gambar ni, manalah tahu ada yang awak kenal,” kata Tuan Kamaruddin sambil menunjukkan sejumlah majalah dan gambar
belek punya belek, seorang pun Huzz tak kenal
so perjumpaan itu pun berakhir di situ saja, aku pun dah tak amik pot pasal kes itu
aku hanya terserempak ngan Huzz baru-baru ni saja masa kami kebetulan pergi ke konsert Rossa kat Bukit Jalil
Tuan Kamaruddin dengarnya dah pun pencen, jawatan terakhirnya kalau tak silap aku Timbalan Pengarah Commercial Crime Bukit Aman (dah dapat Datuk pun!)
aku menulis entry ini kerana pagi tadi aku terbaca di akhbar yang kedua-dua suspek kes itu telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah kerana membunuh Una
rupanya memang betul, salah seorang tertuduh adalah jurumekap artis, sama seperti yang dicari oleh Tuan Kamaruddin sembilan tahun dulu!
Baca kat paper tak nampak pulak motif pembunuhan. Merompak ke?
terimakasih atas cerita hang pagi nih,segar aku membacanya
kalau ikut laporan awal dulu, motifnya rompakan le sebab beg si mati katanya dilarikan
ke segor lepas kena nasi dagang bro…
Salam Syahril Kadir,
Huzz skg ni jadi wartawan kat mana? Dulu masa kat URTV, lepas Juwie, Huzz take over.
9 tahun baru dpt hukum pembunuh tu. Walaupun lama, pembunuh tu tetap dapat habuan dia. Pelik jugak, mcm mana polis bleh dpt tangkap. Terer betul ๐
bro smbg lah cite kes bunuh ni.. mcm menarik je.. since tak penah lak dgr ade kes bunuh artis Singapore ni kat bangsar
ini laporan pertama sewaktu mangsa ditemui mati dulu, mungkin cik sha boleh dapat gambaran
Penerbit teater Inggeris mati dipercayai dibunuh
Oleh: AZIAN AZIZ
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Penerbit teater Inggeris, Una Angelia Oliveiro Hodges, mati dipercayai dibunuh oleh dua lelaki di rumahnya di No. 20, Jalan Bukit Travers, Bangsar, di sini hari ini.
Una, 44, yang pernah memegang watak utama dalam teater Inggeris Members of The Club yang diterbitkan oleh Istana Budaya September lalu, mati setelah dipercayai ditikam berkali-kali oleh dua lelaki terbabit.
Mayat Una, yang merupakan seorang rakyat Singapura ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu oleh pembantu rumahnya pada kira-kira pukul 11.30 pagi ini.
Difahamkan, pembantu rumah rakyat Filipina itu merupakan satu-satunya saksi pembunuhan tersebut kerana semasa kejadian dia berada di rumah bersama mangsa.
Bagaimanapun, wanita berkenaan hanya mendengar jeritan majikannya kerana dia telah dikurung di dalam sebuah bilik di bahagian dapur semasa majikannya ditikam.
Pembantu rumah terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu siasatan polis untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan tersebut.
Suami Una, seorang ahli perniagaan rakyat Jerman dan tiga anak mereka tiada di rumah semasa kejadian.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan berkata, polis kini melancarkan gerakan memburu kedua-dua lelaki tersebut yang dipercayai berketurunan Melayu.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh pihak polis, kedua-dua lelaki terbabit dikenali oleh mangsa kerana mereka dipelawa masuk dengan baik sebelum kejadian.
Menurut Dell, mangsa juga telah mengarahkan pembantu rumahnya membuat minuman untuk kedua-dua lelaki itu.
“Semasa pembantu rumah pergi ke dapur untuk membuat minuman, salah seorang daripada lelaki itu mengekorinya,” ujar beliau.
Menurutnya, lelaki itu kemudiannya bertindak mengikat dan mengurung pembantu rumah tersebut di dalam sebuah bilik di dapur.
“Semasa dikurung, pembantu rumah itu ada mendengar suara majikannya menjerit memanggil namanya sekali dan kemudian keadaan menjadi senyap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Dell memberitahu, setelah dikurung beberapa lama, pembantu rumah terbabit berjaya melepaskan ikatannya dan terus berlari keluar dari bilik.
Kata beliau, semasa tiba di ruang tamu, wanita itu mendapati majikannya terbaring tidak bernyawa dengan badannya berlumuran darah.
Sementara itu, pihak polis yang datang melakukan siasatan diberitahu sebuah beg kepunyaan mangsa telah dilarikan oleh kedua-dua lelaki terbabit.
Berdasarkan maklumat, kedua-dua lelaki itu telah melarikan diri dengan sebuah kereta berwarna merah bernombor pendaftarannya 1005 yang masih belum diketahui jenisnya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada kira-kira pukul 2.50 petang untuk bedah siasat.
auww pun boleh jadi pembunuh gak ke? oh tidakkk
wah 2in1 stori.. sgt menarik! Lame x dgr psl Huzz.. TQ for sharing ๐
Lama tak jumpa Huzz, dulu selalu gak dtg rmh sb dia kamceng dgn adik akak. Kalau sembang dgn dia (mak la rajin layan) mmg sampai berjam2 lamanya..
Kalau jumpa, tlg kimsalam kt dia, bgtau kakak pd Nizam Jamil dr B.Baru Bangi….
Huzz pernah jadi wartawan jenayah? tats i didnt knowla!!! cayalah!
Salam,
Nak share satu blog yang mengisahkan tentang ketabahnya seorang pesakit kanser payudara yang telah pun meninggal dunia. Al-Fatihah. Dimana sebelum pemergiannya dia sempat menulis blog dalam menceritakan pengalaman beliau dalam menghadapi kanser. Jom reramai kita baca. Semoga kita beroleh pengajaran daripada apa yang diceritakan oleh arwah.
http://onebreastbouncing.blogspot.com/