Julai 30, 2008...3:57 pm

Mungkinkah Tun Daim Zainuddin orang Melayu terkaya di dunia?

Terus ke Komen

daim

(aku pergi jumpa Tun Daim di pejabatnya baru-baru ini)

SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’

Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakukan tugasan Tanzania. Ketika itu aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim ’sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang ‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.

“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat itu.

ramai yang tak tahu yang Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB)

ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.

Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.

ICB yang beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London kini mempunyai 130 buah cawangan bank di seluruh dunia!

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana ‘Daim Yang Diam’.

Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The Banker di London.)

SAK: Tumpang bangga walaupun tak dapat nak tumpang tuah.

19 komen

  • Tun Daim ni memang kaya siotttt…!!!…Dia dulu bukak kilang garam pun bankrap…la ni dah ada manyak bank!!!…wuihhh…dasat…!!! sayangnya…dia kurang kongsikan kekayaannya dengan rakyat malaysia….tapi apa2pun…he’s one of the great man in Malaysia…yang paling penting “mai dari Kedah”…bukan mai dari Penang…yang mai dari Penang kebanyakkannya hampehhhh…contohnya Pak Lah Al-Kaki Tidori & Anwar Al-Juburi…muahahahhahha…!!! Hidup Kedah…!!!

  • wah..syahril..ko nya header kat atas tu..
    photofunia yek?

    teringat aku kat group2 yg gi nangkap anwar tu.. gitu le topeng dia pakai kan? ekekekek..

  • err.. bukan ke Taman Maluri kat Cheras tu dia yg punya…? la ni diuruskan oleh anak dia kan? (kalau tak silap lah)

    syahril..ko tolong tanyakan kat dia.. dia nak anak angkat tak? ekkeke..

    kalau dia nak.. ko email kat aku yek..?
    farhan_farhana02@yahoo.com

    tq.. jasamu ku kenang..!

    (wakakaka…!)

  • Tan Sri Halim saad, Tan Tajuddin Ramli, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Tan Sri Yahya Ahmad (Almarhum)…anak-anak buah dia lah tu..

  • ye la…xleh caya 100% laporan Forbes & Malaysian Business ada yg tak tersenarai tp kaya…

    tun daim n tengku razaleigh pun kaya gak

  • ramai yg taktau daim lagi hebat dari robert kouk/ananda krisnan.

    tun daim penah masuk politic dan talent daim bisness dipinjam kerajaaan untuk membantu negara maka dengan tu kalaupun daim pandai berniaga tetap akan di cop kroni. ini semua sekadar menyusahkan lagi peluang nak berniaga.
    alih alih daim dianggap korup.

    kalau dipikiaq balik,dan bnyk org yg jadi financial minister tapi tak dak yg berjaya seperti daim.anwar pandai tabur duit saja tapi tak pandai cari duit.sebab tu bila gawat tun mahazet cari daim jugak walaupun time tu anwar dah ada sebagai menteri keewangan.sebab cadangan anwar bukannya buah pikiran asli pun,dia copy paste dari imf untuk jadikan malaysia macam indon.

    aku boleh terima kalau org kata daim amik kesempatan waktu dia jadi Finance minister untuk buat duit, tapi bagi aku selagi dia pegang jawatan tu dan buleh jaga periuk nasi rakyat apa nak kesah. apa nak dengki tgk melayu berjaya.

    daim ni lah melayu yang china respect.kalau daim angkat keris baru bergaya jadi laksamana melayu. bnyk ahli politik nak berjuang untuk angkat martabat melayu,tapi bila ada melayu yg berjaya maka tungulah sumpah seranah.

    come on lah melayu.jgn dengki sgt,mai kita berkawan baik2,sama sama cari rezeki…

  • Tak mustahil apa yg berlaku kat Tun Daim Yang Diam… Apapun aku respek kat Daim sbb dia melayu yang berjaya.

    Kerja aku membenarkan aku untuk access fail-fail sulit semua manufacturing company kat Malaysia, termasuk lah fail-fail syarikat yang terdapat org2 kategori ‘Jaws’ sbg pengarah/pemegang saham di dalamnya. Banyak dokumen rahsia yg aku tau antaranya taktik2 perniagaan yang bersih dan tak bersih, yang dilakukannya semata2 memberjayakan business nya. Aku cuma tutup mata sebelah je sebab aku kan kakitangan yang berhemah..hahaha

    Tapi mungkin depa2 ni buat semua tu sebab masa tu hanya depa antara ahli perniagaan Melayu yg berjaya, yg mampu sama level dengan Cina.

  • Orang semua tahu die owner ICM kat South Africa..siap masuk TV1 lagi tu.

    Well, utk info korang, Forbes hanya kira org punya kekayaan melalui pegangan saham dorang dlm public-listed company serata dunia.

    tu sebab nama Syed Mokhtar kuar everyyear psl die byk pegang share company public listed…

    ever wonder nape Arwah Nasimuddin tak pernah terlisted dlm Forbes? psl company die bukan public listed.

    tak leh nak bising, mmg itu cara dorang kira kekayaan dorang.

    Itu lah melayu, kalau nak maju n mencapai sasaran 30% DEB, kena pastikan company korang public listed.

    for more info on semua ni, sila baca (http://anwarruddin.blogspot.com/2008/07/rising-tide-lifts-all-boats.html)

  • Nice info & keep your good works!

  • tun daim mmg org terkaya di malaysia net worth us 10.2 billion, robert kuok us 10.0 billion, cuma daim xdidedahkan kekayaannya secara terbuka atas faktor keselamatan…

  • x caya buka laman web ni….

    daim ada 100 juta saham dlm international bank of commerce…

    http://www.icbankingroup.com/investorrelations.php

    Share Capital

    The number of shares in issue as at 6th February 2009 is 180,000,000 shares of CHF1.00 each.

    To the best of the knowledge of the Directors:
    i) 74.4% of the share capital is not in public hands;
    ii) Shareholders that have significant interest, directly or indirectly, jointly or severally, in 3% or more of the share capital is as follows:

    Shareholders
    No of Shares

    Interest (%)
    Tun Daim Zainuddin
    110,310,000

    61.3%
    Panhelligan Investments Limited
    23,500,000

    13.1%
    Josephine Sivaretnam
    23,500,000
    (indirect)

    13.1%
    (indirect)
    Oberlae Limited
    17,999,999

    9.9%
    Raikleigh Capital Advisors Limited
    17,999,000

    9.9%

  • semua komen hampa semua btol2 blaka.

  • [...] aku sendiri secara kebetulan pernah mengunjungi salah sebuah cawangan banknya sewaktu dihantar bertugas di Tanzania, baca di sini [...]

  • Hi I am a malay. And I have never liked the concept of Ketuanan Melayu in the first place. I believe in equality and justice. I believe in fairness. I believe that Malaysia should be for all Malaysians not just malays.

    It is wrong to be double standards. It is wrong to discriminate and oppress the minorities. It is after all, against Islam. But oh, the Muslim people I know would rather talk about appearance and threat rather than addressing the basic issue of human right and justice in Malaysia.

    I am sorry that you guys have to suffer the consequence. We should all turn our backs on MCA, MIC, Umno and those craps. Opposition seems to be fighting for the better Malaysia for all Malaysians. And I support the effort.

  • Mana ada diskriminasi. Tidak ada wujud double standard. Pernah ke orang melayu halang orang beragama hindu buat upacara keagamaan? Pernah ke orang melayu halang orang beragama buddha makan apa yang dihajati? Ada berapa banyak kuil, tokong dan gereja di Malaysia? Kalau di tempat lain, nak bina sebuah pun kena lalui pelbagai kerenah.

    Kita tengok nasib orang2 islam minoriti di India, China dan Thailand contohnya. Pernah ke berlaku kepada minoriti di Malaysia? Pendek kata, orang cina di Malaysia lebih senang dari orang cina di China. Orang india di Malaysia lebih terjamin hidupnya berbanding di India. Orang siam di Malaysia ni, tak perlu hidup dalam ketakutan berbanding melayu di Thailand khususnya di selatan. Di Indonesia dan Thailand pun, nama ah chong jadi susanto dan kap krum kap. Sini takda. Gunalah nama apapun asalkan bahagia.

    Kalau kita pergi ke bandar-bandar, siapa paling ramai mempunyai rumah dan kedai di situ? Di atas jalanraya, siapakah yang paling ramai menggunakan kenderaan mewah? Malah 10 orang terkaya di Malaysia adalah bukan melayu. Menyebut tentang kekayaan, adakah orang melayu menghalang kaum-kaum lain mencari $RM$? Tentu jawapannya adalah tidak.

    Orang bukan Melayu banyak membuat permintaan kerana mengaku rakyat Malaysia dan berasa berhak mendapat lebih baik lagi. Mengaku rakyat Malaysia, tapi ada yang tak boleh bercakap bahasa kebangsaan. Tak perlu pergi jauh, kita tengok orang cina di Indonesia dan Thailand cukup berbangga dengan bahasa kebangsaannya. Tapi di sini tidak, bagi bukan kaum melayu. Malah, ada yang tidak tahu langsung bercakap dengan bahasa kebangsaan! Mimpikah aku? Ibarat saya duduk di Kelantan dari sejak lahir sampai besar, tidak pandai cakap loghat Kelate. Tahu loghat Negeri Sembilan sahaja, dari mak abah. Lepas tu banyak mintak macam-macam dari orang Kelantan atas nilai kesamarataan. Agak-agak Orang Kelantan suka tak?

    Sebenarnya banyak lagi boleh saya hujahkan tapi cukupla banyak ni je. Bagi orang-orang bijaksana hujahkan pulak. Saya bijak sini je. Hehe. Apa-apa pun, bukanlah saya menolak cadangan ini 100% dan sudah tentunya tidak menerimanya 100%. Yang pentingnya, selagi kita semua boleh hidup harmoni dan aman damai, janganlah rosakkannya walau setitik di bumi Malaysia ini. Sesungguhnya, meruntuhkan lebih mudah dari membangunkan apa yang telah nenek moyang kita usahakan sejak sekian lama ini. Terima kasih.

  • assalamulaikum,
    100% setuju dgn fad. bagi sesiapa sahaja yang berfikiran waras, sudah tentu isu kesamarataan itu tidak perlu dibincangkan. manusia tamak tidak kira melayu, cina atau india, kalau sudah diberi betis, paha pula akan diminta.

    Isu bahasa ini sudah lama sebenarnya. Cuma kerajaan Malaysia dan orang-orang Melayu sebenarnya telah banyak bertolak ansur. Kalau di Indonesia, jangan harap ingin melihat iklan-iklan bertulisan selain dari bahasa Indonesia. Tapi di Malaysia, kalau tak rojak, maka tak indahlah iklan itu, maka teraduklah tulisan Cina, India dan Melayu (yang menjadi kewajipan pendaftaran perniagaan) pada papan-papan iklan di seantero Malaysia.

    Kedaulatan Melayu ini kalau tidak dijaga akan menjadikan Malaysia seperti Singapura yang mana orang Melayu menjadi minoriti dan mereka masih berjalan mendongak ketika membeli belah di Malaysia. Apa yang hendak dibanggakan menjadi Melayu Singapura tatkala 70% remaja lelakinya menjadi budak penghantar (‘mat despatch’) sahaja, tentera Melayunya hanya menjadi kuli-kuli bawahan sementara yang menguasai teknologi ketenteraan dengan menjadi juruterbang, pemandu kereta kebal, pengguna senjata canggih adalah si mata sepet. Kasihan mereka kerana diperintah orang bukan Islam dan itu adalah kehilangan maruah yang teramat mengaibkan untuk mereka di sisi Allah. Semoga Allah memelihara kedaulatan Islam di sini.

    Daerah Nusantara ini adalah daerah berbahasa Melayu. Pergilah ke mana pun dalam daerah ini, siapapun akan faham bahasa Melayu kecuali cina-cina moden di Singapura yang hanya mengerti menyanyikan lagu kebangsaan mereka dalam bahasa Melayu tanpa mengerti walau sepatah kata dan juga segelintir rakyat Malaysia berbangsa cina yang tidak kenal dek untung malah meminta-minta lagi sedangkan mereka telah mengecap segala-galanya di sini. Lihat saja kedai-kedai di bandar-bandar, semuanya dikuasai golongan opportunis yang tamak ini. Sehinggakan disuatu ketika, aku terfikir, alangkah bagus kalau ada rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 supaya mereka tahu betapa parang terbang yang menusuk jantung itu amat bisa sekali. Tetapi, janganlah hendaknya perkara begitu terjadi lagi.

    Tatkala mereka merayakan bulan hantunya, habis abu dan arang duit-duit palsu mereka berterbangan dan peninggalan kebakaran itu dibiarkan berminggu-minggu menunggu pihak perbandaran mengemasnya. Dan kemudian kerajaan Malaysia yang bijaksana akan mewar-warkan di muka televisyen bahawa jerebu di Malaysia mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera. Ini semua GILA!! Dan orang-orang cina ini masih menyebut tentang kesamarataan??!! Mereka memang tidak pernah bersyukur.

    Maka aku, walaupun bukan 100% Melayu, masih mahu melihat kedaulatan dan kebangkitan orang Melayu di Tanah Melayu ini terutama dari segi ekonomi, bahasa dan budaya. Kita jangan dipandang rendah dengan mereka-mereka yang suka menyogokkan duit untuk membeli segala-galanya. Melayu itu mesti rajin berusaha seperti yang dikisahkan dalam novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang genius, kreatif dan mampu melakukan apa sahaja.

  • Bekas menteri kewangan boleh jadi pemilik bank….banyak cawangan plak tuh….kalo aku pon diam….kang kantoi plak…btw, korang pernah terpikir x camne dier leh jadi kaya camtuh ek? kalo aku menteri….kewangan plak tuh….lame dah aku bukak 100 cawangan…minimum….lol

  • kalau semua org mcm tu hancur bumi tuhan nie…
    keje nak menyeleweng jer….
    mcm maner nak maju…
    ingat sikit azab neraka tu…


Tinggalkan jawapan