AKU pernah tergerak hati nak beli buku ini kerana ia menunjukkan bagaimana cara hendak melakukan solat jika kita berada dalam keadaan yang agak ‘darurat’, contohnya solat sambil pegang baby, solat dekat dapur dan sebagainya.
Tetapi aku terkejut bila BERNAMA memaklumkan yang buku tersebut diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana didapati menyeleweng daripada ajaran Islam, la pulak!
Menurut Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Abdul Razak Abdul Latif, buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya.
Sebuah lagi buku yang turut diharamkan, katanya, bertajuk “Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism” oleh Norani Othman, terbitan Sisters in Islam.
Mengenai buku ‘Pelik Tapi Benar Dalam Solat’ itu, aku sempat call syarikat penerbitan buku tersebut yang nombornya aku temui dalam google.com, kata salah seorang staffnya, diaorang pun agak terkejut kerana sehingga kini arahan pengharaman tersebut belum sampai kepada pengetahuan mereka.
Whatever, bagi aku mudah, memandangkan mereka sendiri sudah mengetahui arahan tersebut, walaupun tanpa surat atau hitam putih, mereka kenalah bertanggung jawab untuk ‘clearkan’ benda ini.
Bukan apa, ini soal akidah, kalau ramai orang Islam kat Malaysia ni bertaraf kiai-kiai takpela juga, bagi yang bertaraf ‘sepai-sepai’ macam aku ni, camno?
salam…
saya sebagai graduan pengajian islam ingin menegaskan bahawa buku pelik tapi benar tu sebenarnya menjadi mangsa kedangkalan ilmu pihak yang menapis..
buku itu setakat pemerhatian saya, hanya menjelaskan tentang kelasan hukum hakam islam dalam bab solat…
buku tu ditulis dengan cara melakukan kajian perbandingan dalam fiqh islam..maksud buku tu sendiri utk kemudahan org ramai yang kdg2 x faham keluasan hukum islam..
saya lagi hairan kenapa buku tu diharamkan..walhal, buku sebegitu terlalu banyak di tulis oleh ramai ulama’ timur tengah..
kaedah fiqh perbandingan juga bukan lah sesuatu yang pelik di mana2 universiti especially azhar..
one more thing, sebenarnya buka soal akidah, tapi soal pemikiran terbuka atau tertutup@jumud
tq roller, i think u should adress the same answer to the relevan authority
Tak tahulah sejauhmana kebenaran dan kesilapn kaedah yang ditonjolkan dalam buku tersebut.
Apa yang kita ketahui di Malaysia adalah apa yang kita lakukan dan nampak mengikut garisan yang telah dilandaskan oleh undang-undang di sini…
Mungkin ada relevennya buku tersebut dengan kewajipan menunaikan solat disebabkan ramai orang yang bergelar islam kini mengabaikan tanggungjawab tersebut.
Solat kerana apa? Kerana ingin berkomunikasi mensyukuri, dan melaksanakan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah. Jadi, tiada alasan kenapa tak ada teknik sembahyang ketika berada dalam keadaan ‘darurat’…kecuali jika ada golongan yang memang nak kita berfikiran ragu-ragu begitu.
Tanya jiwa dan hati…ikut akal yang berpengetahuan…namun dalam hal seperti ini…rasanya kita perlu mengetahui dan menjaga hak masing-masing mengikut asas ajaran islam yang telah diamalkan.
Salam..
IMO..Berhati2 dengan ape yang kita perkatakan..terutama mengenai sesuatu yang kita tak faham/arif..jangan kerana hanya lidah berkata sesuatu,akidah yang tergelincir..rujuklah pada yang
pakar( ustaz/Ulama ) kalau hanya bersandarkan buku semata2..faham2 jelah..kita kat sekolah pun tanya cikgu jugak..walaupun ada degree..jangan cepat mengatakan orang ilmu dangkal..patutnya bila berilmu kita semakin merendah diri dan bukannya merendahkan orang lain !! wallahuaklam
Tuan,tidak bermakna semua penulis dari timur tengah itu layak diangkat hasil penulisannya.Nah,kita kni berada dalam kondisi bermazhab Syafiie.
Maka,bertambah keliru ummah Malaysia khususnya dengan kemunculan buku ini sekian lama.Ditambah pula dengan kemalasan untuk berguru dengan guru yang jelas sandaran ilmunya.
al-haqir
Wallahu’alam
Janganlah menjumudkan akal fikiran kita yang waras yg diberikan oleh Allah swt…sebenarnya buku itu memang betul bukannya ajaran sesat semata2..Misalan ada mendukung anak ketika solat, sebenarnya ada hadis sohih tentangnya sebab nabi sendiri lakukan iaitu semasa dia mendukung cucunya.
Askm. Buku ini memang jelas sandarannya dan bersumberkan dari hadis2 nabi yang sahih. Masyarakat perlu dididik minda mereka untuk memahami apa itu sunnah dan apa itu hadis, barulah mereka akan mengetahui acuan islam yang asli dan beramal dengan tunjukajar nabi s.a.w.
Masaalah mungkin berpunca dari kejahilan dan sikap tidak berlapang dada untuk mencari kebenaran ditambah pula dengan sikap hanya mendengar apa orang kata tanpa usul periksa yang jelas. Taksub kpd aliran tertentu juga punca meninggalkan sunnah dan membenci kebenaran tanpa mrk menilai terlibih dahulu apa kata imam2 mazhab apabila jumpa hsdis yg sahih. Keluar dari kotak kejumudan nescaya akan membantu kita semua menemui dan menerima kebenaran. SEBAIK-BAIK PERKATAN IALAH KITABULLAH DAN SEBAIK-BAIK PETUNJUK IALAH PETUNJUK MUHAMMAD SALLALLAH ALAIHIWASSALAM.
apakah Nabi mendukung cucunya setiap kali hendak solat?
Ikram… nama pun darurat… tak lar selalunya darurat
Assalamualaikum. Saya sekadar nak bagi cadangan, selain daripada haramkan buku ‘PELIK TAPI BENAR DALAM SOLAT’, diminta pihak yang berkenaan mengharamkan juga KITAB FIQH SUNNAH karangan SYED SABIQ. Tak cukup lagi, kita haramkan SEMUA KITAB KITAB HADITH. Baru puas hati.
Hm marah sangat aku ni.
Semua yang terkandung dalam buku PELIK TAPI BENAR dalam solat tu ada diriwayatkan dalam hadith yang sohih. Dalam Fiqh Sunnah pun ada. Menyeleweng kat mana pulak?
Kalau yang mengharamkan tu keliru dia lah yang kena belajar. Allahu Rabbi
A’kum, kepada sesiapa yang berkenaan yang mengharamkan buku tersebut, apakah dalil yang menguatkan pengharaman buku tersebut? Jawab dengan menggunakan Al-Quran dan as-sunnah. Setahu saya Nabi Muhammad pernah bersabda yang mana baginda menyuruh berpandukan kepada keduanya dalam kehidupan dan menjadi rujukan sepanjang zaman. Saya sokong buku itu terus dijual di pasaran untuk menambahkan ilmu didada.
السلام عليكم..
mmg xptut buku 2 diharamkan…
jgnlah sempitkan pmikiran kita dgn ssuatu ‘kOlOt’.
Islam itu syumul & x m’bbankan umatnya (عدم الحرج)…
bagi khalayak membaca bahan ilmiah terlebih dahulu, jangan mudah menjatuhkan buku ini haram dan tidak haram. saya berpendapat KDN tidak ikhlas dalam menjalankan kerja mereka. mereka perlu merujuk buku-buku tersebut dengan serius seserius penghasilan buku tersebut. tepuk dada, tanya iman
ini akibat ta’asub. membenci wahabi bukan dgn cara ini. Kena pisahkan antara pandangan menyeleweng wahabi daripada fikah Islam yg dibawa ulama’2 muktabar.
buku sesat Kasim Ahmad terbaru, “MENCARI JALAN PULANG: DARI SOSIALIS KEPADA ISLAM”, bila mahu HARAM?!!!!
Dah dua x aku tanya web BAHEIS tapi tak jawab…
dari aku yg sayangkan ulama’ salaf dan khalaf
Kenapa majalah hiburan tidak diharamkan???
Itulagi sesat lagi menyesatkan,
tidak membimbing masyarakt kearah masyarakat madani.
suka nak haramkan
tapi tak bagi hujah kenapa diharamkan?
Islam menyenangkan umat ti dak meyusahkan umat.
cuba baca petikan dari Ustaz Asri di bawah
“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN mengharamkan buku-buku yang tidak selaras dengan pandangan panel yang dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu.
Tidak wajar sesebuah buku diharamkan melainkan terbukti mengancam keselamatan negara (tafsiran yang betul) atau jelas tanpa syak ia bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Kita patut mengizinkan kepelbagaian tafsiran dan pemikiran hidup dalam negara ini secara sihat, selagi ia tidak menghina Allah dan RasulNya. Alasan-alasan pengharaman yang hanya menyebut “boleh mengelirukan orang ramai” lalu sesebuah buku diharamkan amat tidak munasabah. Itu membawa kepada sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden.
Contohnya paling terbaru KDN mengharamkan buku “Pelik Tapi Benar Dalam Solat” yang dikeluarkan oleh Telaga Biru. Setelah saya membaca buku tersebut, saya tidak dapati adanya perkara yang bercanggah dengan al-Quran atau al-Sunnah. Bahkan penulisnya mengemukakan alasan-alasan ilmu yang dipegangnya.
Mungkin ada beberapa perbezaan pendapat di kalangan sarjana dalam perkara-perkara yang disebutkan itu, tapi bukan bercanggah dengan prinsip Islam. Jika ada, saya meminta mereka mengemukakan bukti secara ilmiah bertulis bukan ‘main cakap sahaja’.
Tanpa mengira siapapun panel yang telah mereka lantik. Ilmu tidak diukur dengan jawatan tetapi fakta dan angka. Kalau panel berkenaan mahu buku mengikut kehendak mereka, merekalah yang tulis. Hak penulis mengemukakan alasan-alasannya. Dalam Islam, selama mana ia tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, biarlah dunia ilmiah itu bercambah.
Bukanlah tujuan saya untuk membela buku tersebut, tetapi kecenderungan mengharamkan bahan-bahan akademik atau ilmiah tanpa alasan yang konkrit boleh merosakkan percambahan ilmu.
Jika manusia yang hendak dihukum pun dimestikan untuk dikemukakan alasan yang cukup, apakah boleh bahan ilmiah yang menjadi keperluan asas manusia dihukum tanpa alasan yang jelas? Apakah kita ingin negara menuju ke zaman gelepan gereja yang menghukum apa sahaja ilmu yang tidak serasi dengan kelompok tertentu tanpa alasan?
Lebih daripada itu, apakah negara yang ingin maju seperti kita perlu untuk mengharamkan bahan-bahan ilmiah hanya kerana tiada selaras dengan selera KDN? Kalau begitu kita sedang mundur ke belakang, bukan sedang membina modal insan.
Maka, apakah kita patut mengharamkan internet, segala macam buku hanya kerana ada orang yang rasa keliru? Apakah setiap kekeliruan pembaca, dosanya semesti ditanggung oleh buku?. Cara begini nampaknya kita masih mundur.
Saya bersetuju mungkin ada buku yang boleh diharamkan, tetapi kemukakan alasan ilmiah, baru ia diharamkan. Jika jelas buku itu berdusta atas nama Allah dan rasulNya, maka boleh diharamkan. Namun itu memerlukan bukti ilmiah”.
http://drmaza.com/home/?p=452#more-452
Sya tdk setuju buku ni d haramkan,kalau pun di haramkam ape alasan nya
“Bukan apa, ini soal akidah, kalau ramai orang Islam kat Malaysia ni bertaraf kiai-kiai takpela juga, bagi yang bertaraf ’sepai-sepai’ macam aku ni, camno?”
Bab cara solat tu tak de kena mengena ngan akidah…cuba dlm fiqh aku pun pelik mengapa di haramkan kalau berbanding dengan majalah “mangga”
Jawapan kepada persoalan itu amat mudah..kerana kita kearah negara sekular atau memang dah sekular pun..
Magazine artis tunjuk punggung halal pula ye KDN. Eh lupa pula..bagi KDN majalah2 macam tu kan selari dengan akidah dan ajaran Islam. HIDUP KDN 1000x.. Bosan aku
jgn layan yg mengatakan haram cz hamba yg kate haram tu pn kita xthu stkt mana ilmunya..kalu stkt pegang jawatan sapa pn bleh kalu nk…buku tu mmg raji’ dalilnya…ana bnyk jmpe bku penjelasan mcm tu masa ana kt salah satu daulah arab…yg kita kne thu,patut la ana ada dgr yg kerajaan x iktiraf jamiat tempat pengarang tu bljr..susah tul kalu ilmu pn nk dipolitikkan
Tahniah kepada mereka yang berusaha mencari kebenaran.. mendamaikan antara pihak2 yang keliru.. mencantumkan aliran pemikiran yang mungkin berbeza tatapi matlamat yang sama.. Jadilah penggerak Al-Quran dan As-Sunnah…
Soalan bonus: Nak tanya betulkah kalau kita bertalfiq ( mengambil pndapat pelbagai Imam) sambil beritba’ ( Memegang dalil atas pengambilan tersebut) akan dicela di hari akhirat kelak dengan cerita yang amat masyhur :
Jika seseorang mengambil wudhu’ bermetodkan Syafi’iah kemudian bersentuh dengan isterinya dan menganggap tiada batal wudhu’nya mengikut metod Hanafiah kemudian solat, Imam Syafi’e tidak akan mengiktiraf solatnya lantaran ianya dahulu tiada sah wudhu’nya dengan besentuh wanita manakala Imam Hanafi akan berkata dia tidak pernah bersolat lantaran wudhu’nya tiada mengikut metod Hanafiah ( tidak menyapu seluruh kepala dengan air )… bermakna solat dan wudhu’nya sia-sia kerana tidak mengikut satu2 mazhab..
Persoalan.. Siapakah yang mengadakan cerita ini? Adakah para Imam yang Empat pencipta Syari’at? Salahkah orang yang berusaha mencari ilmu yang paling tepat kemudian beramal tanpa terikat dengan mazhab dianggap sia-sia amalannya?
Hamba yang dhaif ini meminta penjelasan..
Talfiq kerana darurat ke atau ikut hawa nafsu tuh pada penyoal ?
Susah juga belajar tiada disiplin ilmu nih. Sebab katanya tak mahu ikut mazhab. Tapi bercakap atas dasar mazhab pula.
Buku pelik tapi benar dalam solat saya dah lihat juga. Nak tanya kepada yang menjawab RasuluLlah memegang cucunya semasa solat.
Benarkah RasuluLlah menunjukkan cara mendukung adalah begitu? Berikan dalil dari hadith yang qot’ie – dari awal solat hingga habis solat dalam keadaan darurat yang ditunjukkan RasuluLlah.
A’kum, kepada sesiapa yang berkenaan yang mengharamkan buku tersebut, apakah dalil yang menguatkan pengharaman buku tersebut? Jawab dengan menggunakan Al-Quran dan as-sunnah. Setahu saya Nabi Muhammad pernah bersabda yang mana baginda menyuruh berpandukan kepada keduanya dalam kehidupan dan menjadi rujukan sepanjang zaman. Saya sokong buku itu terus dijual di pasaran untuk menambahkan ilmu didada.
—————————————————————
Berbantulah dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jangalah berbantu-bantu dalam perkara dosa dan permusuhan.
Baca buku biar berguru, biar ada penapis ilmu. Jangan asal baca katanya : Guna sahaja hadith sahih itu mazhabku. Tapi syarahnya apa yang dimaksudkan dari kalam Imam Syafie tak difahami.
Kemudian memandai-mandai guna semua hadith sahih tapi tak tahu khas dan am nya, asbabun wurudnya, nasikh dan mansukhnya, masa bila ia boleh digunakan. Bahasa arab pun tak lepas juga..
Punah ranahla syariat ALlah bila jadi macam nih. Ramai yang nak jadi mujtahid tapi tak layak untuk itu.
Assalamualaikum w.b.t
Betul..saya pun bersependapat jugak. Sepatutnya perbandingan dan mengemukakan hadis2 yang sahih perlu dikeluarkan sebelum membuat pengharaman sesuatu buku itu.
Zahra pun berpendapat sama, sedangkan lambakan majalah2 hiburan yang jelas dan terang-terangan memesong akidah dan akhlak umat kita hari ni berlambak di pasaran sedangkan buku2 seperti ini mudah pulak untuk diharamkan tanpa mengemukakan bukti2 yang sahih.
Jadi, di mana dan bagaimana lagi untuk sebenar-benarnya kita mengambil jalan mudah untuk memberi penerangan yang sebenar2nya.
Seperti contoh yang paling mudah:
Di dalam solat selepas tahyat akhir dan memberi salam. Kiri dan kanan dan selesai solat semua dan kebanyakan dari kita yang menyapu di muka?Kenapa?..ada juga selepas salam kanan berhenti dipertengahan dan kemudian baru bagi salam sebelah kiri…….Jadi pada yang bijak pandai. Ada tak hadis dan nas2 yang mengatakan ianyaperlu, ataupun hanya tokok tambah dari kita sahaja. Kalau diperhatikan dari zaman tok nenek lagi..jadi apakah ini ada terkandung dalam hadis atau ikutan dari tok nenek?..Allahualam.Hanya Allah yang mengetahui.
tengok muka kau meneran kat atas tu menyebabkan aku terasa bertambah ingin membeli buku ini. baik kau baca travelog seorang dai…..karya ustaz ni…..pastu mungkin kita boleh faham apa yang berlaku.
btw jangan marah la beb. saja nak bergurau hahahaohoho
Bismillah, Alhamdulillah, Assalamualikum…
Pada pendapat saya tak patut di haramkan buku tu. Namun buku yang sebegini perlu di letakkan dalam genre buku untuk orang-orang belajar. Bagi orang awam, kenalah ukur baju di badan sendiri. Bila dah baca buku macan tu kenelah berguru pula, kang lain pula yang hadis cakap, lain pula yang kita buat.
da ceta menarik sila hantar kat saya
sepatutnya buku tersebut diserap di dalam sukatan Pengajian Agama Islam di sekolah rendah dan menengah. Then baru lahirnya generasi yg memahami sunnah
mungkin, kita yang terpesong..
Salam,
jawapan untuk Umar Mukhtarr,
Imam yg 4 bukan pencipta syariat. Tapi lepas beratus tahun kewafatan Nabi SAW, ada banyak percanggahan pendapat tentang pentafsiran Al-Quran dan hadith di kalangan ulama yg menjurus kepada soal hukum. Jadi, lahirlah bermacam2 mazhab yg akhirnya tinggal 4 mazhab muktabar termasuklah Mazhab Syafii. Tujuannya supaya umat Islam tak terkeliru dgn percanggahan (khilaf) tafsiran tersebut dan ada guideline yg tetap.
Soal bertaklid dari mazhab Syafii tu, cthnya bab wudhu batal/tak sentuh perempuan tu. Tak bermakna seseorang tu keluar dari mazhab Syafii bila dia kata tak batal. Ada nas2 dan dalil yg menyokong. Rujuk kata2 Imam Syafii sendiri yg menyatakan “kalau ada hadith yg sahih bercanggah dengan pendapatku, maka tinggalkan pendapatku”, “mazhabku ialah yg berdasarkan hadith2 yg sahih”.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum wmt…
Didalam buku tersebut tidak disentuh langsung bab Aqidahtul Tauhid seseorang muslim malah perbezaan pendapat dan hadith yg dikemukakan amat relevan dan sahih….maka apa yg perlu kita risaukan…kebanyakan mazhab merujuk kepada perkara ranting dan fiqh didalam Islam bukan menjurus kepada penyelewengan aqidah…Islam itu mudah tapi bukan utk dipermain2kan..fikir2kan lah…wallahua’lam
Assalamu’alaikum wr. wb.
Saya sangat sokong buku ini terus di jual. Solat itu tiang agama. Buku ini memberi kita panduan bagaimana kita tetap boleh mendirikan solat di waktu2 & keadaan darurat berdasarkan hadith & sunnah, supaya kita tidak sewenang2 nya meninggalkan solat dgn berbagai alasan.
Saya sendiri pernah mengikuti kursus “menghalusi solat” mengikut cara nabi Muhammad SAW, sebelum buku ini diterbitkan dan alhamdulillah ia banyak membantu saya mengerjakan solat berjemaah di masjid dengan bayi dan anak kecil saya, dan mendirikan solat juga didalam kenderaan atau dimana2 pun, supaya saya dpt mengerjakan solat tepat pada waktu nya dan tidak dilengahkan.
Banyak lagi ilmu2 agama yg saya belajar dari ustaz ini yang memberi kan saya lebih keyakinan bila melakukan ibadah, baik apa pun, sesungguhnya apa yg kita lakukan kerana Allah adalah ibadah.
Assalamu’alaikum,
Dalam keadaan mana yang dinamakan darurat tu ye ? Benarkah RasuluLlah mendukung sebagaimana yang diajar secara bergambar dalam buku tersebut ?
Dan lagi pelik juga sudah tahu ingin solat mengapa pula masak air ?
Di mana khusyuknya solat ketika itu ? Bukankah dalam surah al Mukminun menyebut berjayalah orang-orang beriman yang khusyuk dalam solatnya ? – solat sambil tangan memulas tutup penunu gas – khusyuk ?
Bermudah-mudah ? memudah-mudahkan ?
salam, saya berpendapat daripada kepelbagaian pendapat ini dapat mengeluarkan kita dari ketakzuban. Semua orang berhak memberikan pandangan dalam kerangka agama Islam. Wajib di ingatkan Al- Quran & Sunnah rasul itu panduan dan ulama itu pebimbing. Maka beruntung lah orang yang berusaha mencari kebenaran dengan menggunakan kaedah di atas. Wajib juga di ingat kan juga bahawa ini merupakan majlis ilmu, maka beradap la ketika berhujah.
Salam…
Cuba kalian fikir hadith Rasullulah.. Akan terjadinya 73 golongan dari umatku cuma satu sahaja akan dijamin syurga… persoalannya.. dimanakah golongan yang satu itu? apakah kita tergolong dalam yg satu itu?
Inilah masalahnya..
rasanya buku ni tak salah klu ikut hadith nabi, sbb nabi pun bersolat sambil angkat cucunya, ntah la, aku pun kureng faham seket bab2 mcm ni, kena rujuk balik nanti….
harap2 la kita bukan dari 73 golongan, 73 golongan termasuk islam liberal, islam tamadun dan …. yang mana ikut hadith nabi tu makna bukan dari 73 golongan, sbb nabi bersabda yang mana umat yang ikut akan hadis Nya maka bukan dari 73 golongan.
salam…sya ada bca bku tntg pnulis (TRAVELOG SEORANG DA’I) yg mnyatakn ksah hdupnya yg sbnr..bliau ada kta bhwa bliau byk d fitnahkn prkara 2 yg bkn2x..trmasklah tduhan sbg gol.wahabi…n bliau jgaklah yg mnulis tntg buku ini..apa dalilnya yg mngatak’ bku ini salah ?
Pandangan Dr Mohd Asri Tentang Pengharaman Buku “pelik tapi benar”
“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN mengharamkan buku-buku yang tidak selaras dengan pandangan panel yang dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu.
Tidak wajar sesebuah buku diharamkan melainkan terbukti mengancam keselamatan negara (tafsiran yang betul) atau jelas tanpa syak ia bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Kita patut mengizinkan kepelbagaian tafsiran dan pemikiran hidup dalam negara ini secara sihat, selagi ia tidak menghina Allah dan RasulNya. Alasan-alasan pengharaman yang hanya menyebut “boleh mengelirukan orang ramai” lalu sesebuah buku diharamkan amat tidak munasabah. Itu membawa kepada sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden.
Contohnya paling terbaru KDN mengharamkan buku “Pelik Tapi Benar Dalam Solat” yang dikeluarkan oleh Telaga Biru. Setelah saya membaca buku tersebut, saya tidak dapati adanya perkara yang bercanggah dengan al-Quran atau al-Sunnah. Bahkan penulisnya mengemukakan alasan-alasan ilmu yang dipegangnya.
Mungkin ada beberapa perbezaan pendapat di kalangan sarjana dalam perkara-perkara yang disebutkan itu, tapi bukan bercanggah dengan prinsip Islam. Jika ada, saya meminta mereka mengemukakan bukti secara ilmiah bertulis bukan ‘main cakap sahaja’.
Tanpa mengira siapapun panel yang telah mereka lantik. Ilmu tidak diukur dengan jawatan tetapi fakta dan angka. Kalau panel berkenaan mahu buku mengikut kehendak mereka, merekalah yang tulis. Hak penulis mengemukakan alasan-alasannya. Dalam Islam, selama mana ia tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, biarlah dunia ilmiah itu bercambah.
Bukanlah tujuan saya untuk membela buku tersebut, tetapi kecenderungan mengharamkan bahan-bahan akademik atau ilmiah tanpa alasan yang konkrit boleh merosakkan percambahan ilmu.
Jika manusia yang hendak dihukum pun dimestikan untuk dikemukakan alasan yang cukup, apakah boleh bahan ilmiah yang menjadi keperluan asas manusia dihukum tanpa alasan yang jelas? Apakah kita ingin negara menuju ke zaman gelepan gereja yang menghukum apa sahaja ilmu yang tidak serasi dengan kelompok tertentu tanpa alasan?
Lebih daripada itu, apakah negara yang ingin maju seperti kita perlu untuk mengharamkan bahan-bahan ilmiah hanya kerana tiada selaras dengan selera KDN? Kalau begitu kita sedang mundur ke belakang, bukan sedang membina modal insan.
Maka, apakah kita patut mengharamkan internet, segala macam buku hanya kerana ada orang yang rasa keliru? Apakah setiap kekeliruan pembaca, dosanya semesti ditanggung oleh buku?. Cara begini nampaknya kita masih mundur.
Saya bersetuju mungkin ada buku yang boleh diharamkan, tetapi kemukakan alasan ilmiah, baru ia diharamkan. Jika jelas buku itu berdusta atas nama Allah dan rasulNya, maka boleh diharamkan. Namun itu memerlukan bukti ilmiah”.
tapi , keadaan darurat yg satu tu betul ….rasulullah btul 2x ada dukung cucunya tma slt ….
wallahu’alam
kita banyak melakukan bid’ah tapi meninggalkan sunnah, kalau ada yang nak menerangkan sunnah dilabelkan sebagai bukan ahli jemaah, berlapang dada dalam mengamalkan mazhab, di kubur tidak akan ditanyakan kamu dari mazhab mana, imam mana, wallahu’alam.
sebenarnye kita semua ramai yg dlm kekeliruan samapi x tau mane yg betul..ni semua perpunca dari penangan peperang idaelogi dari perang salib…..yg mana byk ilmu2 islam diubah2 dan ditokok tambah supaya semua org keliru tentang perjalanan islam yg sebenar……itu sebabnya ktutbah terakhir nabi Muhammad S.A.W perpesan supaya berjaga2 kpd perkara yg kecil….sbb kejatuhan islam adalah disebabkan oleh perkara2 yg kecil yg akhirnye bergabung menjadi sgt besar sehingga skrg sehingga org2 yg beriman kpd ayat2 mustashabiyat ( sufi dan perjalanan tarekat ) pun dipulaukan sbb katanya ajaran x betul oleh setgh2 pihak padahal kt situ terdapat teknologi of islam….perkara paling mudah ialah berpandu pada iman syafie, hambali, maliki, hanafi dan imam ahmad kerna mereka pengkaji segala ilmu dlm islam..jika kita mazhab syafi,e follow ajelah…kerna iman syafi,e pernah belajar kesemua mazhab dan perjalanan tarekat2….lagi pun pendpt mereka tidak pernah bertentangan jauh melainkan ade bab2 yg agak berlainan skit kerna mereka ada kelebihan masing2 iaitu khasaf…ade yg tersembunyi yg ramai org tak tau kenapa mereka buat beitu…cuma ada sesetengah2 pihak tambahan membuat hujah2 baru supaya lari dari panduan diaorg….selagi ko org x kaji terjemahan al quran selagi itu ko org x nampak mana kebenaran sbb semua dah tertulis sgt jelas diquran….jika ko orang perngkaji sejarah terutama dlm awal perang salib dan detik kejatuhan kerajaan khalifah2 dan pembangunan islam moden yg akhirnya islam dijadikan perkara kedua dlm hidup kita skrg ni. ko org akan nampak kebenaran kenapa islam berubah dan time tu ko rang sedar ape yg berlaku skrg ni….dan time tu ko org mesti bole faham siapa ahli kitab ( yahudi dan nasrani ) yg sebenar2nya dan ape peranan mereka skrg ni yg dimaksudkan di dlm al quran itu…kaji la….”sesungguhnya Allah murka kepada hamba2nya yang tidak berfikir”
penah nampak buku ni dijual mase tu terpikir
mudahnya islam..tak membebankan umat
mohon sesiapa yg menyokong pengharaman buku ni, supaya baca dulu buku ni dari awal sampai habis. dan bukan baca ikut topik yg diminati saja.. saya rasa buku ni adalah satu ilmu yg sangat berguna. namun sbg pencari ilmu, kalau ada kemusykilan tentang isi/maklumat dalam buku ni, perlulah kita merujuk kepada pihak yg lebih arif.
alasan KDN yg menyatakan “boleh mengelirukan” tu menggambarkan betapa malasnya umat Islam kat malaysia ni nak berguru.
Aku pelik la korang ni yg ble kate buku ni xharam…memang dasar wahabi…cek balik akidah tu…bukan main dengar2 ckp org je…Rasul dahri dlm youtube kate abis bagi salam sapu muka pki tangan adalah haram…itu dh abis solat tapi tetap haram tapi ni buku ni cakap dalam solat boleh tambah2 rukun …ble buat itu ini…boleh amik budak yg merayau pastu sambung solat balik tu halal…ade lak solat sambil masak lak tu..
klu xtau tentang agama sendri cari lah guru…bukan main baca2 buku…ada hadis mengatakan belajar ngn buku seperti belajar ngn setan…dan nak cari bukan main dgr2 je..mne guru yg hebat…tanye Allah…buat solat hajat ..mntk doa Ya Allah tunjukkan lah aku jalan yg lurus dan berikan lah aku seorg guru mursyid yg mengikut ajaran mu…Amin
kepada penulis blog sila jgn delete lak post aku ni….antara dua je…samada aku betul atau ko yg betul…aku solat ikut rukun solat ada 13…ko kate ble tambah2…niat aku nk ajak korang brubah jaga akidah jgn rosak…klu ko delete post aku ni…ko jawab la kt akhirat nti…
tak perlu risau, nak buat apa aku delete komen kau, aku buat entry ini sebab aku pun nak dengar pandangan daripada pelbagai pihak
Assalamualaikum, ini ada sedikit petikan dari seorang ulama kita.
Allahuálam.
Nazri
sekadar berkongsi:
jika ada rasa sangsi lagi, boleh baca article ini:
Sebahagian buku itu tidak ada bukti jelas bercanggah dengan Islam seperti buku ‘Pelik Tapi Benar’ tulisan Ustaz Abdul Rahman Mohamed dari Singapura. Tanpa ada sebarang dalil putus, pihak jawatankuasa agama di Malaysia mengharamkan buku seperti ini. Hanya kerana ‘tidak sama selera’.
islam itu mudah tetapi manusia yang menyusahkan agama islam itu sendiri
http://drmaza.com/home/?p=1142#more-1142
Prof Dr. Muhammad Raft ‘Uthman menyebut:
Taksub mazhab adalah sesuatu yang dibenci dan dilarang di sisi syarak.
Allah lebih mengetahui
hihihi wahai encik Azlan yg bijaksana dan bijaksini….”HADIS” engkau yg kata kalau tk berguru malah berguru dgn setan tuh ko ambil hadis mana yer….setahu aku tak ada dlm Sahih bukhari muslim pon…dlm riwayat tarmidzi pun tak ada…HADIS tuh sebenarnya ramai yg tak tahu diambil dr Injil atau Bible…boleh jelaskan lg tak..lucunya
Salam. In the first place, sudahkah saudara membaca kitab itu sendiri dan juga bertanyakan kepada pihak yang berkuasa itu mengapa ia diharamkan?
Saya berhajat baca buku ini