Ketika PDRM melancarkan gerakan besar-besaran melumpuhkan pergerakan Jemaah Islamiah (JI), aku dan rakan-rakan di Meja Jenayah, Utusan Malaysia ketika itu ‘hampir setengah mati’ melaporkan perkembangan siasatan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak Cawangan Khas (SB)
setiap hari ada saja tangkapan, lepas satu, satu. Lepas satu, satu.
seperti orang lain, kami juga pada awalnya agak skeptikal dengan operasi berkenaan. Dalam hati ada juga terdetik, betul ke polis ni….takkan ustaz dan lebai yang ditangkap itu boleh mempunyai ‘split personality’, maksudnya sekejap jadi baik dan sekejap jadi jahat. Musykil.
Namun itulah untungnya kalau kita jadi wartawan. Adakalanya kita dapat mengetahui benda yang tak mungkin diketahui oleh orang kebanyakkan.
Dan dalam blog yang kerdil ini, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang kami peroleh daripada pihak berkuasa mengenai pergerakan kumpulan berkenaan
aku juga bersyukur kerana berkesempatan menemui sendiri beberapa orang anggota bekas JI yang sudi berkongsi pengalaman mereka
kemuncaknya, aku berjaya menemubual sendiri Ustaz Abu Bakar Basyir yang dianggap orang yang memainkan peranan penting dalam pergerakan JI di rantau ini di pondok pengajiannya dekat Nguruki, Solo, Indonesia tiga tahun lalu
untuk pengetahuan korang, JI bukan orang Pas. Mereka ini tidak percaya pada sistem politik. Ini kerana bagi mereka kuasa politik tidak mampu menegakkan kedaulatan Islam
Paling menakutkan, anggota JI ini sangat ekstrim dalam perjuangan sehingga mereka percaya bahawa mereka boleh merompak dan membunuh orang bukan Islam dalam usaha `melindungi Islam’.
Mereka menghantar pasukan untuk berperang dengan orang Kristian di Ambon, Indonesia. Mereka membina kekuatan dengan mencari tapak latihan ketenteraan di Mindanao, Filipina.
Di dalam negeri, mereka pernah menyerang balai polis Guar Chempedak untuk merampas senjata tetapi gagal.
Mereka menembak lelaki bukan Islam yang menjalin hubungan dengan wanita Islam. Mereka juga mengebom sebuah kuil Hindu di tengah-tengah Kuala Lumpur bagi mencetuskan masalah ketenteraman awam.
Kumpulan itu menghalalkan kejahatan dan jenayah yang dilakukan atas nama jihad Islam. Wang rompakan misalnya ditafsirkan sebagai halal digunakan bagi tujuan membiayai operasi pergerakan ini
Mereka percaya jika mereka terkorban ketika melakukan kejahatan, mereka akan mati syahid. Sebagai orang yang `mati syahid’, pada hari pembalasan di akhirat kelak, mereka yakin mereka akan dibenarkan oleh Tuhan membawa ahli keluarga terdekat masuk syurga.
Pemahaman agama yang melencong ini diburukkan lagi oleh usrah-usrah agama yang mereka sertai.
Sebahagian daripada mereka mendapat pendidikan agama atas perbelanjaan sendiri di Mesir dan Pakistan serta terdedah kepada latihan gerila dan tafsiran-tafsiran agama sempit puak-puak mujahidin di negara Afghanistan yang sedang bergolak.
Apabila mereka balik ke Malaysia, mereka terbawa-bawa dengan sentimen anti Barat, pandangan anti-kerajaan sekular dan nilai-nilai ortodoks yang menjadi pegangan aktivis-aktivis mujahidin.
Difahamkan kumpulan itu beberapa kali membawa masuk pendakwah dan anggota militan Islam Indonesia yang mengajar tentang mati syahid.
Mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan-kumpulan pengganas Islam di peringkat antarabangsa iaitu dengan mujahidin Afghanistan, gerakan gerila Islam di Mindanao dan kumpulan militan Indonesia.
masalahnya, berapa ramai di antara kita yang benar-benar percaya fakta-fakta ini?
aku yakin, kalau diceritakan kisah ini kepada 10 orang, mungkin takde seorang pun daripada kita yang percaya tentangnya.
untuk itu, apakata korang klik dekat sini baca
untuk pengetahuan korang, aku berada dalam sidang akhbar tersebut dan ditugaskan untuk melaporkannya
oleh itu aku berharap sangat agar kita membuka minda kita seluas-luasnya
cuba tanya pada diri kita, kenapakah Malaysia tidak pernah menjadi sasaran pengganas seperti mana yang berlaku di Bali, Selatan Thai, Manila, Zamboanga dan lain-lain lagi sedangkan kita tahu ramai yang terlibat adalah rakyat negara ini sendiri
jawapannya hanya satu…kita tahu ini bukan sandiwara dan kita telah ambil langkah dengan cepat menyumbatkan mereka ini ke dalam penjara sebelum nasi menjadi bubur
malang sekali masih ramai yang menganggap ini semua lakonan semata-mata dan dibuat atas dasar kepentingan politik pihak-pihak tertentu
entahlah…
huhu jauhi mereka… guna PULIS untuk tgkp JI ok le… tapi jgn masuk ISA… gune saluran betul… dakwa mereka…
(sidang dun 7/5/09) untuk mengetahui laporan media dari dunia … hehe
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/05/berita-dr-saentero-dunia-apabila-lanun.html
Jika sungguh ada bukti, dakwa. Jangan kurung 7-8 tahun tanpa bicara. Allah di Mahsyar nanti pun adakan perbicaraan dulu. Walupun setiap diri dah tahu. Nak masuk syurga atau neraka.
Ada bukti dakwa. Jangan guna ISA. Bercanggah dengan Islam dan naluri manusia.
Yang salah tetap salah tapi..cara malaysia menyumbatkan mereka kat ISA tanpa perbicaraan tu betul ke? Kenapa kat malaysia bila pemerintahan org A maka berdoyon2 la org masuk ISA, tapi bila kepimpinan diambik alih org B maka esoknya berdoyon2 jugak la tahanan ISA dibebaskan. Ini agenda politik atau memang mangsa2 ISA tu betul2 bersalah? Adakah mangsa2 ISA ni membahayakan negara masa pemerintahan A dan sekelip mata jadi baik tak membahayakan negara bila pemerintahan B ambik alih… Politik..Politik..
Cerita tu betul tapi ada orang ambil kesempatan mengaitkannya dan menuduh satu parti politik kat Malaysia terlibat. Itu yang orang tak boleh dan tak nak percaya.
Lepas tu ISA ni kat Malaysia dia ikut suka hati siapa yg berkuasa. Takkan la sampai takdak bukti langsung. Atau pegawai polis yg menyiasat tak pandai menyiasat.
Yg baik kita sokong yg jahat kita tentang walaupun sesiapa jua pun.
ISA itu amat penting utk keselamatan negara….
kaji dan selami kebaikannya dalam2….kamu semua akan paham utk apa kegunaannya…
jikalau tiada ISA pihak2 berhaluan kiri ini akan guna setiap ruang kebebasan yg ada untuk kepentingan idiologi mereka… mereka yg berhaluan kiri ini bukan calang2 orgnya..semuanya genius yg boleh menyebabkan huru hara didalam negara…
jika kamu kasihan pada mereka tetapi mereka dgn perwatakan spt org yg teraniaya dgn undang2 kerajaan yg ada boleh menyebabkan sanak kaum keluarga kita yg tidak berdosa terkorban…adakah kamu mahu perkara spt ini terjadi?
fikir dan renungkan, anggota keselamatan kita berkorban jiwa dan raga untuk mempertahankan negara demi keamanan…tetapi kamu beranggapan sebaliknya…