KETIKA bersama lebih 30 anggota Platun Gempur Batalion Kelapan, Rejimen Renjer Diraja (RRD) bertempur dengan segerombolan pengganas komunis di Perak tahun 1980, Kanang anak Langkau ditembak tiga kali berturut-turut oleh pihak musuh.
Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dadanya. Beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya.
Kanang yang berlumuran darah dan tidak bermaya waktu itu, sementara menanti bantuan tiba, cekal menggagahkan dirinya memapah seorang anggota bawahannya dari menjadi mangsa tembakan menggila komunis.
“Akibat tembakan itu saya terpaksa dirawat selama setahun,” katanya.
Anugerah tertinggi Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) diterimanya hasil pertempuran dengan komunis di Perak, Februari 1980.
Setahun sebelumnya beliau menerima pengurniaan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) atas kehebatan dan keberaniannya menembak mati lima pengganas komunis di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak.
Nah, sejauh mana kita mengenali Kanang berbanding Rosyam Noor atau Fasha Sandha.
Sejauh mana kita mengenang beliau selain daripada pingat besi yang disemat di dadanya itu.
Baru-baru ini kerajaan hendak menganugerahkan pangkat Datuk kepadanya tetapi ditolaknya dengan baik, katanya;
” Saya bukan orang kaya, saya nie orang miskin. Kalau diberikan gelaran Datuk, saya terpaksa mengubah penampilan saya dan mengupah seorang pemandu yang mana saya tak mampu untuk sediakan.”
SAK: Tim produksi kami bertolak ke Sarawak kelmarin untuk merakamkan kisah hidup Kanang bagi slot Citra Manusia edisi khas di rangkaian Astro Prima. Jangan lupa saksikan rancangan ini yang akan disiarkan malam 31 Ogos akan datang.
TERBARU: Kanang Anak Langkau meninggal dunia…klik DI SINI
jasamu dikenang…bangga dgn keberanian luar biasa yg ditunjukkan oleh kanang anak langkau..sanggup bergadai nyawa demi kedaulatan negara yg tercinta..tak lupa juga kepada perwira2 negara yg lain yg turut sama berkorban jiwa dan raga demi mengekalkan kedaulatan agama,bangsa dan negara kita yg tercinta agar terus dapat dinikmati oleh generasi yg seterusnya..agi idup agi ngelaban!!!gempur wira!!!
AGI IDUP AGI NGELABAN!!
jasamu dikenang..nama mu ttap trpahat..dalam usaha mu membela negara..dalam nyawa mu digadaikan tanpa kau undur menoleh kebelakang..aku amat berbangga kerana kau seorang pahlawan berjiwa bangsa..dan darah mu mengalir di dalam diri ku..aku beruntung kerana menjadi cucu mu..akan ku turut pertahankan negara ku biar tetap gah berdiri..negara ku MALAYSIA..
aku sbagai kaum iban sngguh berbangga dngan mu wira ku,keberanian mu membuat ku bersemangat dan merindui suamiku yang juga salah seorang askar…AGI IDUP AGI NGELABAN..!!!!
JASA MU akan ku kenag sampai bila2 .dulu aku seorang remaja yang tahu berfoya2 tapi sekarang aku ingin menjadi seperti kanang ak langkau`oleh kerena aku terlalu minatkan kanang aku telah memilih kor rejimen pertama renjer diraja.aku berharap jika beliau ada masa yang terluang beliau boleh berkunjung ke BATALION PERTAMA REJIMEN RENJER DIRAJA yg berpengkalan di kem majidee johor bahru,,,,,,,,,,,,,,,AGI IDUP AGI NGELABAN……..SARAWAK RENJER…………………………..
Saya selyut KANANG ANAK LANGKAU Anda sudah bersedia kah jadi pahlawan seperti beliau? Jangan tanya saya………. Saya ARMY. U?
jasa mu akan dikenang oleh apa yang kamu lakukan
[…] membolehkannya pahlawan dari bangsa Iban ini terus hidup ke hari ini. Cerita beliau oleh blogger Syahril Kadir ada di sini : KETIKA bersama lebih 30 anggota Platun Gempur Batalion Kelapan, Rejimen […]
Kanang Anak Langkau, kerana keberanian mu menentang musush ketika itu maka jasamu haruslah dikenang oleh semua sekalian masyarakat tak kira bansa dan ugama sebabnya mudah sahaja beliau sanggup berkorban demi untuk Negara walaupun ketika itu Negeri yang dipertahankan beliau adalah Malaya. Sarawak dan Sabah belum lagi masuk Malaysia. Beliau merupakan salah seorang sukarelawan dari Sarawak yang sanggup berperang di tanah Malaya…
Hanya satu yang saya ingin perbetulkan mengenai Sejarah Kanang Anak Langkau samada beliau masih ingat ataupun tidak berkenaan dengan orang yang paling pertama menyelamatkan beliau semasa beliau cedera dalam pertempuran di hutan ketika itu ialah tidak lain dan tidak bukan DR. ARTHIMURAM DAN ENCIK GIBSON UNJAU. Mereka ialah dari kumpulan Perubatan ketika itu. Selepas di selamatkan olih pegawai perubatan ini barulah En. Kanang Anak Langkau dibawa ke Hospital untuk rawatan/pembedahan sehinggalah beliau selamat dan sihat seperti sedia kala. Saya minta maaf sekiranya komen dan pandangan ini mengelirukan mana-mana pehak. Sumber sejarah ini telah sya ambil daripada Encik Gibson Unjau yang kini menetap di Kuching bersama-sama keluarga belaiu.
Saya berharap sangat kedua-dua pegawai perubatan ini tidak harus dilupakan dalam penciptaan sejarah Kanang Anak Langkau.
Masih ingat lagi masa pak cik kanang dimasukkan kehospital Ipoh akibat tembakan komunis sekitar tahun 70an. Masa tu hospital Ipoh tak macam sekarang. Katil dia betul betul sebelah katil aku sebab masa tu aku kena apendik. Terjerit jerit dia menahan kesakitan dan marah pada doktor yang merawat dia. ‘Sakitlah bodoh’…itulah antara kata kata yang aku ingat. Bunyi kain balut yg berdarah jatuh atas lantai masih terbayang. Esoknya keluarga dia datang melawat. Rupanya pak cik kanang adalah bapa kpd kawan sekelas aku, sekolah Ho Seng Ong Canning Garden. Terima kasih pak cik Kanang.
terima kasih kpd seorang insan bernama Kanang Ak Langkau kerana sanggup berjuang demi negara yn tercinta. Ayuh rakyat Malaysia kita bersatu dan jangan berpecah belah lagi….Selamat menyambut Hari kemerdekaan kpd Kanang L dan semua askar dahulu dan sekarang
Hillary Uji C…..Sri Aman
Tahniah kepada seorang insan dan anak Malaysia yang telah berjuang untuk rakyat.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu untuk matlamat dan visi negara kita tercapai.
Memang satu cerita yg memberi semangat kepd ank2 muda yg bru ingin masuk jdi tntera,,klau bleh sya nak dpt kn satu buku berkenaan cerita Kanan Ak Langkau nie,,ANY IDEA MANA NAK DPT
Baru menerima berita tentang gugurnya seorang pahlawan negara bernama Kanang ak Langkau. RIP sir.
setiap pengorbanan yang kanang anak langkau buat adalah untuk tanah air kta sendiri.saya mengucapkan terima kasih kepada pejuang kita kanag anak langkau.kalau boleh saya ingin mempunyai sebuah buku sejarah kanang anak langkau.sebab mataperlajaran yang paling sya minat adalah sejarah.saya suka sejarah sejak saya sekolah rendah dulu.tapi kini beliau telah meninggalkan kita.beliau bagaikan ‘harimau mati meninggalkan belang, manuuuusia mati meninggalkaan nama.
Takziah utk keluarga mendiang. Mati nya beliau meninggalkan nama dan kita tidak dapat nafikan sumbangan mendiang kepada negara. He had done so much to our country ? WHAT HAS WE DONE TO RECOGNISED HIS CONTRIBUTION ? CKP KE GELARAN DATUK UNTUK SEORANG PERWIRA SEPERTI INI ? kepada pihak yang bertanggungjawab buat lah sesuatu untuk meringankan bebanan ahli keluarga perwira ini. Jangan lupa jasa pahlawan seperti beliau.Sedangkan ramai yang menentang ketika itu kini menikmati hidup yang lebih baik dari mendiang.DO SOMETHING PLEASE SIR !!!!!
menangis saya membaca akhabar semalam apabila ikon kebangaan saya sudah tiada.semangat kanang anak langkau sentiasa ku bawa bersama walaupun tidak di medan peperangan.kanang anak langkau,you are second to none.agi idup agi ngelaban.takziah kepada warga atm dan keluarga mendiang.
kanang ak langkau kamulah ikon kebanggaan saya,walaupun saya bukan army tetapi semangat mu dan keberanian mu tetap ku ikuti untuk mempertahankan negara walaupun saya orang biasa.
Kanang ak langkau adalah wira negara yang sejati, Sanggup berkorban nyawa demi negara tercinta, Pembangkit semangat nasionalisme di kalangan rakyat kini. Ku sanjung perjuanganmu, wira negara yang sejati. takziah utk keluarga mediang, Tuhan memberkati rohmu
pihak kerajaan perlu memikirkan sesuatu/ perkara yang boleh mengingatkan pewira kita ini kepada generasi yang akan datang , supaya generasi akan datang akan mengetahui seorang pahlawan yang mempertahankan negara dengan nyawanya sendiri .kesetiaanya/keberaniannya dan visinya perlu dibalas dengan sesuatu yang berfaedah…….hoooha…agi idup agi ngelaban….
mr kanang…..u are great… my ikon…tq my instructor…fm u student at pulada