DEBAT : KISAH BENAR DI SEBALIK KONTROVERSI TANAH DI PULAU PINANG
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon vs YAB Lim Guan Eng
(1) Pada segmen-segmen permulaan debat, kedua-dua tokoh berjaya menonjolkan penampilan dan karisma masing-masing.
(2) YB Lim mempersoalkan beberapa skandal tanah yang menimbulkan keraguan dan kenapa tindakan tidak diambil kepada pegawai-pegawai yang terlibat. Tan Sri Dr Koh menjawap, kes tersebut sebenarnya telah beberapa kali disiasat oleh BPR dan beliau sendiri tetapi tiada bukti yang diperolehi. Oleh kerana itu, pegawai terbabit hanya diberi amaran. Malahan, kes tersebut telah dipanjangkan ke mahkamah.
(3) Ini menimbulkan rasa tidak puas hati YB Lim Guan Eng dan menganggap Tan Sri cuba menutup kelemahan pentadbiran kerajaan yang lepas. Ini membuatkan Tan Sri Dr Koh ‘naik darah’ dan mencabar YB Lim Guan Eng agar membuat siasatan baru terhadap kes-kes yang ada jika tidak berpuas hati.
(4) YB Lim Guang Eng seterusnya mendakwa kerajaan barunya telah memperkenalkan sistem pentadbiran baru yang lebih telus (CAT) sehingga penemuan skandal-skandal tersebut. Tan Sri Dr Koh kemudian, membidas YB Lim bahawa sistem tersebut hanya penambah-baikkan kepada sistem yang telah ada sebelum ini.
(5) Seterusnya beliau berkata, sekiranya kerajaan PR hanya menemui 5-7 kes yang meragukan berbanding beratus-ratus fail yang ada, ini menunjukkan sistem terdahulu lebih berjaya dari segi peratusannya. YB Lim kemudian berkata.. walaupun sedikit, ianya melibatkan sejumlah wang yang besar dan boleh digunakan untuk kebajikan rakyat P.Pinang.
(6) Tan Sri Dr Koh selanjutnya berkata, jika terdapat kes yang baru.. sudah tentulah tindakan akan diambil. Berkenaan kes-kes sebelumnya, biarlah mahkamah yang menentukannya.
(7) YB Lim kemudian menggulung hujah dengan menyatakan kerajaan PR akan terus memperjuangkan pentadbiran kerajaan yang telus dan ‘mesra rakyat’. Manakala Tan Sri Dr Koh pula menggulung hujah dengan membidas kerajaan PR agar mempunyai maklumat-maklumat yang kukuh dan cukup sebelum membuat tuduhan kepada kerajaan BN sebelum ini.
(petikan cekka.wordpress)
SAK: Bangganya bila dua orang bukan Melayu debat dalam bahasa ibunda kita…memang aku respek kat diaorang terutama Tsu Koon yang menggunakan bahasa Melayu ‘surat’ dan bukannya ‘pasar’.
yang penting kedua2 pendebat fokus kepada isu dan menjawab soalan…tidak seperti debat sebelum ni yang tak tau nak ckp pe…pikirlah sendiri..
betul. respek dgn kedua-dua YB tu.
sayangi bangsa sendiri … sebusuk2 org itu, dia adalah bangsa kita, bangsa melayu, kalau bukan kita yg bangga ngn bangsa kita… siapa lagi nak bangga ngn bangsa melayu?? ada perkara yg kita harus pilih kasih, seperti bangsa mereka lakukan… amin
Debat yang bagus dari segi pengetahuan utk masyarakat.. Tapi yang tak bagusnya, mereka masing2 nak salahkan satu sama lain..
Err.. Yang aku tak faham.. Berkali2 KTS cakap tentang kesalahan dokumen 40 tahun dulu.. 40 TAHUN??? Ai, takkan la dalam masa tu tak dapat nak nampak lagi..
salam
memanglah apabila kita tengok debat malam tu seronok tangok 2 warga cina bercakap melayu.. Tapi masalah sekarang pemipin kita orang melayu tak suka cakap melayu lebih suka cakap orang putih.tahniah pada keduanya