SEWAKTU Mohammad Fairus Khairuddin dilantik jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, aku adalah diantara orang yang paling terperanjat beruk! Mana taknya, kami sama-sama di UIA dulu. Dia tahu rahsia aku, dan aku pun tahu sangat rahsia dia, hehehe
Tapi itu cerita lama. Yang penting sekarang dia dah jadi wakil rakyat dan orang besar. Tak sikit pun aku rasa sakit hati apatah lagi nak ketuk pintu pejabat dia nakkan projek. Aku tetap aku. Makan gaji ngan orang dan tak masuk mana-mana parti politik.
Bahkan aku rasa bangga sebenarnya kerana aku ada kawan yang dapat mengecapi kedudukan yang tinggi walaupun dalam usia semuda ini. Sama ada dia ingat aku atau tidak itu bukan lagi menjadi persoalan besar.
Cuma aku ingin beri nasihat sikit sebagai seorang kawan. Aku sebenarnya gelisah benar bila akhir-akhir ini dia menjadi topik perbualan hangat kat laman siber
Mula-mula aku ingat ini gossip orang politik saja, malangnya bos nombor satu dia sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masa sidang akhbar di Permatang Pauh tempoh hari turut menegur sikap dia yang asyik ‘hilang’ di kawasan yang dimenanginya. Lebih memalukan lagi, dia ada kat sebelah Anwar masa bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat teguran berkenaan.
Fairus bagi alasan dia ‘low profile’ mungkin sebab itu orang ingat dia jarang turun kawasan. Insiden tersebut kemudiannya dilaporkan secara meluas di dada-dada akhbar keesokan harinya.
Aku petik artikel di http://www.malaysiakini.com/news/88889
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin supaya lebih kerap turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Beliau berkata, walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu sibuk menguruskan pentadbiran negeri, beliau perlu meluangkan masa untuk menemui penduduk di kawasannya.
Menurutnya, ini berikutan maklumbalas penduduk menunjukkan pemimpin muda PKR itu jarang kelihatan di kawasannya sejak memenangi pilihanraya umum Mac lalu.
“Saya susah hati kerana tidak pernah orang komplen secara terbuka begini dan mereka minta saya nasihatkan Fairus. Memang kita sibuk tetapi kenalah luangkan masa untuk menemui penduduk kerana mereka boleh faham dan terima kalau kita sibuk tetapi mereka tidak boleh terima kalau kita tak turun padang,” kata Anwar.
Macam nilah Fairus, hang kena ingat. La ni orang dok perhati baik kawan mahupun lawan. Sepatutnya hang gunakan kesempatan yang Allah bagi ni untuk kerja kow-kow sebagai membalas kepercayaan orang kat hang
Aku tak tau sejauh mana tuduhan orang kat hang tu betoi, mungkin depa saja reka sebab nak jatuhkan hang tapi aku rasa pokok tak goyang kalau angin tak tiup. Hang juga kena ingat, hang orang PKR. Orang DAP ada dalam tu, orang PAS pun ada dalam tu.
Fairus, sekali orang dah tak percaya kat kita, sampai mati orang akan anggap macam tu. Hang orang muda, bos hang yang sakit tulang belakang tu pun bukan main kerja siang malam, malulah kalau hang boleh dok releks saja kat kerusi empuk hang tu.
Anggaplah teguran ikhlas ni teguran dari seorang kawan pada sahabatnya. Bukan apa, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa Fairus, eh silap, YB Fairus.
betul ke YB Fairus dulu aktif dalam badan Perwakilan Pelajar UIA?
[…] Posts Mohammad Fairus Khairuddin, ingatlah, bukan senang nak jadi pemimpin..Pengakuan KISAH BENAR banduan rogol anak sendiriAstro Rugi RM529 juta!pengalaman membuat liputan kes […]
honestly, saya lg tkejut badak dgn plantikan dia. saya bks ank murid dia. sedikit sebanyak tahu sgt perangai buruk dia. saya terbayang apalah nasib PKR. yg saya kenal dia memang pandai berkata2 tapi hakikatnya…masyaAllah…