Lompat ke isi kandungan

Kisah ketabahan Syarul dan Syana

November 17, 2009

Syana dan Syarul

hari ini aku ingin menulis mengenai kisah pasangan suami isteri yang masih muda, Syarul dan Syana

Syarul dan Syana mendirikan rumah tangga pada usia baru mencecah 25 tahun setelah berkenalan dalam tempoh yang agak singkat

namun di sebalik keceriaan yang tergambar di wajah mereka berdua, tak siapa yang tahu kesedihan yang tersimpan di dalam hati masing-masing

mana tidaknya, dalam usia perkahwinan yang hampir mencecah lima tahun, pasangan ini masih tidak dikurniakan anak

di sini segalanya bermula…keinginan untuk memberi zuriat untuk Syarul membuatkan Syana menjalani pelbagai rawatan termasuk pembedahan yang menyakitkan demi suaminya yang tersayang

Syarul pula sanggup membuang keegoaannya sebagai lelaki dengan turut pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesuburan sebagai tanda sokongan kepada isterinya yang sangat dicintainya itu

menjalani rawatan kesuburan

namun takdir menentukan yang ‘masalah’ hanyalah kepada tubuh Syana kerana hasil pemeriksaan mendapati kesihatan Syarul berada di tahap yang baik, sama seperti lelaki normal yang lain

pilu dengan nasib dirinya, ada ketikanya Syana seolah-olah merelakan seandainya Syarul ingin berkahwin lain jika itulah pilihan terbaik untuk mereka berdua

” Tak mungkin aku akan berbuat demikian Ril, kami akan terus berusaha dan tabah dengan apa yang ditentukan Allah,” kata Syahrul pada aku

aku cukup kagum dengan Syarul, dan kekaguman ini juga aku tujukan buat Syana

mereka ternyata cukup tabah menghadapi ujian ini walaupun terpaksa berhabis-habisan terutama dari segi kewangan hanya kerana untuk mendapatkan anak

bagi mengatasi kesunyian, kedua-duanya sering menghabiskan masa bersama, melancong dan bergurau senda seolah-olah tiada apa yang berlaku

bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, ingatlah, walaupun anak adalah pelengkap sebuah perkahwinan namun itu bukan bermakna ia adalah segala-galanya, ini kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya

Syarul boleh mengambil jalan mudah dengan meninggalkan Syana dan Syana juga boleh mengambil jalan akhir dengan mengizinkan suaminya untuk mencari pasangan baru, namun ia tidak pernah wujud dalam kamus pemikiran mereka berdua

ini kerana yang wujud dalam hati dan sanubari pasangan itu cuma cinta dan kasih sayang yang sangat mendalam, bagai kasih Laila dan Majnunnya, bak cinta Mumtaz dan Shah Jehannya, seperti asmara Romeo dan Julietnya

Syana ada mengabadikan kisah mereka berdua dalam blognya DI SINI

betullah kata penyair agung Kahlil Gibran… ” Hanya dengan cinta yang indah… kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan ”

 

14 Komen leave one →
  1. sham Trg permalink
    November 18, 2009 12:34 am

    di sini yang ada disekeliling kehidupan beberapa orang teman yang masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk mendapat zuriat walaupun ada yang sudah menghampiri 10 tahun lamanya menanti,tetapi kesabaran dan yakin pada ketentuan Allah adalah penawar kepada kecekalan hati yang menunggu.

  2. sharil-utusan permalink
    November 18, 2009 2:41 am

    tuh kat langkawi… p lah mandi kat tasik dayang bunting hehhee

  3. esqandar permalink
    November 18, 2009 3:20 am

    Salam..saya ni kira silent reader la..dah lama dah.
    tapi gatal tangan nak beri komen sehinggalah ke entry yang ni.

    Abg ipar saya dan isterinya dah 7 tahun takda anak..mereka dah usaha macam macam cara.Mungkin blog di atas tu adalah “the final solution” barangkali.Kita merancang,,Allah menentukan.

    Kagum dgn ketabahan mereka..kedua duanya. Isteri dgn tekanan..dan Suami yg sanggup sehati sejiwa…(tak terfikir utk kahwin lain..).

    Semoga impian mereka dimakbulkan..

  4. November 18, 2009 4:00 am

    Bersabarlah. Ada hikmah tu.
    Kalu sanggup bleh carik anak angkat kat JKM. Carik yg belum 2 tahun. Jadikan sebagai ibu/ibu saudara susuan.

  5. azlina permalink
    November 18, 2009 4:07 am

    kadangkala yg terlebih sibuk sangat masyarakat sekeliling …. saudara mara …. takut nanti dah tua susah tiada siapa membantu …. pendapat saya
    anak anugerah Allah tidak semesti ada anak kita senang kemudian hari ….

  6. acoi permalink
    November 18, 2009 6:14 am

    salam..
    touching aku baca entry hang ni..
    Allah lebih tahu apa yg tbaik utk setiap hambanya..

    tq ril, tlg doakn yg tbaik..
    kpd hang,
    moga2 allah mbalas kbaikan, setiap kbaikan yg dbuat..

  7. November 18, 2009 9:39 am

    Syahril, saya linked blog awak dari blog saya.

    Thanks

  8. zeqzeq permalink
    November 18, 2009 10:10 am

    salam,
    betul azlina, anak anugerah, Doa.

    senang>>>

    seorang di New York, seorang di Scotland. setahun sekali jumpa, duduk sejoli di rumah bunglow.

  9. nazir nordin permalink
    November 18, 2009 2:52 pm

    tersentuh hatiku….
    aku pon lum ada rezeki dpt cahaya mata nih…dah 4 thun dah…adusss….

  10. November 19, 2009 12:27 pm

    dlm hal camni, dua2 kena kuat. klu seorg je yg dok kuat tp yg lg seorg buat dek je mcm kayu-mmg xkan jadi

    yg seorg – 7 lawan 1
    yg lagi seorg – buat dek mcm kayu

    semoga syana & syarul akan sentiasa tabah dgn ujian Tuhan. tiap apa yg berlaku ada hikmahnya. Tuhan syg umatnya – ujian yg Dia bg adalah utk mengajar kita supaya menjadi lbh tabah. Dia lbh mengetahui. Wallahua’lam…

  11. November 23, 2009 9:00 am

    aku pun mengalami nasib yg sama… IUI 2 kali dan insyaalah ada rezeki nak buat IVF plak… syana ni aku kenal dia…

  12. November 23, 2009 1:04 pm

    hi shahril…yea..syana seorg yg tabah…dan kuat…die adalah kawan alam maya saya yg sgt baik hati…saya syg sgt kt dier walaupun kami berkawan melalui forum dan blog…diharap ade sinar kebahgiaan utk mereka berdua ….sama2 kite berdoa ok..

  13. halmi permalink
    November 25, 2009 3:49 pm

    Assalamualaikum, saya juga bersimpati dengan Syana dan Syarul. Utk pengetahuan semua, saya jga mengalami masalah spt Syana.Suami saya juga tdk pernah menyebut ingin berkahwin lagi.12 tahun saya menunggu sehingga saya ambil keputusan utk ambil anak angkat.Alhamdulilah saya berjaya mendapat anak angkat (perempuan)Saya juga dapat menyusukan anak itu.Masa anak angkat saya berumur 4 bln, saya disahkan mengandung. Kini saya bahagia bersama 2 anak yang comel. Anak susuan saya namakan Huda Sofia(sekarang 4thn 11bln) dan anak lelaki Hariz Sufian(3thn 8 bln). Terima kasih suamiku yang bersabar bersamaku dan terima kasih anak2ku yang mengisi kesunyian dlm hidup mama .Ya Allah hambamu bersyukur atas apa yang telah engkau berikan.Kpd pasangan yang belum dikurniakan anak, teruskan berdoa dan berusaha (mesti kedua2 ya-suami dan isteri).Jika ditakdirkan tiada zuriat,harus bersyukur kerana di alam kubur/akhirat nanti, anda tidak akan dipersoalkan tentang tanggungjawab/kewajipan anda terhadap anak.

  14. September 23, 2010 5:20 am

    selama nie saya silent reader blog nie…. mmg suka baca entry syahrilkadir nie… dan semalam saya dah jengok blog syana… alhamdulillah, mereka dah di kurniakan baby boy – Iman… sangat lah comel…. alhamdulillah…..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 113 other followers