sebagai manusia, kita tidak lepas daripada melakukan kesalahan
kesalahan itu pula ada dua, satu yang disengajakan, dan satu lagi yang tidak disengajakan
entry kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku sepanjang bertugas sebagai wartawan jenayah
walaupun penulisan berita jenayah secara dasarnya tidak banyak beza dengan penulisan berita ekonomi, politik dan lain-lain lagi, namun masih ada perkara-perkara yang perlu diberi penekanan serius bila menulis mengenai berita-berita sebegini
yang paling penting fakta, bukan aku kata berita lain tidak mementingkan fakta, tetapi dalam berita jenayah, wartawannya perlu memastikan fakta mereka betul-betul tepat, kalau boleh 200 peratus tepat tanpa ada unsur sensasi yang berlebihan atau penambahan fakta yang tidak relevan
ini kerana, setiap kes jenayah, terutama jika melibatkan penangkapan suspek, pasti akan melalui proses perundangan, dalam hal ini pasti akan melibatkan perbicaraan di mahkamah
masalah akan timbul bila fakta kes di mahkamah berbeza dengan apa yang dilaporkan dalam media massa
walaupun hakim membuat keputusan berdasarkan bukti serta keterangan di mahkamah dan bukan berdasarkan laporan akhbar, adakalanya wartawan tetap dipanggil sebagai saksi terutama apabila pihak pendakwaraya atau peguambela merasakan mereka perlu berbuat demikian untuk menguatkan hujah masing-masing
sebab itu sejak hari pertama aku melaporkan diri sebagai wartawan, aku sentiasa mengingatkan diri aku supaya jangan tersalah lapor atau ‘terlebih goreng’, bukan apa, silap haribulan, aku kena tanggung akibatnya
namun seperti yang aku kata tadi, dah nama pun manusia, kekadang dalam kita dok berhati-hati tu pun, adakalanya ada juga insiden di mana aku tersalah lapor
aku ingat lagi waktu awal-awal aku jadi wartawan, ketika itu ada satu kebakaran besar di Kampung Baru, kebetulan pula ia berlaku di malam Hari Raya Haji sewaktu orang sedang bersiap-siap nak beraya
aku dan jurugambar berkejar ke tempat kejadian sebaik saja mendengar berita tersebut, lagi pun waktu tu baru lapor diri, jadi semangat keterujaan tu lain macam lah sikit hehehe
bila balik ke pejabat, aku pun terus menaip berita berkenaan dengan penuh semangat, lebih semangat lagi bila bos bagitahu yang kejadian itu akan dimuatkan di frontpage @ muka hadapan akhbar, yes!
esok tu dengan riaknya aku pun masuk awal ke pejabat, maklumlah baru kerja saja dah dapat frontpage, mestilah bangga
memang betul pun, bila sampai saja kengkawan pun dok memuji le…siap ada yang bagi tahniah lagi
rupanya tak bertahan lama pun, setengah jam kemudian bos besar pun panggil
” Awak tahu tak berita yang awak tulis semalam buat saya pening kepala, dah berpuluh orang call saya, awak tahu tak rumah yang terbakar tu terletak di Jalan Raja Muda Musa, yang awak tulis di Jalan Raja Alang tu kenapa??????,” jerit bos aku, adoyyyyyyyyyyyy
petang tu juga aku kena buat berita pembetulan…dalam akhbar dipanggil RALAT
esok tu apalagi, setengah bakul la aku kena kutuk dan disindir kengkawan
sejak pada tu aku cukup berhati-hati, dalam pada tu pun, masih ada juga kesalahan yang aku buat
cuma nasib baik hanya setakat ejaan di sini sana, takdelah sampai melibatkan fakta
ada juga keadaan di mana aku dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan dan sebagainya
tetapi kalau kita rasa kita di pihak yang benar, InsyaAllah tiada apa yang perlu dirisaukan
apapun, siapa cakap menulis itu senang?
nak menulis tu senang bro hanya tanggungjawab kepada apa yang ditulis jer yang susahnya
Encik…tersalah CAKAP pulakkk..adussss…kat mana2 kena PRINT n PUBLISH ‘ralat’ tu…