malam tadi sebenarnya aku cukup teruja untuk menulis mengenai Raudhah, salah satu ruang solat yang dikatakan SUNGGUH MUSTAJAB sesiapa yang berdoa di dalamnya
tetapi lappy aku ada problem, so aku tangguhkan dulu
hari ini dah tiba masanya aku berkongsi pengalaman berada di Raudhah, sebuah kawasan yang aku sifatkan antara yang PALING TENANG pernah aku singgah sepanjang hidup aku selama ini
Raudhah ni tak besar tuan-tuan, hanya seluas 22 x 15m saja, tapi entah kenapa, walaupun ia cuma sebuah kawasan yang mempunyai tiang dan mimbar, tetapi sesiapa yang masuk ke kawasan itu pasti akan berasa ‘sesuatu’ yang sangat ‘luar biasa’, kita akan tiba-tiba berasa teruja, tiba-tiba berasa insaf yang amat sangat, khusyuk dan segala macam perasaan yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata, sungguh!
aku sendiri, terus terang, tetiba boleh meremang bola roma bila melangkah kaki ke dalam Raudhah, satu tindak balas kimia yang payah untuk ditafsirkan walau oleh prosefor biologi hebat manapun
baik apa itu Raudhah?
Penerangan:
TIANG AISYAH: Tabrani menyebutkan Aisyah RA meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di dalam Masjid Nabawi yang mulia, jika seorang mengetahuinya, mereka akan mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar bias solat di sana”.
Suatu hari para Sahabat bertanya kepada Aisyah RA tentang tempat ini. Beliau menolak untuk memberitahukan tempat tersebut. Akhirnya para Sahabat pergi, sedangkan Aisyah RA masih bersama dengan saudarnya Abdullah bin Zubair RA. Belakangan para Sahabat memperhatikan bahawa Abdullah bin Zubair RA melakukan solat dekat dengan tiang Aisyah. Para Sahabat meyakini bahwa Aisyah RA memberitahukan tempat tersebut secara rahsia kepada keponakannya itu
Nabi SAW pernah mengimami solat dari titik ini selama beberapa hari setelah perubahan qiblat dari Masjid Al Aqsa ke Ka’bah di Makkah. Belakangan, beliau selalu mengimami solat dari titik yang sekarang dikenal sebagai Mihrab Nabawi As Syarif.
TIANG MUKHALLAQAH: Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadits Buhari, “Nabi SAW bersandar pada sebatang pohon kurma (yang awalnya terletak pada tempat di mana tiang ini berada) ketika melakukan khutbah Jumaat, kaum Ansar dengan hormat menawarkan pada Nabi SAW, kami dapat membuat sebuah mimbar untukmu, jika engkau menyetujuinya”.
ia terletak di antara Makam Rasulullah dan mimbar Baginda
RAUDHAH secara bahasa bererti kebun atau taman sedangkan yang dimaksud Raudhah di sini adalah suatu tempat yang berada di antara mimbar dan makam Muhammad SAW
tempat ini selalu digunakan oleh Nabi SAW untuk melakukan solat sampai akhir hayat beliau
Nabi SAW bersabda :
عن أبي سعيد الخذري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي هَذَا رَوْضَةٌ
“Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun surga”. (Musnad Ahmad bin Hanbal)
ada hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dari Rasulullah SAW, bahwa beliau bersabda,
“Tempat yang diantara kuburku dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) diantara beberapa kebun syurga”
seseorang juga dianjurkan untuk berdo’a di depan mimbar Nabi SAW yang terletak di kawasan Raudhah
ia sesuai dengan sabda Nabi SAW, “Mimbarku ini berada di atas telagaku.” (al-Hajj wa al-‘Umrah Fiqhuh wa Asraruh, 237)
apapun ada satu artikel menarik untuk kita renung yang aku peroleh dari laman blog ini;
Sebenarnya SEMUA dari kita boleh hadir ke Raudhah tanpa perlu ke Madinah. Mana mungkin Allah Yang Maha Adil menjadikan Raudhah itu milik segolongan orang sahaja? Bagaimana pula dengan mereka yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah?
Bukankah Nabi kita ada bersabda:
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila kamu melintasi taman-taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:”Apakah itu taman-taman syurga?”Jawab baginda:”Majlis Zikir.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Ayuh kita penuhi Raudhah Allah. Raudhah yang ini ada di mana-mana. Majlis ilmu dan majlis zikir ada di mana-mana. Berdoa semasa di majlis ilmu juga merupakan detik berdoa yang mustajab kerana semasa kita berada di majlis ilmu, turut bersama dengan kita adalah para malaikat. Para malaikat ini akan mengaminkan doa kita dan membawa doa kita untuk dipersembahkan kepada Allah.
Menghairankan kiranya kita hanya berlalu pergi melewati majlis ilmu tetapi berebut-rebut ketika berada di Masjid Nabi dengan alasan mengambil tempat bersolat serta memohon doa di Raudhah. Kita tidak perlu menunggu ke Madinah untuk berdoa di Raudhah kerana Raudhah itu sebenarnya berada dekat dengan kita. (rahibah.blogspot.com)
Wallahualam.
Salam Bro…lamanya nk sampai Mekah..9 siri aje di Madinah..
itulah pasal Haji…saya rasa macam nak tulis buku je…
Sungguh…perasaan sukar digambarkan di raudah…
Thank you for sharing your experience with us…
Assalam dik,
Akak setuju sangat N3 adik ‘Kita tidak perlu menunggu ke Madinah untuk berdoa di Raudhah kerana Raudhah itu sebenarnya berada dekat dengan kita.’ …. Yes tht true dik.
‘Sesungguhnya seorang ibu yang sedang berpuasa dan berdoa diwaktu sepertiga malam , doanya adalah mustajab, SUNGGUH MUSTAJAB ‘
Satu hadis Qudsi, riwayat Muslim dan Bukhari yang berbunyi:
,“Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?”
dan jua hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa mereka yang berpuasa, doanya sangat mustajab, dan bahawa doa ibubapa sangat mustajab.
So kepada hamba2 Allah yg masih tak berkemampuan ke Madinah & Mekah , jangan kecewa kerana mustajabnya doa tidak kira tempat dan masa, ia terletak kepada individu itu sendiri melakukannya seperti yg dinyatakannya.
Wallahualam.
Salam Jumaat En.Syahril,
Asalammualaikum w.b.t….
Seronok baca entri ni dan terima kasih atas info diatas…Ya Allah..bila agaknya makcik dpt pergi kesana .
teruskan menulis sedara…cuba menghayati setiap detik sewaktu sedara berada di sana…take your time to type and write your story…biar lambat asal selamat hahahahahaa…baru ada feeling
Reblogged this on IrEnEaLiA bLoG.
[…] sampai satu peringkat, aku menangis di dalam kawasan Raudhah (tempat yang mustajab untuk berdoa) di dalam Masjid Nabawi, boleh klik di sini -> https://syahrilkadir.wordpress.com/2012/06/28/umrah-orang-berdosa-bhg-9-tempat-yang-sungguh-istimewa-… […]
Sy baru mengikuti..sungguh menyentuh hati
Assallam..mohon share encik..
[…] Raudhoh. Sumber: Umrah Orang Berdosa. […]
sungguh menyentuh hati ..berjuang utk solat sunat d’ raudhah,walau hanya seketika..moga d’panggil lg sebagai tetamu Allah,
Raudhah di tempat perempuan sangat berdesakan..
Mengapakah?
Walaupun begitu alhamdulillah saya msh merasakan nikmat ibadah berada disana..
Assalamualaikum…
Alhamdulillah syukur.
Hati terlalu ingin kesana.
Insyaallah.