untuk pengetahuan korang yang bukan tinggal di area pusat bandar Kuala Lumpur dan sekitarnya ni, puluhan ribu warga kota dah beberapa hari takde air
puncanya disebabkan oleh dua kejadian, kejadian yang pertama melibatkan Rumah Pam Wangsa Maju manakala kejadian kedua melibatkan Rumah Pam Pudu Hulu Baru, kedua-dua kejadian ini berlaku secara berturut-turut
alasan yang diberikan SYABAS mengenai masalah itu;
Rumah Pam Wangsa Maju rosak sebab ‘overload’, manakala Rumah Pam Pudu Hulu Baru rosak sebab papan switch rosak dek kerja-kerja TNB
menariknya SYABAS keluarkan kenyataan begini semalam;
Pihak SYABAS ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa dari awal lagi SYABAS menjangkakan akan timbul masalah memandangkan operasi pam ini melepasi tahap rekabentuk untuk masa yang berlarutan.
Berikutan itu, seawal 2009 lagi SYABAS telah membawa isu ini kepada pihak Kerajaan dan memajukan cadangan supaya satu sistem pengepaman tambahan yang baru dibangunkan supaya tidak ’overload’ sistem yang sedia ada.
Walaupun telah disusuli beberapa kali oleh pihak SYABAS, hanya pada bulan Mac 2012 pihak Kerajaan telah meluluskan pembangunan sistem pengepaman tambahan ini yang mana akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menggunakan pinjaman dari pihak Kerajaan Persekutuan.
Pada masa ini, pihak SYABAS masih belum dapat kepastian bila projek ini akan siap kerana ia masih lagi di peringkat rekabentuk oleh juruperunding yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Ini bermakna, sehingga projek ini siap, sistem pengepaman ini akan terpaksa diuruskan di peringkat melebihi tahap rekabentuknya.
SYABAS juga ingin memaklumkan bahawa setelah siap kerja memperbaiki pam yang rosak ini, dijangkakan tempoh baikpulih penyaluran air ke kawasan-kawasan yang terlibat akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu (1) minggu lagi.
Ini memandangkan kekurangan bekalan rezab sedia ada (reserve supply) telah hampir di paras kosong dengan permintaan harian sebanyak 4,400 JLH berbanding bekalan sebanyak 4,436 JLH.
Oleh itu, amatlah kritikal projek membangunkan sistem pengepaman tambahan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini dapat disiapkan dengan kadar ’fast track’.
Penyelesaian jangkamasa panjang pula memerlukan sumber bekalan air baru seperti Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Persekutuan atau projek lain yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
aku tak kata siapa betul, siapa salah
perkara ini betul-betul macam kata pepatah – GAJAH DENGAN GAJAH BERGADUH, KANCIL TERSEPIT DI TENGAH!
SYABAS kata begini, kerajaan Selangor kata begitu akhirnya yang jadi mangsa adalah kita semua
dalam apa keadaan sekali pun, yang pasti, bil air kita TIDAK MUNGKIN AKAN TERLEWAT sampai ke peti surat rumah masing-masing
dan paip air kita juga TIDAK MUNGKIN AKAN TERLEWAT untuk dipotong kalau bilnya lewat dijelaskan
.
.
MALAYSIA BOLEH!
Ya, rumah saya la tu….Tension betul dah tak ada air seminggu =(
kasihan sungguh sang ‘kancil’ yg tersepit dek dihimpit ‘gajah2’ yg tak peduli akn nasib sang kancil.. terpijakkah dia? terhimpitkah dia? kata gajah “ada aku kesah”.. seksa2… hmm..
elok gambo gajah tu diselit sang kancil dicelah2 belalai2/kaki gajah tu ryl.. haha..
ada pergi ke majlis penerangan Syabas waktu krisis air hari tu. dari segi penjelasan mmg masuk akal bila Syabas kata kekurangan air mmg tak boleh elak dan perlukan sumber air baru dan loji baru.
tp cam biasalah, isu ni bila tiba di tangan ahli politik, dia org “spin” macam tak cukup tanah. tak habis2 nak tuduh satu sama lain. mengalahkan budak kecik. konon dia org la jaguh membela rakyat.
sedangkan patut dia org jadi wakil rakyat cari jalan selesai. tak kisah la nak selesai cara mana. yang penting hak rakyat jelata diberi keutamaan. tapi bak kata org kan, nak cari pemimpin berjiwa rakyat di zaman milenium ni mmg agak payah dan tak mustahil jadi misi “impossible” pun ye jugak.