PAGI ini aku mendapat dua berita yang sangat menyedihkan. Pertama perginya rakan media, Azhar Osman dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Salleh Mohd. Som.
Kebetulan kedua-duanya sangat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kedua-duanya juga meninggal disebabkan kanser.
Azhar merupakan setiausaha akhbar 1 kepada Pak Lah dan Salleh pula mempunyai pertalian darah dengan Pak Lah.
Terus terang aku katakan, kemuncak karier aku sewaktu menjadi wartawan jenayah adalah ketika Salleh menjadi Pengarah CID.
Bagi aku, arwah adalah Pengarah CID terbaik pernah dilahirkan oleh PDRM. Tetapi aku kesal sangat kerana berita kematiannya tidak begitu meluas sedangkan jasa, bakti dan pengorbanannya pada negara tidak terhitung dengan wang ringgit.
Masih ingat dengan kumpulan perompak ganas yang dikenali dengan Geng M16? Mereka ini merompak berpuluh kedai emas, berpuluh bank serta tanpa belas kesian melepaskan beratus-ratus tembakan pada polis dan orang awam, pada masa yang sama turut menggunakan bahan letupan seperti bom tangan?
Di tangan Salleh dan pegawai-pegawainyalah, kumpulan ini berjaya dihapuskan dan ketuanya mati ditembak.
Masih ingat pembunuhan akauntan Canny Ong, model sambilan Norita Samsudin, pensyarah UITM Bakaruddin Busu, Datuk Norjan Khan dan pelbagai lagi kes bunuh berprofil tinggi sekitar tahun 2000?
Dia tangan Salleh dan pegawai-pegawainyalah kebanyakan kes ini berjaya diselesaikan.
Semasa di Utusan Malaysia, aku pernah berpeluang menemuramah beliau secara eksklusif selama hampir dua jam di pejabatnya di Bukit Aman.
Selama dua jam itulah, aku boleh terpaku mendengar bagaimana arwah menceritakan tentang sejarah jenayah, organisasi kumpulan samseng, strategi menghapuskan perompak, taktik menghapuskan penyamun, gerakan menghancurkan kumpulan subversif dan segalanya. Nasib baiklah aku bawa recorder, kalau tak mampus aku nak ingat balik kerana cara dia explain ternyata sangat detail dan terperinci.
Aku rasa macam aku bukan bercakap dengan seorang pegawai polis, tetapi lebih kepada bercakap dengan seorang Dekan Fakulti Jenayah Universiti Cambridge!
Dan jangan tak tahu, Salleh adalah di antara pegawai polis yang pernah belajar di Universiti Cambridge (tapi aku rasa dia tak kenal kot dengan Khairy Jamaludin)
Sejarah kerjayanya juga sangat menarik kerana hampir separuh daripada tempoh perkhidmatannya dengan PDRM dihabiskan dalam unit perisikan (spy).
Aku sendiri melihat dengan mata kepala aku gambar-gambar beliau dengan perisik-perisik polis dunia yang lain. Antaranya sewaktu arwah menjalankan tugas di Rome, New York, Zurich, Moscow, London termasuklah di Tel Aviv!
Aku juga tidak sangka kerana sewaktu hari terakhirnya dalam PDRM, aku juga wartawan yang kebetulan ditugaskan untuk membuat liputan mengenai majlis persaraan tersebut.
Aku masih ingat, arwah pernah menceritakan pada aku beberapa perkara yang membuatkan dia kecewa dengan PDRM antaranya termasuklah sikap segelintir pegawainya yang pemalas dan tidak cekap dalam menjalankan siasatan. Biarlah hanya aku yang simpan di dalam hati mengenai perkara selebihnya.
Selepas beliau bersara, aku langsung tidak mendengar khabar berita mengenai arwah sehinggalah blogger Razlin memaklumkan mengenai kematiannya pagi tadi.
Rupanya beliau sudah tidak mampu bercakap sejak Januari lalu.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa.
Selamat jalan pahlawanku…Salleh bin Mat Som.
—————————————————————————
Azhar Osman, press secretary to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, passed away at 9.09am Thursday morning at the Pantai Hospital here.
Azhar, 48, had been suffering from lung cancer.
His remains were taken to his home in Bukit Jelutong in Shah Alam before burial at the Section 21 Muslim Cemetery in Shah Alam, according to his wife Marzita Mansor.
Azhar, who leaves behind seven children, had worked as a broadcast journalist and producer, and was also news and current affairs manager in several television stations including TV3 and ntv7.
——————————————————————————–
Wan Hazlan @ Lan, the ex-bassist of the reggae/punk band Kuchalana, died around 1.30 PM today. Lan, affectionately known amongst friends as “Lang” (due to his Terengganu origins), was severely beaten-up by an unknown number of assailants after being abducted from the vicinity of the KLCC at about 10.30 PM last night.
semoga dicucuri rahmat hendaknya..
semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..
Al-Fatihah…
Al-Fatihah,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yg beriman…Amin.
Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan budinya akan dikenang.