Dia merupakan guru awalku dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif
aku masih ingat bagaimana aku dan Azian Nasaruddin (sekarang penerbit berita RTM) pagi-pagi buta dah terpacak dekat Akademi Penulis Nasional (PENA) berhampiran Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengikuti kelas penulisannya. Masa tu kami berdua baru belasan tahun.
Dalam kelas tu, aku dengan Azian adalah di antara orang paling muda dan tak tahu apa-apa pasal penulisan. Yang lain semuanya cerpenis dan novelis.
Dr. Othman ternyata bersungguh-sungguh mengendalikan kelasnya walaupun aku juga ‘bersungguh-sungguh’ menahan mataku yang mengantuk itu.
Pernah sekali tu beliau menyindir aku kerana asyik terlelap dalam kelas paginya, hehehe
Bagi yang tak tahu mengenai Dr. Othman, selepas bersara dari IPTA, beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM).
S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.
Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.
Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.
Filem terkenal, Jogho, arahan U Wei Shaari actually diangkat daripada karya sasteranya.
Semalam aku mendapat tahu beliau meninggal dunia di Hospital Serdang.
Selamat jalan guruku…Al-Fatihah buatmu, S. Othman Kelantan.
Epilog Satu Perjuangan
Perjuangan ini tak bertepi
meruntun belas
kasih terpateri takkan mati.
Menyusuri lereng derita ini
meniti onak duri bersatu hati
memperjuangkan bahtera tradisi
dari acuan Rabbani
acuan Rabbul Izzati.
Tersedarkah watan?
Mengharung gelombang bergulung
dihempas samudera fikir?
Terlewatkah?
Menerka bahaya
yang datang menggila
menyepikan episod duka
epilog perjuangan
prolognya perpaduan
serumpun manusia yang aman.
S.OTHMAN KELANTAN
Sajak yang begitu indah. Terima kasih. Kita semua telah kehilangannya kerana Allah lebih menyayanginya. Selaku isterinya yang menjaga segala keperluannya selama 14 hari di hospital. Entahlah …. tiada kata-kata yang dapat saya ungkapkan dann air mata ini tidak lagi mampu mengalir meratap pemergiannya. Bersamanya selama 8 tahun merupakan moment yang indah pada diri saya. Dan harta yang begitu berharga yang diberikan oleh Allahyarham kepada saya ialah seorang puteri yang kini berusia 6 tahun dan dia begitu tabah di atas pemergiannya “Abah”nya yang setiap pagi menghantarnya ke sekolah. Al-Fatihah dan terima kasih selagi lagi di atas ucapan TAKZIAH pembaca blog ini….
Ikhlas Pn. Dian
Hari ini 14 Oktober 2008 sudah 77 hari almarhum S. Othman Kelantan bersama Tuhannya. DAn tahun ini merupakan syawal yang pertama saya dan Sharifah Nurhannah (Kak Pah) berhari raya tanpa seorang suami dan ayah. Aidilfitri tahun ini begitu sepi. Biasanya di awal subuh semasa solat subuh saya dan almarhum pasti tertawa untuk solat bersma. Ada-ada sahaja lawak jenakanya walaupun kami ingin bersolat. Kini semuanya sepi. Sehingga kini suadah 14 syawal berlalu. Setiap malam saya pasti menanggis teringatkan arwah. Barang-barangnya masih di tempat yang sama. Saya dan puterinya tidak pernah menyentuhnya. Saya masih lagi menyimpan makanan yang terakhir di makannya di dalam peti sejuk. Air tehnya masih di dalam kole yang tertutup kemas. Dan rakan-rakan sekerja serta pelajar saya menegur kerana tubuh badan saya susut secara mendadak. Entahlah… saya masih merasakan suami saya masih di sisi dan setiap waktu menernung saya. Tapi sejak akhir-akhir ini hujan begitu lebat pada setiap petang dan saya tidak dapat menziarahi pusara suami pada setiap hari. Pernah saya ingin pergi menemui suami pada jam 6 petang dan ketika itu hujan begitu lebat dan ibu saya melarang saya. Saya teruskan hasrat hati dan pergi seorang diri. Selepas menemui suami hati saya begitu tenteram walaupun sesaat menatap pusaranya dengan mengantikan air di dalam pasu yang saya letakkan beberapa kuntuman kekwa, mawar dan daisi. Setiap detik sya rasakan suami memandang da tersenyum pada saya. Entahlah… semakin banyak sya berdoa, bertahlil dan berdoa untuk kesejahteraan suami, semakin kuat ingatan dan memori antara saya dan suami. Dan yang pastinya saya tidak dapat melupakan seorang insan yang bernama SYED OTHMAN SYED OTHMAN AL YAHYA yang merupakan bapa yang begitu dedikasi dan penyayang kepada puteri saya
Ikhlas,
Pn. Dian
Al fatihah kepada Allahyarham Syed Othman Syed Omar…