aku sangat bertuah kerana selalu dikurniakan staff yang rajin dan tak banyak kerenah walaupun adakalanya degil mereka boleh membuatkan aku kena heart attack hahahaha
salah seorang daripada mereka adalah Noor Fiha Kassa, gadis kelahiran Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang
dia yang bertugas sebagai penerbit rancangan TV ‘Penglipurlara ‘ di Astro Prima sebelum ini adalah pengacara sebuah program di Astro Awani
Fiha bukan sekadar seorang staff, malah kami banyak bercerita dan berborak, sekali gus banyak kisah yang kami kongsi bersama, baik suka mahupun duka
kebetulan tunang dia pun aku kenal jugak, semuanya dulu dibawah satu bumbung
hari ini Fiha akhirnya bergelar ratu sehari setelah hampir 10 tahun menjalinkan rasa cinta dengan kekasihnya, Hishamuddin yang kini mengajar di Terengganu
ketika menghadiri majlis perkahwinan mereka di Kuantan hari ini, perasaan aku bercampur-baur di antara gembira dan sebak sebenarnya
gembira kerana sudah tentu kehidupan Fiha kini lebih bererti dan lengkap dengan kehadiran seorang suami, sebak kerana mengenangkan betapa dia sekarang perlu menghadapi satu lagi episod dalam hidupnya yang menuntut satu pengorbanan dan tanggung jawab yang cukup tinggi sifatnya
maklumlah, kehidupan berkeluarga ini bukan mudah, sedangkan lidah lagikan tergigit apatah lagi suami isteri
tetapi aku percaya, Hisham dan Fiha mampu mengharungi apa juga yang melanda, berkat doa daripada kita semua
Selamat Pengantin Baru Fiha, Selamat Berkekalan Hingga Ke Hujung Nyawa, aku akhiri entry ini dengan sekalung doa,
” Ya Allah…
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka
Dengan menjadikan perkawinannya sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan mereka kepada sunnah Rasul-Mu.”
Amin.
patutnya gambar hang dgn pengantin perempuan kena taruh kat bawah tapi kenapa hang letak kat atas.aku ingat hang pengantin lelaki.keliru aku huhuhu…heheheh….
bagi org yg berbahagia dia menganggap istana bukanlah pada rumah besar yg bagus serta mewah, tetapi ianya terletak dlm hati yg telah dpt sinar Ilahi(Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj)
Iyalah… huks.
Haah la, i pn confuse laa…..wakakakaka!
terima kasih..entry bergitu bermakna..ada kisah ..ada peristiwa! hehe Sokongan dan dorongan Abg Syahril kan ku kenaang sepanjang hayat!