aku sangat terharu kerana hari ini blog Syahril A. Kadir telah mencecah jumlah pengunjung lebih setengah juta atau 500,000 visitors dalam tempoh lebih kurang setahun lebih saja
aku sendiri tak sangka, tanpa gossip, tanpa entry berbaur seks, tanpa tulisan berbentuk fahaman politik yang melampau, blog ini boleh berdiri sendiri dengan jumlah pembaca yang sangat mengkagumkan!
serius, aku sendiri tak menduga di luar sana ada ramai yang sudi singgah ke blog marhaen aku ini
percayalah, di saat aku mula membuka blog ini dulu, aku takde langsung niat nak kumpul pembaca, yang aku tahu aku ikhlas menulis dari pengalaman dan pengamatan aku sendiri
adakalanya aku dipuji, adakalanya aku dihentam kiri dan kanan sampai nak bernafas pun terasa ‘sesak’
entry aku kali ini adalah entry yang ke 1,016 dengan jumlah komen mencecah 5,116
pada kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada korang kerana singgah di blog ini sama secara langsung atau tidak langsung
terima kasih juga aku ucapkan kepada para pengomen yang setia memberikan ulasan terhadap setiap entry yang aku tulis, mereka inilah sebenarnya yang memberikan semangat untuk aku menulis pada setiap hari di dalam blog ini
pada kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf seandainya ada tulisan aku yang menyinggung perasaan korang atau membuatkan korang kecil hati dan sebagainya
sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah manakala yang buruk itu datang dari diri aku sendiri
tanpa korang, percayalah blog ini tak mungkin mampu ‘bernyawa’ hingga ke hari ini
Salam khlas dan penuh takzim,
SYAHRIL A. KADIR
bravo bravo disebabkan anda telah berjaya mencecah setengah juta pengunjung anda berhak mendapat hadiah d greenbox.hadiah boleh dituntut dari saya heheheheh….
Salam SAK
Melawat laman saudara ibarat sarapan pagi bg sy..ia wajib sblum memula kan harian sy yg xmenentu…satu kepuasan yg xblh di tafsir..
Syabas!!!
salam… tahniah cik syahril….teruskan ye….
Patut kena upgrade blackberry tu… Byk komen masuk… 🙂 Anyway, congrats and kudos for providing us with good insights.. 🙂
Alhamdulillah,tulisan saudara yang santai membuatkan saya rasa relaks membacanya..perkara yang saya tak tau dapat dirungkai dlm kondisi yang bersahaja dan relaks.sehari x bke blog saudara rasa x sah.saudara tak ubah macam penulis yang saya minat Abdul Jalil Ali..Teruskan menulis dan terus menulis.InsyaAllah kami akan terus menyokong selagi saudara berada dilandasan yang benar.
teruskan menulis. saya pun selalu masuk blog bro before start my daily work.. hehehhe..
Salam SAK
Saya setuju sangat dengan azah…tulisan saudara antara menu harian bacaan saya selepas membaca akhbar.
betul3..sebab secara tak langsung org yg membacanya lebih tahu tentang di sebalik tabir sesuatu isu yang dibincangkan tanpa ada rasa cenderung memihak pada mana2 pihak..clean n clear beb!!
congrats bro. Everyday if bkak internet mest singgah blog ni 😉
Salam. Tahniah en.Syahril.
Pertama kali singgah di blog ni, saya terus tertarik dengan artikel2 dan gaya penulisan en.syahril.
dan skrng blog inilah yang selalu menjadi bacaan saya setiap kali surf internet.
TAHNIAH
saya tak lupa blog cikgu saya,…
namastay vanakum..
😉