Dalam banyak-banyak perbicaraan kes jenayah yang sedang berlangsung ketika ini, kes pembunuhan pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani adalah yang paling aku tunggu.
Boleh dikatakan aku tidak pernah ‘miss’ mengikuti perbicaraan itu sama ada di TV, akhbar mahupun internet.
Ini kerana seumur hidup aku, aku tidak pernah menduga masih ada majikan ‘binatang’ yang sanggup mendera dan menyeksa pekerjanya dengan sebegitu dahsyat sekali, seperti mana A. Murugan menyeksa pembantu rumahnya.
Untuk pengetahuan korang, terdapat 63 kecederaan teruk yang dialami oleh Mantik disebabkan perbuatan majikannya itu.
Ketika kejadian, Murugan merembat Mantik dengan benda tumpul sehingga Mantik yang sihat walafiat ketika itu boleh lumpuh serta-merta kerana tulang belakangnya patah, kemudian dikurungnya mangsa selama dua hari di dalam tandas tanpa diberi makan dan minum
Tak cukup dengan itu, Murugan membotakkan kepala Mantik yang ketika itu sudah terkulai menanggung kesakitan.
Mangsa mengalami kecederaan pada saraf tunjang berikutan tulang belakangnya patah remuk, selain patah pada sembilan tulang rusuk.
Di samping itu, tulang belikat kanan, tulang pergelangan tangan kanan dengan tulang belakang dada mangsa teranjak ke depan.
Semua kecederaan tersebut menyebabkan Mantik mengalami komplikasi yang menjadikan dia lumpuh, mengalami jangkitan kuman, usus kecil mati, masalah pendarahan dan kegagalan organ secara keseluruhan sehingga membawa kepada kematiannya, Astagfirullahazim!
Yang aku sakit hati tu, masa membela dirinya di mahkamah, Murugan mendakwa dia tidak pernah memukul Mantik malah merasa kasihan melihat keadaan pembantu rumah warga Indonesia itu yang cedera dan lemah selepas melarikan diri dari rumah majikan lamanya, pergh!
Akhirnya selepas sembilan bulan Mantik meninggal dunia akibat didera tanpa belas kasihan, Murugan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini bagi kesalahan membunuh pembantu rumah warga Indonesia itu.
Murugan yang berbaju kemeja kelabu gelap dan berseluar jean tidak memperlihatkan sebarang reaksi semasa hukuman dijatuhkan terhadapnya.
Tidak seperti prosiding sebelum ini, bukan sahaja saudara mara dan rakan-rakan tertuduh tidak kelihatan malah ibu, isteri dan anaknya juga tidak hadir untuk mendengar keputusan.
Syabas aku ucapkan kepada pasukan pendakwaraya yang dianggotai Idham Abd. Ghani, Mohd. Dusuki Mokhtar dan Siti Fatimah Yahya serta pasukan penyiasat polis yang menyiasat kematian Mantik.
Tahniah juga aku ucapkan kepada Hakim Mohd. Yazid Mustafa kerana aku percaya telah mengadili kes itu dengan sangat adil dan bijaksana
Sayang sekali, dalam beribu-ribu rakyat Indonesia yang masuk dan bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini, masih terdapat satu dua kes sebegini hingga menyebabkan imej kita tercalar
Sebenarnya selain kes dera sebegini, masih banyak kes pembantu rumah Indonesia yang mendera anak majikan, mencuri, menyamun, melarikan diri tanpa sebab dan berbagai lagi namun ia jarang dilaporkan
Malah ada juga beberapa kes di mana pembantu rumah membunuh majikannya sendiri di negara ini
Namun biar apapun yang berlaku, TIDAK ADA SEBAB untuk menghukum atau membunuh Mantik sedemikian rupa
Aku harap kematiannya terbela dengan keputusan mahkamah mengheret Murugan ke tali gantung
Kalau boleh, segerakan kematian lelaki itu kerana percayalah, dia tidak layak lagi untuk terus menghuni muka bumi ini!
its so heart breaking to know there’s people yg so mean n evil. thanks god, justice prevail
apa kata sblm hukum gantung tu dikenakan,beri rasa dulu pada majikan tuh kesemua jenis penyeksaan yg pernah orang gajinya terima,sekurang2nya dia tahu apa yg pernah dirasai oleh Mantik tentang nikmat dan azab perlakuannya itu
kalau nak jimat duit utk buat hukuman gantung senang je, bagi tiket air asia suruh dia turun di bandung. tau le mat2 indon tu nak buat apa kat dia
header baru. peewiit
Salam perkenalan….,
He he he “silver”…,same thinking la…
Pengalaman saya ke Surabaya daerah Malang dulu ( sekitar tahun 1995/96 ) pernah menyaksikan seorang lelaki kena seret dengan motorsikal dalam keadaan dibogelkan….bila ditanya kenapa diperlakukan begitu…..rupa-rupanya lelaki itu telah berszina dengan isteri orang di kampung tersebut….begitulah keadaan di Indonesia ….ada undang-undang “tersendiri” sebelum pihak berkuasa….,
Jadi mamat Murugan nie kalau hantar p sana….silap-silap kena campak dalam kawah Tangkuban.
Ini mmg la Fizikal torture tapi yang maid pulak buat mentally torture kat majikan PRESS malaysia x pernah nak buat cover besar2x mcm ni..mana maid bg makan nasi basi kat anak, mana maid tingal anak pergi borak..mana MAID keja 2 minggu lari..kit bayr dekat 7-8 rubu semua tu PRESS x nak citer pulak ek..SO BIAs
Bagaimana pun berhati-hatilah apabila mengambil maid, saya sendiri sudah 4 kali tukar maid. Tapi yag paling lucu ialah yang ke4, dia boleh kasi tau dia nak lari pada malam dia nak lari. Sedap2 saya tengah baring kat sofa, dia siap dengan bunjut kain batik dia, siap nak salam sebelum keluar rumah…he..he..he…..,ingatkan dia melawak, rupa2nya…terus lenyap tanpa berita sampai esok pagi. Macam ni punya style pun ada…alaaaaaaaaahai.
Punca lari sebab kena marah selalu tepung habis….,kejap2 buat kuih…itu hobi dia. Satu rumah tepung berterabur dia kejerkan…he..he..he..
saya setuju sanagat dengan pendapat anda. tapi iblis itu mungkin sekarang tengah ter apung2 di atas kawah kolam neraka. tahniah.
bukan campak lagi,tapi bakar hidup2.
mintak la balik kat agency,wat pa pening kan kapala. sebab duit ti ditangan agency.