aku sebelum ini pernah bertugas dengan sebuah syarikat produksi yang membekalkan kandungan program dan dokumentari secara terus kepada Astro
antara yang sempat kami hasilkan adalah program Mistik, Citra Manusia, Expose, Warung Kita, Ziarah, Cerita Artis Malaysia (CAM) dan banyak lagilah kalau nak beritahu satu persatu
sebab tu kalau nak bercerita pasal Astro ni, aku rasa aku boleh tulis 1,001 kisah mengenainya
tetapi aku percaya, korang pun malas nak ambil tahu pasal benda lain, yang korang tahu korang nak visual dan kandungan program yang berkualiti dari Astro, maklumlah kena bayar beb tiap-tiap bulan, bukan macam RTM dan TV3 di mana korang boleh menikmatinya secara percuma
seperti biasalah, yang ramai orang ‘hangin’ dengan Astro ni adalah disebabkan bila hujan je, akan keluar tulisan Service Currently Not Avalaible, kalau dah keluar perkataan tu maknanya satu program pun kat Astro kita tak boleh tengok
baik, mengapa jadi macam tu?
untuk pengetahuan korang, gangguan ke atas siaran akibat hujan lebat merupakan fenomena yang biasa dialami oleh sistem satelit-terus-ke rumah jenis Ku-band yang digunakan oleh Astro
dalam erti kata lain, bukan Astro saja yang ada masalah ini, semua penyiar lain di dunia yang menggunakan sistem satelit yang sama juga akan menerima ‘padah’ yang serupa
persoalannya, mengapa Astro guna Ku-Band?
Ku-band ni frekuensi dia sangat tinggi, lagipun sebab piring dia kecil, so ia murah dan mampu dimiliki oleh sebahagian besar pengguna
kalau guna frekuensi band lain, piring kena lebih besar so harga sendiri mau ingatlah kan
kekurangan Ku-Band ni pulak, bila je ada halangan dari langit, mcm salji atau hujan, memang takkan dapat siaran sebab signal dia yang terlalu “direct” ke piring kita akan terhalang dengan ion-ion hujan tu
aku difahamkan, kebanyakan stesen TV berbayar memang guna sistem Ku-band, contoh paling dekat TrueVison (Thailand), pengguna mereka juga menghadapi masalah yang sama macam Astro
apa nak buat, dah memang sifat dia camtu, tak boleh kena hujan lebat
pun begitu, aku difahamkan yang Astro dah ‘upgrade’ sistem mereka dengan membina pusat penyiaran di Cyberjaya, pusat ni dapat mengagihkan transmisi ke satelit yang tidak menerima gangguan hujan dan pada masa yang sama meningkatkan kadar pembetulan data satelit ke dekoder
tetapi yang pasti, gangguan ke atas siaran akibat hujan tidak dapat diatasi sepenuhnya di dalam sistem penyiaran selagi menggunakan satelit
baik itu cerita Astro, baru-baru ni aku pergi ke sebuah rumah flat, entah macam mana aku terpandang satu situasi yang membuatkan aku ketawa terbahak-bahak
ada ka tuan rumah tu bantai sidai seluar dalamnya betul-betul kat piring Astro rumahnya, adoyyyyyyyyyyy
mungkin sebab penyidai dia dah penuh, so piring Astro pun piring Astrolah
tapi kalau semua pelanggan Astro buat macam ni, aku rasa gunalah sistem apa pun, confirm memanjang SERVICE CURRENTLY NOT AVALAIBLE , muhahahahahahaha
Malaysia Boleh!
hahahaha ada jugak pesen gitu..hai malaysia malaysia..
laa .. bukan orang tingkat atas punya ke ? hujan lebat jatuh la pulak kat astro kawan tu ..
Teringat zaman TV3 mula dilancarkan…
Negeri lain selain lembah Kelang tak dapat signal TV3…jadi ada yang kreatif menggunakan tudung periuk dan sebagainya….yang lucunya…TV3 punya tak dapat….sekali TV Indosiar yang dapat…itu pengalaman yang tak dapat dilupakan…
Kemudian muncul Mega TV…RM48 sebulan…aku memang seronok tengok antena dia…macam muncung kapal selam Flash Gordon..he.he..he..
pehhh…
kalau mcm ni bapak segala pomen pun tak dapat nak selesai masalah ni…jiran tuan shahril ke ni…hehehehhe
Sekali spender kaler kuning daa…. ke, tu org tingkat atas punya yg terjatuh atas satellite dish tu? 🙂
kui kui kui release gile tension bila baca entry ni 😉
hahaha lawak…patutnya pakaian yg dlm2 tu sidai aje la dlm umah,kot dia mmg saja nak tayang color apa brand apa,jgn bekarat sudahh…..
terima kasih kerana berkongsi pengetahuan am ini..Selama ini hanya tau menonton dan mengeluh saja.Kalu nak diikutkan kat website pun ada maklumat ni, tapi malaslah nak buka.
ehh, tuan punya benda alah tu boleh tak kalau dia nak saman u? hahahahah…
baik buruk pun negara kita kan marina…
yang lawak tu tuan jeff, tuan rumah pastu ada keluar dan hisap rokok kat piring tu, confirm ‘harta’ dia la tu kot hehehe
tuan hafiz, ye saya ingat, masa tu saya tinggal di Kerteh, Tganu..nak cari TV3, last2 TV Siam yang kami dapat, pra om pra chap, pra om, pra chap, hahahaha
cg marang, jiran saya pakai G-String, Ops!!!
das2, ada 1,001 kemungkinan tu, tapi tak kuasa nak siasat owner spender kuning tu heheheh
wani, saya lak setengah sawan punya gelak
warna cermin peribadi cik wani ahaks!
kalau kena sama, saya cari cik normala ler tolong settlekan hehehe
Seluar dalam tu nak tahan ujan agaknya…
saya rasa owner spender tu nak cepat kering sebab tu letak kat dish…haba dari dish tu mcm dryer agaknya…kreatif2…
lebih baik guna ku band je daripada c band dah la kena piring yg besar tu mahal..time hujan mmg boleh tgok tapi siap la kalau kena panah petir kedebummmmm…rosak dekoder ngan tv sekali akibat panahan petir