masa aku mula-mula masuk bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia dulu, kami para reporter junior ini sering diminta membantu mengendalikan ruangan Salam Perantau, ruangan yang dibuat khas untuk para pelajar atau rakyat kita yang menyambut lebaran di luar negara
Utusan buat ruangan ini percuma, tiada bayaran dikenakan
semuanya berlandaskan kejujuran, maklumlah, kalau ngaku pelajar Universiti Oxford, takkanlah kita nak telefon pejabat Hal Ehwal Pelajar Oxford nak tanya…” Hello Tuan Smith, ada tak pelajar u nama Che Mat Bin Akob, dia nak masuk ruangan Salam Perantau,”
yang nak masuk ruangan ni pula bukannya sikit, beribu!
lagipun kita tak fikir yang para pelajar universiti kita ni sanggup menipu ibu bapa, sanak saudara dan sahabat handai di kampung dengan menipu identiti mereka hanya semata-mata nak keluar dalam akhbar
prinsipnya di sini mudah, kita bagi ruangan dengan seikhlas hati, harapnya si pengirim dapat mengirimkannya dengan sejujur mungkin
tugas kami para wartawan muda ketika itu, selepas selesai tugas hakiki, kami akan buka surat yang dihantar dan menaip kembali nama pengirim beserta ucapan mereka ke dalam sistem, kerja ala-ala data entry clerk la bunyinya
kerjanya simple tapi bila sehari berpuluh surat yang diterima, kelabu jugalah biji mata dibuatnya
itupun bukan boleh claim overtime, kita pun tak merungut sebab tumpang bangga kerana at least mak bapa kat kampung dapat tengok wajah anak-anak kesayangan mereka di perantauan
dan memang aku akui, ruangan ni mendapat sambutan yang cukup hebat sehinggakan ada yang menjadikan ruangan Salam Perantau ini sebagai ‘inspirasi’ buat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh, maklumlah semuanya teringin nak ikut jejak langkah abang dan kakak yang belajar di luar negara, dapat main salji dan sebagainya
tetapi aku cukup kecewa bila mendapat tahu ada pelajar universiti tempatan yang menggunakan kecanggihan teknologi yang ada sekarang untuk menipu dalam ruangan tersebut
Itulah yang terjadi apabila sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak mengirim gambar mereka berlatarbelakangkan sebuah taman untuk disiarkan di dalam ruangan Salam Perantauan. Gambar tersebut dipilih untuk terbitan 21 September 2010. Ketika mana umat Islam menyuci diri menjalani ibadah puasa, mereka mencuci otak untuk menipu. Menerusi ICT juga penipuan itu dijaja, kononnya mereka handal kerana dapat menipu akhbar ini. Mendabik dada kononnya mereka juga pernah melakukan penipuan yang sama kepada akhbar-akhbar lain. Malah menerusi komen di blog yang memaparkan penipuan tersebut, telah ada perancangan untuk menyambung siri penipuan pada tahun hadapan.
Penipuan itu kononnya didorong rasa meluat terhadap penuntut luar negara yang menghantar gambar mereka dengan latar belakang salji untuk disiarkan di ruangan tersebut. Selamba dan bersahaja mereka berbangga diri tidak perlu bersalji dan tidak perlu ke Toronto pun, gambar mereka disiarkan di ruang Salam Perantauan.
Saya pasti kumpulan pelajar itu masih berbangga. Membaca komen-komen di dalam blog itu ramai juga yang memuji kelicikan serta kreativiti penuntut universiti di Tronoh itu menipu akhbar tempatan. Ditambah lagi dengan komen-komen yang kononnya akhbar ini menipu. Mahu diajukan pertanyaan, adakah mereka pembaca setia akhbar ini, dan apa pula penipuan yang telah dibuat sehingga penipuan yang secara terang-terangan menjadi halal di mata mereka. Ulasan-ulasan selari itu pasti menjadikan kumpulan yang menipu berasa diri mereka hebat.
Bagaimana pula ibu-bapa, para pensyarah dan pihak penaja biasiswa mereka? Adakah mereka juga berbangga? Wakil akhbar ini ada menghubungi UTP. Dia diberitahu satu mesyuarat telah diadakan berhubung penipuan tersebut. Sambil menyebut juga betapa mereka mengharapkan penipuan itu tidak disedari oleh Utusan Malaysia. Sememangnya akhbar ini tidak sedar berlakunya penipuan. Bukan kerana merelakan diri ditipu tetapi sebaliknya didorong oleh rasa percaya dan yakin betapa tidak mungkinnya ruangan tradisi ini pun menjadi mangsa penipuan kreatif. Siapa yang dapat membezakan latar belakang gambar tersebut? Bukankah musim bunga di Toronta juga sarat dengan kehijauan sama seperti bumi Tronoh yang tidak pernah dilanda salji?
Pihak UTP ada menyebut perihal kesal dengan kejadian tersebut dan meminta maaf serta berjanji akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang terlibat sebagai pengajaran. Saya percaya siri penipuan ini tidak akan berhenti tahun ini. Lantaran mereka yang menggunakan kreativiti otak untuk menipu akan menggunakan pelbagai cara untuk memuaskan kehendak mereka. Kumpulan ini juga tahu pihak akhbar tidak akan mampu untuk menentukan kesahihan gambar yang diemel. Untuk menghubungi universiti yang dinamakan adalah mustahil. Mustahil juga bagi pihak pengurusan universiti di luar negara mahu memberi kerjasama segera mengenal pasti gambar-gambar tersebut
Mengapakah hujah-hujah pendek akal dilontarkan oleh pelajar yang kini menuntut di peringkat universiti. Atau keterujaan untuk menipu telah membataskan akal fikiran mereka sehingga tidak boleh membezakan antara yang logik dan tidak masuk akal (NORAINI RAZAK/UTUSAN MALAYSIA)
SAK: Macam-macam ada…
buat malu universiti jerk… apa la bangang punya student…
http://obefiend.blogspot.com/2010/10/fao-noraini-abdul-razak-of-utusan.html
try look from a different angle my friend..
jangan kerana kecuaian sendiri, budak2 dipersalahkan..
Dah tau macamtu, pihak Utusan dan Universiti Petronas perlu ambil tindakan tegas terhadap mereka.Tak boleh dibiarkan ni!
Dan sememangnya orang yang jujur mudah ditipu, sebab asyik merasakan semua orang jujur dan baik seperti mereka!
ada manusia yang tidak bersyukur dengan ape yang dianugerahkan ALLAH s.w.t.
Ke dia orang cemburu tak dapat gi belajar luar negeri?
ala biasalah bebudak ipta or ipts memang bijak pun,bijaknya 30 tingkat bodohnya 60 tingkat.
Hantarkan mereka ke Universiti Toronto untuk buat master dan PhD. Mereka sebenarnya mempamerkan keinginan minda di bawah sedar mereka untuk menjadi pelajar Universiti Toronto di peringkat pasca ijazah. Universiti Toronto ialah salah sebuah universiti terbaik di dunia menurut ranking THES
matlamat tak menghalalkan cara my friend, tak payahlah guna macam2 alasan untuk justifiykan tindakan itu. Bolehlah saya mencuri kemudian salahkan pak guard kerana tak check saya masa kat dalam supermarket?
sememangnya budak2 tu bersalah. sebenarnya budak2 tu hantar gambar, just berharap gambar mereka disiarkan. but judging from your frustration, mostly it came from the content wrote by the blogwriter. seriously he has nothing to do with those kids and yes, he’s a jerk. boleh baca post lain untuk tahu dia ni berlagak dalam tulisannya.
I sent this email to the writer.It might clarify things in this blog.
Dear Ms Noraini,
I’m Ashraf, a normal student from UTP. I would like to make some comments about your article entitled “Kreatif Menipu, Tronoh jadi Toronto”.
As one of UTP students, I was also mad about those people who tarnished the good name of our university. They are irresponsible and unethical when they sent in those pictures for “Salam Perantaun” section. On their behalf, I’m truly sorry. As I read through the article, I sensed your hatred as if its a personal matter. I couldn’t possibly tell whether you have been scolded by your boss you what because of this but it sounds like you hate UTP in general. If things like that happen, again we are sorry.
However, I personally think that you should not take this personally as it is no way near the professionalism line. Your article is negative in nature and its not good for anyone. Its not advising anything too. I’m afraid that I’ve got to tell you that there are other institutions that made the same thing. In truth, I knew a few of my friends during high school that sent pictures to UTUSAN for the same column and got published. Imagined how many other institutions did the same too.
What I’m trying to say is there is no need to write a specific article to lambaste only one university for a mistake that have been done for many years now by a whole bunch more, even high school kids. That is what I call something unfair. I’m not writing this to criticize you. But, I’m just representing others who are UTP students and did none of this unethical act but being attacked in your article. Because in the article you are kind of labeling the whole university as if we are fraud which we are not. The mistake of a few cannot be burdened by others.
I hope that you understand. Your are a professional and I hope you will take this a one of the views that your readers write.
Have a nice day. Maybe this will be an opportunity for us to work together in the future.
bukan semua ipta or ipts.
awak yang x blaja 2 bodoh 1800 tingkat. 😛
prejudgement. ko nampak sorang buat salah, semua ko nk salahkn. pastu nak ckp org bodoh 60 tingkat, ko 2 bangang melanton2
bgus jugak mcm tu.. klau la ade yg nk tlg anta, kami terima je dgn hati yg terbuka..
kalau dah buat salah mengaku je la.
tak payah nak salahkn newspaper tak verify picture tu dtg dari mane. kalau nk tgk dari perspektif yg menyatakn “aku tak bersalah” mmg sampai bila tak nampak kesilapan kita tu.
kalau dah buat salah mengaku je. tak payah nk bersikap defensif, tak mngaku buat salah dan malah salahkn orang lain.
utk ashraf utp, awak tak payah risau la.
masyarakat tahu bkn smua pelajar mcm tu.
kadang2, artikel mcm ni diperlukan utk bagi pengajaran pada yg lain.
Pegang pd 1 prinsip aje, matlamat tak menhalalkn cara. Salah tetap salah. Full stop~
Statement Normala mungkin boleh sy tambah sket: Jangan berhenti dan berputus asa utk menjadi jujur dan bersangka baik, tetapi selalu BERWASPADA… 🙂
Cemburu? sebab tak dapat pi luar negeri? kenapa singkat sanagt fikiran sdra. Ini soal meluat dengan pelajar pergi luar negeri, tetapi masih mempunyai pemikiran kekampungan nak ucap selamat hari raya melalui surat khabar. Macam gila publisiti saja. Surat khabar Cina dan Inggeris di Malaysia tak buat macam ni pun. Elok sangat kalau Utusan hentikan saja pembaziran (kertas cetak dan ruang akhbar) menyiarkan benda benda syok sendiri ini.
Sikit sikit ambil tindakan…benda macam ni tak payah ambil tindakan. patutnya kita ketawa berdekah dekah dengan perbuatan mereka, yang menunjukkan betapa “kampung”nya budak belajar luar negeri. Zaman moden ni dengan kecanggihan komunikasinya pun masih nak gunakan suratkhabar siarkan ucapan percuam Selamat hari Raya. Suratkhabar patut kenakan bayaran iklan untuk penyiaran ucapselamat sebegini. Tengok nanti berapa kerat akan hantar, guna biasiswa kerajaan.
Why such a lengthy reply. And no need to apologise for something that you did not do.
myb dh jd inspiration 4 other ipta/tpts studnt thn dpn utk buat benda sana… lgpun byk branch uni luar negara kat m’sia nie…
yg salah tetap salah, tapi lupakan je lah perkara kecil mcm tu…ada benda lain yg harus difikirkan utk bangsa agama sendiri, kita bertekak pasal itu ini pun utk apa! buat panas hati jer…
apa yg UTUSAN buat selama ni mmg baik, pada sudut pandangan aku laa..aku pon study oversea juga, tapi lagi baik study sampai berjaya bukan study pasal nak beraya……
aih bila orang yang tak masuk universiti mengutuk budak2 ipta dan ipts.
u must be one of those 3rd class workers yang membenci fresh grad terus dapat pangkat tinggi dari anda.
Yeay. Laju terus kaitkan agama budak budak tu rendah. Kenapa tak kafirkan terus?
Its a joke man.
Laugh it off.
Hang punya blog selalu bertukar reka bentuk…pening aku nak baca..tapi yg ni cantik sikit berbanding yg dulu…psl salam perantauan tu…hentikanlah..buang karan jerr..
Setiap orang yang waras pasti menyatakan , hanya orang bodoh sahaja yang layak ditipu, dan yang lebih malang lagi kecuaian saudara menyebabkan lebih banyak orang lain kena tipu, walau pun saudara menutup kelemahan saudara sebagai kena naya bukan kena tipu.
Memang benar kata saudara Ashrafi…
Tapi ada baiknya juga artikel Puan/Cik Rohani itu.
Jika kritikan itu tidak ditujukan betul-betul sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan bukan?
Memang ia terasa pedas, tapi natijah selepas itu siapa yang tahu. Seperti yang kita boleh ambil pengajaran tersulit daripada kata-kata Umar al-Khattab sewaktu memegang jawatan khalifah. Andainya beliau melakukan kesilapan dalam pentadbiran ummah, beliau bertanya dengan bagaimanakah mereka betulkannya? Seorang sahabat lantas bangkit mengangkat pedang sambil berkata, “Dengan pedang ini.” Di hati Umar ketika itu mungkin pedas dengan kata-kata itu tapi beliau memuji sahabatnya.
Saya tak memihak sesiapa. Ini hanya satu pendapat…
Tepuk dada tanya hati, sahabatku sekalian… ^^
kt sini xpatut kita tgk sebelah pihak je..
kita kne bka minda kita..
dua2 pihak ada klemhan dia..mmg ada slh..
cma yg xptut disini knapa perlu kluar artikel yg point2 nya kbnykn memburukkn nma utp..
cba teliti artikel tue
jelas nmpak pnuh kekecewaan si editor tue..
isu nie xptut dktghkn smpai masuk paper..
mgkin tggpn sedara hnya segelintir je yg berslah..
tpi apa tggapn rakyat malaysia yg lagi 28 juta lebih lgi..
sy xsblhkn mne2 pihak..
yg bersalah ptut dihukum..
cma cara tu ptutnya lebih profesional..
Salam TT,
Untuk pengetahuan TT,saya merupakan salah seorang yang berada di dalam gambar tersebut. Ingin saya jelaskan di sini bahawa tujuan gambar itu diambil bukanlah untuk mengenakan utusan atau kata-kata yang sering digunakan Utusan sekarang “menipu mereka”, tapi kami hanyalah mengambil group photo sebagai gambar kenangan bagi kami sempena Majlis Iftar program kami. Bila tengok hasil gambar,kami bergurau sesama sendiri, “wahh..cantiknya gambar,macam dalam salam perantauan laa”. Untuk makluman TT,kami tiada niat langsung untuk menghantar gambar tersebut ke ruangan tersebut sehinggalah kawan2 maklumkan kepada kami tentang terkeluarnya gambar tersebut.
Adakah kami bangga dengan semua ni..?? “TIDAK sama sekali…” Bahkan pada mulanya kami segan sebab tak sangka utusan menyiarkan gambar tersebut tetapi bila difikirkan kembali,perkara ini bolehlah dijadikan kenangan di masa muka. Walaupun begitu,perkara sekecil ini kami tak sangka menjadi topik blogger2 sehingga ke pengetahuan pihak utusan dan universiti,tambahan pula,perkara sebegini pernah jua dilakukan oleh pihak lain dan tak sangka gambar kami menjadi isu sebesar ini.
Rasanya cukup la sampai di sini penjelasan saya. Saya rasa saya perlu menjelaskan hal ini kerana setakat ini apa yang tersiar hanyalah pandangan daripada satu pihak sahaja tanpa mengambil kira penjelasan daripada pihak kami.
Diulangi kembali,adakah kami bangga dengan apa yang terjadi?? TIDAK.. Adakah kami cemburu dengan pelajar oversea?? TIDAK sama sekali.. Saat ini kami cuma berharap agar semua pihak tidak memperbesarkan hal ini lagi. Tambahan pula,pihak kami dan universiti sendiri telah meminta maaf atas apa yang berlaku.
Diharapkan TT jelas dengan apa yang berlaku dan tidak menyalahkan kami semata-mata. Sekian.
Saya tidak bersetuju langsung dengan anggapan mengambil tindakkan tegas adalah wajar kerana saya yakin mereka@dia yang mengepos gambar tersebut mungkin hanya bergurau.
Jika tindakkan tegas diambil apa akan jadi dengan masa hadapan remaja tersebut hanya disebabkan ruangan salam perantauan. Adakah tuan2 ingin melihat anak bangsa sendiri dihukum dan ditarik penajaannya. Hal menuding jari sepatutnya tidak berlaku.
Ingatlah jujur itu sememangnya baik tetapi lebih baik jika kita tidak menjatuhkan hukum hanya kerana kita disakiti yang mungkin akan menyebabkan nasib buruk terhadap manusia lain kerana ia kelihatan lebih buruk daripada tidak jujur.
SAYA RASA MESEJ KITA JELAS DI SINI, UTP DAN PELAJARNYA TIDAK BOLEH DISALAHKAN SECARA KESELURUHANNYA, YANG TERLIBAT CUMA SEGELINTIR, ITU PUN MUNGKIN IA BERLAKU TANPA DISENGAJAKAN
UTUSAN JUGA TIDAK BOLEH DISALAHKAN, KEIKHLASAN MEREKA MENGADAKAN RUANGAN BERKENAAN BUKAN TIKET UNTUK DISALAHGUNAKAN OLEH MANA-MANA PIHAK
TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN-KOMEN ANDA
SAK.
Ruan Syaril….,ini memang lawak….naik semput aku ketawa…
salah taip kot…
tronoh jadi toronto…
hahahaha…
biase ar nak blajar jauh xde org nak sponsor…
ermmm…
org luar negara pun berebut nak belajar kat Malaysia…
Ape ade hal….
btw, saya rase banyak lgi student yg dalam negara buat macam ni tp x dihebohkan.. so orang xtau.. yang menjadikan orang marah disebabkan cara seorang blogger ni menulis pasal artikel tersebut.. beliau terlalu membangga diri dan bangga terhadap apa yang telah pelajar2 UTP buat.. that’s not the way..
“Tak payah terhegeh-hegeh ambik gambar dalam salji. Tak payah peluk depan Eifel Tower. Ambik group photo depan Lecture Hall 2 dah cukup!”
that is soooo rude my brother!
dah tamat dahhhh!!!!..
sibuk sembang pasal bebudak kat tronoh tu jek bukan dapat apa pon, cuba kita cerita pasal NAMEWEE????
kepada ahli pemikir diatas yg sibuk sedang bersembang tu cuba kita berkongsi fikiran mcm mana nak selesai masalah lain. AKU CUKUP BANGGA ANAK MELAYU BELAJAR DI MENARA GADING. kat (U) tuuuuuuu….!! hehehe
fuhhh hebat betul la korang berhujahhh!!!!……betul-betul terer laaa. Ini mesti semua nih ngaji tinggi nih ilmu penuh di dada. Tahniah lah korang……
*masa ada sorang mamat yang buat lawak ngan lagu kebangsaan dulu tuh tak adalah pulak yang nak komen cam gini. Eh dah ada yang koemn cam aku ni rupanya…….tak kisahlah. Apa pun, memilih isu yang sesuai untuk memberi hujah pun penting jugak dalam mencerminkan mentaliti nih. kihkihkihkih….
Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.
Tarikh
Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)
09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis
12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan
13 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu
14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang
Zon Sentral
15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor
17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor
Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)
18 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor
19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Selat, Bandar Melaka, Melaka
20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor
21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan
Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)
22 Oktober 2010
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak
23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur
24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor
Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.
Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.
Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.
Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net
korang komen2 ni, korang tau ke crite sebenar? korang tanya ke sendiri budak2 yg ada dalam gambo 2? korang ingat diaorng mmg sj2 nk posing ramai2 g2 sbb nk post dalam surat kabar ke? dengar crite dari sebelah pihak. bukan semua surat kabar tulis 2 betul…nak bgtau sikit…yg tulis dalam blog 2, yang konon2 berbangga dapat tipu surat kabar bukan pelajar sendiri, tp orang lain., ada budak lain bg crite ni kat blogger, jadi kecoh… blogger 2 bukan pelajar2 ni semua…bila di mintak tarik balik, blogger 2 xnak..tp pelajar sendiri yg d hentam surat khabar.. x matang langsung…budak2 ni pun jadi mangsa…yg buat hal, sorang dua yg g post gmbo 2 je… so, korang teruskan la kutuk2 tanpa tahu crite sebenar…mudah2 budak2 yg jadi mangsa surat khabar ngan kutukan korang semua ni dapat pahala…. ingat, fitnah 2 lagi berdosa dari membunuh….kita buat crite tanpa tahu asal usul ngan keadaan sebenar, kita menghakimi org yg x bersalah…..pikir2 la ye…salam…peace…
penulis blog mmg ptt pn komplen ats ap mereka buat..
klu xde org tgr maybe next year pn mncl lagi pljr2 menipu nk msk slm perantauan
jdkn lah entry suatu perigtn utk semua
jgn trs melatah..
salam….memang x silap,kat sini Tronoh digelar Toronto,Parit digelar Paris,Bota digelar Boston.Itu cara kami melawak kt sini
Orang Melayu mengada-ngada, benda sekecil ini pun nak besar-besarkan.
kah3… lawak2… xP
semue men kutuk je…. nak jawab berhikmah skit..
To Ashraf, kenapa UTP, cuba visit blog budak2 UTP.. dorg bangga dengan pencapaian ni.. artikel nih silap sebab patut tak payah siarkan nama universiti tersebut.. burukkan nama univesiti tuh je. tapi kene buat report dekat pihak pengurusan UTP biar ada tindakan sewajarnya diambil
salam
sy sbg wakil pelajar malaysia yang juga ingin gambar sy dipaparkan di surat khabar mencadangkan supaya pihak utusan untuk menyediakan satu ruangan khas utk pelajar ipta & ipts utk ucapan hari raya. fair to all.
sri hartamas tulis ; patutnya kita ketawa berdekah dekah dengan perbuatan mereka, yang menunjukkan betapa “kampung”nya budak belajar luar negeri. Zaman moden ni dengan kecanggihan komunikasinya pun masih nak gunakan suratkhabar siarkan ucapan percuam Selamat hari Raya…
satu pemikiran yang pendek atau senang cite bengong….tak terfikir ke student oversea tu post kat paper utk ibubapa mereka di kampung yang takde @ tak menggunakan internet…paper murah,mudah dan mesra pengguna…ni la jadi kalau taksub sgt dgn teknologi…hingga sume benda nak di ‘high tech’ kan..
belajar kat utp pon kena sponsor jugak okeyh. kalau xde sponsor mau semput bayar yuran tiap2 sem. even utp sndri pon penuh dengan plajar luar negara. tak payah pegi luar negara pun da rase mcm bukan malaysia. tenaga pengajar juga banyak dari luar negara. xde sebab mereka nak sangat pegi luar negara.
Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri…sejauh mana pun kecanggihan dan kemajuan di negeri orang…negara sendiri sentiasa di dalam hati..bila kudengar takbir bergema tanpa ku sedar airmata mengalir di pipi…mengenangkan ilmu yang harus di timba ku ketepikan perasaan pilu pada kampung halaman…kerana ku bertekad demi kemajuan negara ku aku harus meninggalkan sementara bagi mengejar ilmu untuk memberi sumbangan serba sedikit bagi memajukan negara ku dan anak bangsaku.. biarlah orang berkata ku budak kampung.. insyallah budak budak kampung ini mungkin mengubah dunia pada satu hari nanti… kekadang aku memikirkan nasib ku tak ubah seperti pendatang asing di negaraku sendiri…di mana mereka berjuang setengah mati untuk mencari rezeki bagi mengubah kehidupan…emph dunia dunia…sungguh pelik anak anak muda zaman sekarang ….apa nak di hairankan dunia semakin maju…budak kampung dah pandai face book… dizaman ku hanya sungai dan hutan…emph zaman yang berbeza…aku sudah tidak boleh membezakan zaman ku dengan zaman anak anakku…aku belanja 20 sen..emph sekarang takde 5 ringgit mau anak aku tak kesekolah…dunia makin maju..begitu juga dengan penduduknya…
relax la semua… utk suka2 jer … test power …hehehe… not that big a deal…
salamzz
pendapat peribadi,tindakan disiplin adalah sebaik cara utk memberi teguran, klu sikap yg masih di anggap lucu bagi sesetengah masyarakat, gejala golongan remaja yg kurang bermoral dan kurang ajar akan berleluasa. Andai kata terkena kpd saudara yg bersusah payah mengelola sesuatu rancangan dan sewenang2 dipermain2kan, apa yg saudara/saudari rasa? pasti bengan, begitulah perasaan pihak akhbar,bukan membela tetapi sekadar menyedarkan golongan yg masih hanyut dgn perasaan “aku best”…
hahhahahhaa
lawak sungguh
salamzzz..
Jadikan perkara yg lalu sebagai sempadan dan tauladan..kita bangsa yg bersopan santun, yg salah dimaafkan dan buka lembaran baru dgn menjadikan kesilapan lalu sebagai panduan…..setiap insan pasti ada melakukan kesilapan…itu yg pasti..
nak tau kenapa diorang mengaku dari toronto?
sebab ada satu kedai makan di depan pagar 8 UTP yang namanya D’Toronto dulu.
Yep, I know they call it u of toronto all along.. I live there for almost six whole years already. Inside UTP. And I can recognise that in-front-of-Kopertro secret-garden they rarely clear up from leaves. The leaves are useful aren’t they?
tak payahla nak tarnish nama universiti.padahal dah ramai orang tipu salam perantauan tu. rasanya noraini tu dah terlebih emo. byk lg isu lain tp isu kena marah dgn bos lagi best. lps ni anta gambar pakai purdah pakai serban. ckp study kt arab. sure lepas. =)