Nama: DSP G/10958 Abd Razak Mohd Yusof
Jawatan: Pegawai Gerakan Khas (Komando 69) Bukit Aman
Lokasi Temubual : Kediaman Pegawai Polis Hulu Kinta
aku dalam entry sebelum ini pernah menulis mengenai seorang pegawai polis, yang bagi aku antara yang hampir ‘perfect’ pernah aku jumpa
terus terang aku katakan, dia bukanlah ‘calang-calang’ pegawai polis
DSP Razak asalnya adalah guru silat, karate dan taekwando yang mendapat pendidikan agama dari sekolah pondok di negara ini dan pesantren di Indonesia
dalam polis, dia diiktiraf pakar penembak tepat (snipper) dan antara penerjun payung terbaik (gaya bebas) yang pernah dilahirkan oleh PDRM
selain itu, DSP Razak juga terlibat dalam berpuluh-puluh operasi khas menentang penjenayah seperti kes culik, kes rompak, kes senjata api dan kes jenayah berat yang lain
apa yang aku cukup kagum dengan DSP Razak ini, di sebalik imej pegawai polis yang digeruni penjenayah itu, dia sebenarnya cukup mesra dan murah dengan senyuman, sangat merendah diri
kalau dia memakai pakaian biasa, mati hidup balik kita tak sangka yang dia tu seorang anggota komando
aku menemubual Razak beberapa tahun lepas, masa tu beliau masih lagi berpangkat ASP
tak lengkap berbual dengan Razak kalau tak sentuh kes Al-Maunah, salah satu operasi yang menaikkan nama beliau serta imej PDRM
untuk rekod, pada 2 Julai, 2000 sekumpulan kira-kira 15 orang anggota Al-Ma’unah yang memakai uniform lengkap tentera melarikan lebih 100 senjata dan beribu-ribu peluru dari dua kem tentera di Gerik dan menahan empat tahanan ketika bersembunyi bersama-sama 13 lagi rakan mereka di Bukit Jenalek
Mereka membunuh dua daripada tebusan itu sebelum menyerah diri kepada polis pada 6 Julai
untuk pengetahuan korang, Kejayaan pihak keselamatan mengadakan rundingan dan menumpaskan kumpulan Al-Ma’unah tanpa sebarang pertumpahan darah dalah pengalaman berharga bagi Razak
Beliau, yang masih berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Khas, 69 Komando di Ulu Kinta, Perak, telah dilantik sebagai Timbalan Komander dan ditugaskan memasuki kawasan kubu kumpulan Al-Ma’unah untuk menembak gas pemedih mata.
“Setibanya ke kawasan ditetapkan, kira-kira 30 meter dari kubu musuh, saya dan anggota membuat perancangan teliti supaya tembakan gas pemedih mata sampai ke sasaran dan tidak tersasar ke pasukan sendiri akibat tiupan angin,” katanya
Abdul Razak yang menerima pingat SP pada tahun 2001, berkata ketika memasuki kawasan kubu kumpulan itu, beliau telah terserempak dengan timbalan presiden Al-Ma’unah, Zahit Muslim yang sedang mengambil air sembahyang.
“Apa yang terlintas di hati saya pada ketika itu ialah agar Zahit menyerah. Saya tidak henti-henti berdoa supaya beliau berbuat demikian tanpa perlu berlaku pertumpahan darah.
“Tiba-tiba Zahit terpandang saya yang sedang mengacu senapang ke arahnya. Dia terus memberi salam dan berkata jangan tembak kerana dia adalah mujahidin,” katanya.
Abdul Razak berkata salam Zahit itu dijawab dan menyatakan beliau tidak akan menembaknya dan meminta lelaki itu menyerah diri.
“Sebelum itu saya telah berunding dengan ketua kumpulan itu, Mohamed Amin Mohamed Razali dan dia bersetuju untuk menyerah diri dengan syarat dibenar bersembahyang dahulu,” katanya.
Abdul Razak berkata bagaimanapun selepas Mohamed Amin selesai bersembahyang, dia tiba-tiba melompat sambil berkata tidak akan menyerah diri dan sanggup mati syahid, dan perkataan syahid itu pula turut dilaung anggota kumpulan yang lain.
“Saya agak terkejut dengan situasi itu, namun bernasib baik selepas berbincang semula dengan Mohamed Amin, anggota kumpulan itu akhirnya bersetuju untuk menyerah diri secara aman,” katanya.
Abdul Razak berkata rundingan selama dua jam itu menghasilkan kejayaan bermakna kerana tiada setitis darahpun yang tumpah dan bersyukur adengan rampasan senjata itu berakhir dengan aman.
“Namun tragedi itu telah meninggalkan kesan menyedihkan apabila dua anggota keselamatan iaitu detektif Kpl R. Sagadevan dan Truper Mathew Anak Medan, yang menjadi tebusan, maut,” katanya.
– ini aku petik dari BERNAMA
kalau korang nak baca butiran perdebatan Razak dengan Amin masa tu korang boleh pergi ke sini;
http://www.freewebs.com/shamzanafamily/
dalam temubual aku dengan Razak, beliau kata antara perkara paling sedih dalam kes berkenaan apabila ada ahli politik yang tanpa usul periksa menuduh kes itu sebagai SANDIWARA
bila aku tanya mengenai tuduhan itu, aku tengok wajah Razak betul-betul ‘down’ habis, macam nak nangis pun ada, mungkin kerana terlalu sedih mengenangkan nasib orang kita yang terlalu mudah menuduh itu dan ini sedangkan Razak dan rakan-rakannya ‘setengah mati’ berhadapan dengan Amin yang ketika itu lengkap bersenjatakan rifel automatik
sebelum aku menutup entry ini, apa kata kita lihat sedikit ‘resume’ Razak, pegawai yang dituduh terlibat dalam ‘sandiwara’ itu:
dilahirkan pada 10 Februari 1963 di Batu 6, Telok Mas, Melaka dan dibesarkan di Langgar, Alor Setar, Kedah dan merupakan anak kepada pasangan Haji Mohd Yusoff bin Haji Salleh (bekas anggota polis berpangkat Sarjan: 26969) dan Hajjah Bashah binti Din (surirumah). Beliau memang amat berminat dalam Ilmu Agama/Ketuhanan serta Ilmu Persilatan Melayu. Pada seawal usia 9 tahun lagi, beliau telah mempelajari Ilmu Persilatan Melayu & berjaya menghafal sejumlah ayat-ayat Al-Quran serta Hadis.
Kerajinan beliau ‘menadah kitab’ dan mempelajari agama di pondok-pondok pengajian Islam sekitar Kedah serta sikap ‘neutral’nya untuk tidak cenderung dalam mana-mana parti politik tanahair telah menjadikan beliau seorang yang disegani dan dihormati di tempat beliau dibesarkan (Langgar Limbong).
Menurut Razak, orang yang banyak memberi inspirasi kepada beliau ialah guru tasawufnya sendiri iaitu ‘Abah Anom’, Pengetua Pesantrean Suryalaya, Tasek Malaya Indonesia.
Beliau berjaya menamatkan pengajiannya hingga ke peringkat STPMdi Kolej Sultan Abdul Hamid dengan pencapaian 5P dan sekarang melanjutkan pelajaran beliau di Unversiti Pertahanan Angkatan Tentera dalam Diploma Lanjutan – Pertahanan Strategik yang dijangka tamat dalam bulan Jun, 2010.
Beliau telah memulakan kerjaya dalam PDRMpada 14/09/1986 sebagai Inspektor Percubaan di PULAPOLdan menjalani Kursus Asas Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak. Setelah tamat latihan, beliau telah diserapkan ke Unit 69 Komando PPH (VAT 69/UTK). Berdasarkan minat kepada tugas yang lebih mencabar beliau dengan sukarelanya mengikuti pemilihan awal dan seterusnya menjalani latihan Asas Unit 69 Komando PPH, yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Beliau telah lulus dengan jayanya dan diiktiraf sebagai anggota Komando pada 18/07/1987.
Bagi melengkapkan kemahiran, beliau telah menghadiri beberapa siri kursus dan latihan, antaranya ialah
1. Kursus Rappeling dan Abseiling.
2. Kursus Asas Payung Terjun dan Para Bebas.
3. Kursus Platun Komander, anjuran SLPPPH, Ulu Kinta
4. Pathfinder; anjuran PULPAK, A.T.M Sg.Udang Melaka.
5. Pengiring Keselamatan/Pengawal Peribadi.
6. Counter-Terrorist Team (CTT).
7. Kursus Menyelam Taktikal.
8. Disaster Management di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.
9. Kursus Pemusnahan Jerangkap Samar anjuran SLPGA Ulu Kinta.
10. Special Operations Techniques anjuran SOCPAC,U.S Army.
11. Bengkel Penulisan Kertas Staf anjuran Maktab Pegawai Kanan PDRM.
12. Bengkel Negotiation Skills anjuran Maktab Pegawai Kanan PDRM
13. Hostage Negotiation Skills anjuran Anti Terrorist Assistance Program di Louisiana Police Academy, Amerika Syarikat.
14. Kursus Critical Incident Management anjuran Anti Terrorist Assistance Program di Louisiana State Police Academy,
A.S.
15. Hostage and Crisis Negotiation Skills anjuran PDRM bersama Metropolitan Police Service New Scotland Yard di Kuala
Lumpur.
16. Kursus Counter Maritime Interdiction, anjuran Naval Special Warfare
– Unit 1, US Navy SEAL.
17. Kompeni Komander ; yang merupakan kursus tertinggi anjuran Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am.
18. Kursus Incident Response for Crisis Management yang dianjurkan oleh Maktab Pegawai Kanan Polis, Cheras.
Selama lebih 20 tahun beliau berkhidmat dalam unit 69 Komando,beliau telah ditugaskan di pelbagai squadron dan cawangan:
1.Sepanjang bertugas dalam Unit 69 Komando, beliau telah terlibat dengan pelbagai bentuk operasi samada di hutan belantara, di bandar, di sempadan dan perairan negara, antaranya:
Atas keberaniannya dalam Ops Subuh, Razak dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj pada tahun 2001. Antara pingat-pingat lain yang diterima atas jasa dan bakti beliau ialah :
1. Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan.
2. Kerajaan negeri Kedah telah menganugerahkan beliau dengan ‘Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah’.
3. Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan ‘Pingat Keberanian Terbilang’
4. Beliau telah dianugerahkan ‘Bintang Khidmat Terpuji’ oleh Kerajaan Negeri Melaka.
5. Kenaikan Pangkat Secara Medan oleh Ketua Polis Negara pada 03/08/2000.
6. Tidak kurang dari 30 Surat Penghargaan’ dari pembesar-pembesar negeri, negara dan penganjur karnival serta sukan.
next aku nak share pengalaman menemubual seorang bekas UTK yang cukup digeruni di Lembah Kelang suatu ketika dulu, sampai ada penjenayah kata, jangan sampai bertemu si polan ini, kalau bertemu – CONFIRM KITA MATI!..ermmm….nantilah senang-senang ye….kerja kat ofis pun berlambak, aku banyak menulis masa tengah malam, masa tu idea tengah ada, tak esok, tahun depan…
Komando 69 ( VAT 69 ). Tiada istilah VAT 69 / UTK.
aku setuju sebab aku juga bekas 69 dan apa saja komen dia, dia tahu ada pembelot yang membuat cerita palsu disebalik kejayaan itu. tahniah boss serta kuncu-kuncunya.hidup 69
sy respect 69 komando …… kebanggaan sy dlm pdrm…… sy akan cuba masuk group nie……..69 komando terbaik di dunia
satu pengiktirafan yang diberikan cukup bermakna buat beliau yang mempertarungkan nyawa demi maruah negara.syabas dan tahniah tuan!
Lebih baik menjadi wira yang tidak didendang drpd disanjung tinggi…tp lepas tu abuk pun tarak
BIARKN APE PENYANGAK NK KATE.FITNAH BYK XGUNE.APE-APE BERLAKU BIAR DIORG YG TEMPUR SDR.TGK BOLEH X.CKP X GNE……….KLU NK REKA-REKA ATAU SANDIWARA BUAT APE ANGGOTA KOMANDO BERHEMPAS PULAS TRAINNE……
terbaik untk 69 dan UTK…..
no komen..
cerita dari seorang sorang ustaz tentang Amin (ketua al-maunnah) http://www.araublogger.com/2012/07/kisah-benar-kisah-iktibar-di-penjara-sg.html
Operasi komando tahap kerahsiaan tinggi, sukar di fahami masyarakat awam. Hanya komando yang tahu jerit peritnya beroperasi dikawasan musuh. Syabas komando
ada 2,3,4 lgi yang kita geruni,,,cma ats taktik dan strategi,,,xbleh nak hebohkan sangt,,,ATM dngan unit2nya,,
Geruni! siapa yg gerun, kita atau tentera musuh. Ya, aku setuju Malaysia mempunyai komando yang terbaik dirantau ini dan yg. aku paling nak lihat Malaysia mempunyai komando bukan sekadar yang terbaik tetapi yang aku hendak ialah yg. paling lasak , berjiwa kental dan cekap dengan taktikal peperangan terutama melibatkan peperangan di zaman teknologi yg. serba canggih ini terutama dalam Electronic Warfare dan peperangan tiga dimensi. Apa itu Electronic Warfare dan peperangan tiga dimensi? Jadi berperang dgn. AL-Maunah belum diketogerikan yang paling baik didunia krn. mereka bukanlah tentera sebenar. Adakah Negara kita mempunyai komando yang lasak dan cekap utk menghadapi tentera luar yg mempunyai keupayaan dari segi kelengkapan dan daya mobility yg. canggih? Persoalannya, adakah mereka gerun dgn komando kita. Jadi sama-sama kita fikirkan. Bagi mereka- mereka yg bergelar komando ini tingkatkan usaha dengan mempelajari taktikal – taktikal peperangan yg. semakin kompleks dan peralatan peperangan yang seba canggih ini. Aku sbg. rakyat Malaysia menyokong perjuangan tentera dan juga komando Malaysia yang bersiap sedia utk mempertahankan tanah air yg. kita cintai ini. Akhir sekali “Its Difficult to be a Commando but more difficult to be a pure Commando”.
assalamualaikum,seperguruan kita ye tuan Razak moga tuan <saya & ikhwan lainnya istiqamah dlm beramal ajaran Abah tercinta wassalam
Salam Tuan Razak dan semua anggota keselamatan yang sentiasa bertugas x kira siang dan mlm,d rimba dan d kota. Ini lh pertama kali saya terbaca kisah T.Razak dan unitnya dlm menangani masalah Kump.Al-Ma’unah yg mgemprkan suatu masa dulu.Sy rasa belum tlambat mengucapkan syabas n thniah.Bukan setakat keberaniannya sj,bahkan ilmu rohani nya juga tinggi. Sy harap tuan dapat menanamkan kesedaran kpd anggota yg lain bhw bukan sekadar ilmu ketenteraan malah ilmu agama juga mesti mendalam. Sesuailh dengan slogan,” Wira Harapan,Bangsa,Agama dan Tanah Air,” Semoga Allah sentiasa melindungi anda semua selamat d dunia n d akhirat, Bagi yg telah kembali mengadap Ilahi, moga Allah menempatkan mereka d kalangan para syuhada” n solihin.Amin.
Bagi saya paskal adalah komando yg terbaik pnuh dengan ilmu peperangan darat mahu pun laut cuma unit ni tak pernah menonjol….sentiasa terbaik
orang langgar? orang kampung aku ni..
komando atm hebat,,syabas,cma tidak ramai yg tahu sbb ini rahsia
Kenakan tempat Sabah..kita bah’ kan kita nik, di Telok Lahad-Datu…Apa sudah jadi dengan Anggota kita bah…Makan boleh sebarang makan Tapi jangan sebarangan Cakap atau pun Tulis…ia’kan ba’nar..bah., Lain pandang lain lalang..orang disana boleh nampak kita..kita disini belum tau lagi apakan dia orang buatkan dengan kita..?Baik’kah..jahat’kah..Hindak kita tau..Banyak lagi Pengetahuan mau dipelajari..Belum cukup ilmu DiDada..Tambah lagi ilmu penguruan merantau…Aku nik bukan menyubung meyukung orang lain..tapi mau jaga jua..tempat kita mau mencari makan..bertanah bertanam padi..mencari rezeki..Tapi semua’nya Tuhan saja yang Tahun’kan..Rezeki jangan ditolak..maut jangan dicari..Ajal dan Mati itu semua takdir kuasa Tuhan.
Mne kisah Utk??
VAT 69 ni aku baru tahu setelah kes Al-Maunah. Kawan2 aku
aku kenal dengan tuan razak masa kat KSAH lagi.sebaya umur sama2 join army cadet.cikgu LEH jadi bos.baguih la boleh la aku bangga sikit member macam ni.
thanks sbab dah share psal ni .dan tahnk you juga buat yg beetungkis lumus . dlm prkara ni dulu .. T. Mathew Medan is my uncle .. may He rest in peace .. only God can repay the kindness those who’s involved .. indeed I know Uncle is smiling up there because people nowaday didnt forget bout who he is .. God bless u uncle Mathew .. we miss you ..