politik kita makin hanyir dan rakus
itu yang hanya mampu aku katakan, lebih malang yang terlibat dalam pertempuran itu adalah di antara orang Islam dan orang Islam itu sendiri
malang sungguh apabila perbezaan pendapat dan pandangan yang sepatutnya DIRAIKAN dalam Islam akhirnya menjadi pentas permusuhan yang seolah-olah tiada titik noktahnya
semua ini mengingatkan aku kisah 22 tahun yang lalu, peristiwa itu berlaku di depan mata aku sendiri
segalanya bermula apabila ada seorang perempuan Cina yang menemui kedamaian di sebuah pulau selepas memeluk Islam
dia menukar namanya daripada Tsu Feh kepada Sofiah
selepas berjaya membuka klinik, dia bercuti ke sebuah pulau, jauh daripada keriuhan
namun dia kecewa sangat kerana pulau yang disangka aman damai itu sebenarnya tidak wujud apabila penduduknya sering bertelagah sesama sendiri
lebih malang lagi bertelagah dan bergaduh sehingga berparang-parang itu adalah antara orang Islam dengan orang Islam di dalam pulau itu
bayangkan, setelah dia mendapat hidayah dan melalui proses yang cukup sukar sebelum memeluk agama yang cukup indah ini, dia terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana umat Islam sendiri gagal menghayati suruhan agama itu di depan kedua biji matanya
sebenarnya kisah di atas adalah naskhah Datuk Rahim Razali dalam filem Tsu Feh Sofiah yang diarahkannya pada tahun 1986
filem itu memenangi anugerah filem terbaik dalam Festival Filem Malaysia pada tahun berkenaan
ia dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Eman Manan, Jacquline Mitchell, Dr. Ghouse Nasruddin dan Rahim sendiri
lebih hebat lagi lagu soundtrack/ tema filem ini adalah lagu yang cukup menyentuh perasaan, Kau Yang Satu nyanyian Ramli Sarip
agak sedih bila filem hebat yang penuh dengan pengajaran dan kritikan sosial itu ‘hilang entah ke mana’
ia langsung tidak mendapat tempat dalam mana-mana stesen TV baik yang dimiliki kerajaan mahupun berbayar sekarang ini, di kedai VCD apatah lagi
mungkin filem ini ‘berdosa’, tetapi kalau pun ia berdosa, dosanya hanya satu – ia memaparkan realiti masyarakat kita yang tidak pernah belajar dari kesilapan!
Saya suka citer ni, heroin dia cun gile masa 1st time tgk, apa khabar agaknya heroin cite ni skrg? Ari tu sy ada baca dia dh jd ibu tunggal..
antara filem yang saya suka tonton arahan Dato rahim Razali selain cerita Abang…
Pertelingkahan yang tak habis2..malu bila buka tv,buka internet semuanya bab pertelingkahan,kata mengata yg tak ada kesudahan.Yang menyedihkan sesama Islam… hmmm.
Tv sekarang balik2 tayang cerita yang sama..cerita yang membawa pengajaran macam ni dilupakan..
Saya teringin sangat nak tonton cerita ni tapi tk de sumber
antara filem paling saya sayangi dan terbaik buat saya yg pernah dibikin oleh pengarah Malaysia. terima kasih kerana menyukainya.
mana nak dapat filem ni… puas dah mencari…