Julai 9, 2009...11:13 pm

matinya Natrah…bukan bermakna matinya sejarah!

Terus ke Komen
dn_03_1

Bagi aku tiada kisah cinta yang paling menyayat hati di abad ini selain daripada kisah Natrah

apatah lagi kita bukan saja kehilangan seorang gadis, tetapi kita juga kehilangan seorang umat Islam di bumi ini…hanya kerana undang-undang yang zalim dan kejam

10

aku tidak tahu sama ada generasi muda hari ini masih ingat kisah Natrah atau tidak, ini kerana kisahnya tidak begitu ‘diangkat’ dalam buku-buku sejarah di sekolah-sekolah 

kalau ada pun material berbentuk buku atau penulisan, ia ada dizahirkan dalam bentuk novel seperti Tragedi Nadra (Haja Maideen), Mortal Flower (Han Suyin), Voices Of Asia (James Michener) dan A Salute To Singapore.

namun yang paling diingati sudah tentu penyelidikan dan penulisan bekas wartawan Dewan Masyarakat (kini Karyawan Tamu UTM), Datin Fatini Yaacob yang mengkaji kisah berkenaan sehingga membawanya bertemu dengan Natrah di Belanda tidak lama dulu

dari segi visual pula, bekas Pengerusi Utusan Malaysia Tan Sri Kamarul Ariffin pernah menerbitkan filem Jasmin 1 (1984) dan Jasmin 2 (1986), filem yang berdasarkan kisah sebenar Natrah

aku pernah menonton kedua-dua filem berkenaan yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong, watak Natrah dilakonkan oleh gadis kacukan Inggeris, Datuk Seri Noraini Jane yang kini telah pun berkahwin dengan adik Raja Nazrin, Raja Kechil Tengah Raja Datuk Seri Ashman Shah.

malangnya kedua-dua filem ini tidak lagi pernah diulang tayang di kaca televisyen, aku harap RTM dapat menyiarkannya kembali supaya masyarakat lebih memahami kisah sebenar yang menimpa Natrah

berbalik kepada cerita Natrah, kisahnya menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Natrah sewaktu perbicaraan di Mahkamah Singapura

Natrah sewaktu perbicaraan di Mahkamah Singapura

Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda, setelah itu dia diKristiankan semula dengan nama Bertha Hertogh

13

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya ketika itu.

Natrah pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

Sebuah filem mengenai Natrah arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

Untuk pengetahuan korang, kisah sedih Natrah tidak berakhir di situ, sejak dihantar pulang ke Belanda, dia menempuh pelbagai dugaan demi dugaan dalam hidupnya

malah pada pertengahan tahun 70-an, Natrah pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya

kini Natrah sudah pergi buat selama-lamanya, semalam beliau akhirnya meninggal dunia akibat menderita penyakit leukimia di rumahnya di Huijbergen, Belanda dalam usia 72 tahun

namun percayalah, matinya Natrah bukan bermakna matinya sejarah

jauh di sudut hati aku ingin mengirimkan Al-Fatihah buat rohnya, malang sekali dia bukan lagi Natrah seperti yang kita baca dalam buku sejarah, tetapi seorang wanita malang yang bernama Bertha Hertogh!

SAK: Semoga tidak ada lagi ‘Natrah’ dalam masyarakat kita…

8 komen

  • Having quoting this: ‘SAK: Semoga tidak ada lagi ‘Natrah’ dalam masyarakat kita…’

    I just wanted to say; U know Sean, it’s too good to be true…

  • BAnyak lagi bang kes macam tu..

  • http://www.ustazamin.com/2009/07/universiti-kehidupan-92-mereka-wajib.html

    Wednesday, July 8, 2009
    Universiti Kehidupan 92 – Mereka Wajib Dikeluarkan
    7 Julai 09, saya, Kak Liza, Mak Esah dan dua orang lagi hari ini ke gereja, tempat meletakkan pesakit HIV yang muslim ini.

    Alhamdulillah, hari ini, dapat diusahakan untuk mengeluarkan seorang lagi pesakit dari gereja dan ditempatkan dirumah yang telah diusahakan.

    Kami sampai lebih kurang pukul 12.30. Kebanyakkan penghuni waktu ini sedang tidur kerana kebiasaannya, mereka akan berehat setelah makan ubat.

    Kami memasuki kawasan gereja. Hati saya tidak putus-putus mengharapakan terbaik dari Allah.

    Sesampainya kami disana, kami disambut oleh Razak, salah seorang penghuni di sini. Dia memang suka berceloteh.

    “Hah, ni kawan sorang ni, dah tahu nak keluar hari ini, pun tidur lagi kat atas” katanya.

    Saya naik ke tingkat atas. Di katil-katil, saya melihat saudara seIslam kita sedang berehat.

    Saya bersalaman dengan yang terjaga. Mereka melemparkan senyuman pada saya.

    “Kenapa orang Islam belum membuat rumah perlindungan seperti ini di sini? Adakan terlalu susah, atau kita semua sedang sibukkan perkara lain hingga terlepas pandangan hal-hal besar seperti ini” bisik hati saya.

    Di tingkat atas, saya merenung jauh ke kawasan belakang gereja ini. Di sana terdapat kebun orang menanam sayuran.

    Adakah, sayur ketika ditanam, terus besar dan terus boleh dipetik?. Sudah tentu tidak, ketika ia ditanam, petani harus bersabar menjaganya, menyiramnya setiap hari, membuang siput yang ingin merosakkan tanaman, membajanya dan seterusnya. Begitulah resam petani dan sayurnya.

    Kenapa setelah beberapa ketika, petani boleh menuai hasil sayur. Kerana kesabaran mereka. Kenapa ada sayur yang gemuk-gemuk. Kerana ada langkah permulaan iaitu menanamnya.

    Ya, langkah permulaan.

    Apa yang kurang kita sekarang bukannya tenaga kerja, bukannya modal, bukannya tempat, tetapi usaha membuat langkah permulaan.

    Penempatan HIV yang saya sedang berpijak sekarang, bukan dari sebuah gereja yang besar, mereka bermula dengan sebuah rumah kecil. Dengan tujuan memberi perlindungan kepada pesakit kemudian akhirnya, di sebuah gereja untuk penempatan mereka.

    “Apa langkah permulaan yang perlu dibuat? Ya, carikan alternatif segera,” bisik hati saya.

    Saya turun kembali ke tingkat bawah. Melihat, Razali yang sudah siap untuk bersama kami.

    Di hati kecil setiap penghuni, mereka mahu keluar dari sini. Tetapi ke mana?

    Wajah ceria Razali menggembirakan hati saya. Saya bukakan bahagian belakang van untuk barang-barangnya. Kami semua menaiki van. Alhamdulillah, hari ini, kita dapat keluarkan seorang lagi dari gereja ini.

    Semoga, Allah terus membantu untuk tujuan ini. Satu yang kita cita-citakan. Islam sebagai agama kasih sayang bukan sahaja pada lisan. Tetapi dapat diterjemahkan di dalam tindakan.

    “Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
    al-Fakir Ila Rabbihi
    Muhamad bin Abdullah
    Putra Heights
    8 Julai 09 jam 10.15 pagi

  • saya dlm proses untuk membuat laporan khas mengenai kisah natrah tu…terkejut bila dapat tahu dia dah tak de.

  • Apa yang menimpa Natrah amat menyayat hati saya. Natrah masih muda sudah tentu imannya belum begitu cukup apatah lagi telah dibawa ke Belanda yang rata-ratanya bukan Islam. Dalam hal ini marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan Alah dapat mengampuninya di atas undang zalimBritish yang membawa kepada murtadnya… walau bagaimanapun hanya allah sahaja yang maha mengetahui…Peristiwa ini sebenarnya ada hikmahnya dankalau kita amati betul2 Allah mahu kita pegang dan jaga Islam itu dengan sebenar-benarnya. Setiaptragedi ada maksud tersirat untuk kita sama-sama fikirkan. Samalah kita berdoa mudaha-mudahan Allah dat mengampuni Natrah dan seluruh Umat Islam yang teraniaya. Amin..

  • saya sgt tertarik dengan kisah ini…trima ksih ats infomasi anda….

  • semoga dia bersemadim dgn tenang

  • sedih dengar cerita nya…


Tinggalkan jawapan