kita mungkin sering solat sama ada sendiri-sendiri atau pun berjemaah di masjid- masjid dekat kawasan kita, atau mungkin di kawasan yang kita singgah
pernah tak kita terfikir untuk solat di masjid yang mana Rasulullah SAW sendiri selalu beribadah di dalamnya, jawapannya SUDAH TENTU – tapi di mana?
jawapannya, antara masjid yang paling kerap Rasulullah SAW bersolat di dalamnya adalah di Masjid Quba
untuk pengetahuan korang (bagi yang belum tahu), Masjid Quba adalah masjid pertama dalam Islam yang dibina, maknanya inilah masjid paling tua dalam sejarah agama kita
malah ada ulama yang mengatakan masjid itu menduduki tempat keempat masjid paling suci di dunia selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi Madinah dan Masjid al Aqsa Baitul Maqdis
pernah baginda bersabda: “Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian dia pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalam masjid itu, ganjarannya samalah dengan pahala ibadah umrah”. (riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
selalunya dalam program ziarah luar yang dianjurkan oleh syarikat pakej/ pengendali umrah, masjid ini merupakan destinasi pertama yang dituju
dari Masjid Nabawi tak jauh…lebih kurang tiga kilometer
so pepagi lagi kami dah keluar dari hotel untuk ke sana
pihak Felda Travel sengaja mahu lawatan itu dipercepatkan kerana tidak mahu kami terlewat untuk solat Zuhur di Masjid Nabawi
kalau ikut sejarah Masjid Quba seperti yang ditulis rakan wartawan, Siti Ainiza Kamsari, setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan terutamanya mengelak dari di tawan oleh kafir Quraisy, Nabi Muhammad akhirnya selamat sampai di Quba, iaitu kira-kira dua batu sebelum sampai ke bandar Yathrib
sejak meninggalkan kaki Bukit Tsur, dipercayai masa perjalanan yang diambil oleh baginda untuk sampai ke Quba itu hampir tujuh hari lamanya
selama empat hari sebelum baginda sampai ke Yathrib, baginda sempat bermalam di Quba
di situ baginda melaksanakan satu misi yang sangat penting dan tentunya sangat bersejarah buat kita semua
ini kerana sebagaimana yang diketahui umum, buat pertama kalinya dalam sejarah, masjid pertama dalam Islam dibina di Quba, iaitu hampir 13 tahun selepas Nabi Muhammad secara rasmi diutus Allah menyebarkan Islam
institusi seperti ini tentu sahaja mustahil dapat didirikan di Mekah ekoran ancaman dari kafir Quraisy, kalaupun baginda hendak solat berjemaah bersama-sama dengan pengikutnya, terpaksalah dilakukan secara bersembunyi atau sorok-sorok
Masjid Quba mempunyai dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat di tingkat dua.
semasa dibina ketika itu tentu sahaja Masjid Quba tidak sehebat seni binanya seperti yang ada pada hari ini, tetapi signifikan di sebalik pembinaan masjid ini dibina atas dasar takwa
ia sebagaimana yang disebut oleh Allah SWT di yang bermaksud: Jangan engkau bersolat di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah didirikan atas dasar taqwa dari mula (wujudnya) lebih patut tahu engkau bersolat di situ. Di dalam masjid itu ada golongan lelaki yang ingin membersihkan (menyucikan) dirinya. Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu binaannya itu runtuh bersama-samanya ke dalam api Neraka Jahannam? (Ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang yang zalim. (at-Taubah: 108-109)
walaupun umum mengetahui bahawa Nabi Muhammad lebih dekat dengan Masjid Nabawi sebagai pusat pentadbiran, namun Masjid Quba tetap mendapat tempat di hati baginda.
dikatakan tempat yang paling afdal untuk bersolat ialah di tempat Nabi pernah sujud iaitu di kawasan di bawah kubah
memang cantik masjid ni walaupun dari segi saiz jauh lebih kecil dari Masjid Nabawi
dari jauh lagi kita boleh nampak masjid yang bercat putih bersih ini
seperti mana di Raudhah, bersolat di masjid ini juga bagaikan memberi ‘auranya’ yang tersendiri dan sukar ditafsirkan dengan kata-kata
di luar masjid, ramai yang mengambil kesempatan untuk berniaga pelbagai barangan, dari jubah hinggalah ke tasbih, ada juga yang jual kurma dan tamar…ramai juga jemaah yang beli…ambil berkat kata mereka ahaks
sebenarnya peluang melihat sejarah peninggalan Rasulullah SAW seperti Masjid Quba ini merupakan satu pengalaman yang cukup mengujakan
malangnya dah banyak yang dimusnahkan oleh puak Wahabbi di Arab Saudi kerana kata mereka untuk mengelakkan perbuatan khurafat jemaah di tempat-tempat berkenaan
dari satu sudut ada betulnya, tapi dari satu sudut lagi ia cukup merugikan kita umat Islam sendiri
apalah yang tinggal untuk anak cucu kita kalau semuanya dimusnahkan…janganlah sampai SEMUANYA ini hanya tinggal sebagai catatan semata-mata sedangkan bukti fizikalnya entah hilang ke mana, dalam bahasa yang lebih tepat, semuanya menyembah bumi atas alasan nak jauhkan perkara khurafat…atau atas alasan pembangunan/ komersil mungkin?
entahlah, hanya mereka ada jawabannya.
* maafler sebab entry ini TAKDE KAITAN langsung dengan kemengan Spain dalam EURO 2012 pagi tadi ):
Diriwayatkan Nabi mengadu kepada Allah swt mengatakan beliau teringin sangat nak mengerjakan umrah selalu tapi tak mampu kerana jarak yang jauh antara Madinah dan Mekah lalu Allah swt pun memberi pahala umrah sebagaimana yang diamalkan tu iaitu berwuduk di rumah kediaman dan pergi bersolat di Masjid Quba (yang dikenali juga Masjid Taqwa)
Di luar masjid ni – jangan lupa sedekahkan alFatihah kepada arwah sahabat-sahabat Nabi saw yang di maqamkan di sini.
Kat sini juga ada perigi Nabi saw tapi penanda letaknya saja yang boleh dilihat
Sekadar berkongsi maklumat.Terima Kasih
Sangat berterima kasih dgn entry dan info sebegini.
rill..terbaikk entry lu…tp ayat lu yg last bt gua terbalikkk dan tergolekk…adoihh..
Sangat rindu untuk ke sana lagi. Tak ada tempat yang lebih baik dalam dunia ni seperti Makkah dan Madinah, pada pendapat saya la. Rasa tak nak balik….
Salam. Saudara, saya linkkan blog saudara dalam entri Ziarah ke Masjid Quba’. Terima kasih banyak ye..