aku menerima berita pemergian tokoh pemikir Islam, Dr. Uthman El-Muhammady dengan perasaan yang cukup hiba dan sedih
aku tidak pernah berjumpa dengannya, apatah lagi berkesempatan berdiskusi dengannya secara berdepan
tetapi itulah dahsyatnya aura insan hebat seperti beliau…walaupun tak pernah bersua namun ilmunya sampai pada kita, walaupun tak pernah bertemu tetapi ‘suaranya’ didengari, walaupun tak pernah berhadapan tetapi ajarannya dapat dihayati
Dr. Uthman cukup dikenali kerana tahap keilmuannya yang cukup tinggi dalam mengupas 1,001 persoalan dalam Islam, masyarakat dan dalam tradisi ilmu itu sendiri
kalau tengok orangnya macam ustaz kampung saja, sentiasa berserban dan berjubah…kalau dalam TV itu senang saja nak cam sebab janggutnya yang oren kemerahan
tetapi ‘ustaz kampung’ ini jugalah yang mampu menjawab banyak persoalan dan menghuraikan banyak permasalahan yang melanda umat Islam, bukan saja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa
kebolehannya berhujah dalam bahasa Inggeris membuatkan Dr. Uthman sering dipanggil untuk menyampaikan dakwah, seminar serta kertas kerja di serata pelusuk dunia
justeru bila mendapat tahu yang beliau meninggal dunia petang semalam, entah kenapa hati aku begitu ‘meronta-ronta’ untuk menziarahi jenazahnya
sebaik sahaja habis kerja kira-kira pukul 11 malam, aku terus memecut ke Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac), Jalan Duta
ini kerana aku dimaklumkan beliau tinggal bersama keluarganya di situ
sesampainya di sana, bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut sedang memimpin bacaan tahlil di ruang tamu
di situ jugalah jenazah Dr. Uthman diletakkan…wangi saja ruang tamu rumah arwah (mungkin bau atar yang dipakai tetamu barangkali)
selesai saja tahlil, kami diberi peluang oleh keluarga arwah untuk melihat wajahnya buat kali terakhir
Allahu Akbar, sebaik sahaja kain yang menutupi muka arwah disingkapkan, nampaklah wajah seorang ulama yang cukup tenang, putih dan bersih
terharu aku melihatnya…tak nampak langsung tanda yang beliau meninggal dunia, persis orang sedang tidur saja, cukup-cukup tenang seolah-olah beliau telah redha dan bersedia untuk dipanggil menghadap Tuhannya yang maha Esa
sebagaimana tenangnya beliau, begitulah tenangnya suasana rumah beliau, baik di dalam mahupun di luar
keluarganya dilihat cukup ‘steady’, ‘cool’ dan masih mampu melihat wajah insan kesayangan mereka itu PERGI dengan tanpa perlu menunjukkan riak kesedihan yang melampau…mungkin berkat asuhan arwah
seronok dan bahagia sungguh aku melihat keluarga Allahyarham, mereka juga nampaknya redha dengan pemergian yang memilukan ini
kira-kira setengah jam berada di rumah Allahyarham, aku pun beredar
puas sungguh akhirnya dapat bertemu ulama yang aku cukup kagumi ini walaupun dengan hanya melihat jasadnya saja
semoga Allah memasukkan beliau ke dalam golongan mereka yang beriman…Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fua’nhu, Al Fatihah..
NOTA: Allahyarham meninggal dunia ketika sedang membaca di bilik bacaannya…masih mengejar ilmu hingga ke akhir hayat…
Terima kasih….perasaan yg saya anggap sama dngn apa d lubuk hati saya slama ini….masya allah…meninggal plk sdang membaca…
mohon share..ulama kesayangan saya ini..
Alfatihah…
Bro, bila nak kasi berita Lahad Datu ni…dah jenuh menunggu ni…
Innalillah..
Moga Allah mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya bersama para solihin.
Hilangnya seorang ulama, bersama ilmunya yang tak ternilai. Satu kehilangan yang besar pada kita yang masih tinggal dan jahil ini.
Moga Allah menghadirkan pengganti mereka yang telah pergi buat penyuluh kita semua..
Memang belajar dengan ustaz amat menyeronokkan. Banyak ilmu diperolehi dari beliau. Sangat sedih kehilangan beliau. Sy pernah menjadi murid ustaz pada tahun 1979 dan 1980 semasa tingkatan 6 di salah sebuah sekolah swasta di Kelantan. Masa mengajar ustaz menghendaki pelajar perempuan berada dibelakang dan pelajar lelaki duduk didepan. Setiap hari selasa pada jam 2 petang ada kuliah agama sampai jam 4 petang. Memang menyeronokkan menjadi anak murid beliau. Banyak ilmu agama yang boleh kita dapat drp ustaz. Al-fatihah untuk ustaz
ALFATIHAH..
Al-Fatihah ! Semoga dicucuri rahmat. Seorang tokoh ilmuan besar dan banyak menyumbang kepada Islam dan masyarakat. Hidupnya simple tetapi banyak berjasa. Pernah belajar seangkatan dengan beliau di UM tahun 1963/66. Osman BJ.
AlFatihah untuk arwah dan takziah buat semua ahli keluarga arwah
tahun 2010 arwah dijemput untuk memberi tazkirah motivasi kepada jemaah haji di maktab kami di Mekah beberapa hari sebelum bertolak ke Arafah.Apa yang ingin saya ungkitkan di sini ialah antara kata-kata arwah yang dilontarkan kepada kami semua untuk sama-sama direnung fikir-fikirkan.
Kata arwah jarak antara Malaysia dengan Mekah tempat kelahiran agama Islam ini jauh tetapi kita mendapat ajaran Islam yang tulin sedangkan beberapa negara yang berjiran dengan Mekah ini pun ajaran Islam yang berkembang adalah bercampur baur.Tentunya ada keistimewaannya kita-kita nih sebab itu jadinya begitu.(begitu lebih kurang ucapan arwah).
Semuga roh arwah dan juga 2 orang lagi tokoh ulama yang dijemput Illahi pada tarikh yang sama (25 Mac 2013) akan ditempatkan di sisi Nya,Amin!
Allah… Hiba hati membaca coretan ini. Hanya doa yang mampu diiringi. Hajat hati sangat besar mahu menziarahi jenazah arwah ustaz sebagai penghormatan terakhir buat guru kami nan mulia ini. Namun Allah itu sebaik-baik perencana. Ada masyaqqah menghalangi niat kami. Semoga Almarhum ustaz ditempatkan dalam kalangan para solehin. Allahumma ameen.
Terasa getaran tulisan tuan hingga ke bumi Cardiff, Terima Kasih..
Al Fatihah
Reblogged this on jiwa hamba.
mohon share..
Innalillahiwainnalillahirajiun..Ya Allah..saya br tahu kematian Allahyarham.saya masih terasa uataz ada.skg dah bln 10 br sy tahu uataz muhamnadi meninggal….