aku sering ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum ni, tapi takdelah sampai masuk ke wad
ini kerana sebagai wartawan jenayah, dunia aku hanya di Jabatan Forensik atau bahasa yang lebih mudah, bilik mayat!
lagipun pihak pentadbir hospital cukup sensitif dengan kehadiran wartawan, dalam kepala otak diaorang wartawan ni nak cari salah je kerjanya, yang diaorang mahu wartawan semua cerita benda baik pasal hospital diaorang
cerita kejayaan pembedahan, cerita wad tercantik, cerita VVIP datang melawat…pendek kata kalau nak ikut diaorang, semua hospital kat Malaysia ni macam langsung takdak masalah
sebab itu jangan haraplah kalau nak buat apa-apa liputan kat hospital terutama HKL, dalam 10 surat rasmi yang kita hantar, satu pun belum tentu lulus…jadi acapkali wartawan main redah je kalau nak buat liputan, tak dapat bawa masuk kamera SLR, kami bawa kamera digital yang compact tu, takdapat kamera digital, kami ambil gambar pakai handphone je!
Baru-baru ni mertua masuk HKL, dari Wad Kecemasan lagi aku dah resah, aircond ada beberapa buah, semua tak berfungsi, kipas jangan cakap la punya banyak, tapi dekat ruang menunggu tu adalah kot dua biji saje yang berputar…berpeluh beb punya panas
lepas tu kat wad, makk ooiii, sesaknya! Walaupun mertua aku layak dapat 1st class tetapi disebabkan tak cukup katil, nurse kat situ terpaksa letakkan dia atas katil kanvas macam yang askar bawa masuk hutan tu, betul-betul kat ruang pejalan kaki pulak tu, panas jangan citerlah, sedih pulak aku tengok
this is the best part, bantal pun tak takde! Satu hal lak nurse kat wad tu pergi cari bantal dari wad ke wad, kot-kot ada bantal extra
melihatkan keadaan itu, orang yang sakit lagi bertambah sakit jadinya, aduhhhh
pendek kata, HKL ni dah sesak sangat hingga langsung tak nampak imejnya sebagai hospital terbaik negara
tapi apa nak buat, redha ajelah, mana nak cari hospital yang cuma bayar caj serendah RM1 macam kat HKL ni. Kalau banding dengan Indonesia, masih mewahlah (ayat nak sedapkan hati)
pun begitu, aku respek kepada para doktornya, jururawatnya, atendannya dan semualah yang kerja kat HKL ni kerana nampak yang diaorang bersungguh-sungguh memberikan khidmat terbaik kepada patient diaorang. Kalau dapat yang jenis cilanat tu biasalah, yang tu memang tak boleh nak elak
jangan tak tahu, dalam pada kokak-kokak HKL ni, menu dia tetap ada ayam OK walaupun di Third Class.
Dari segi peralatan dan doktor, aku difahamkan HKL tetap mengungguli carta sebagai hospital yang mempunyai peralatan paling canggih dan terkini, begitu juga jumlah doktor pakarnya yang ramai
malah dalam banyak kes, patient dari Gleneagles dan Tawakal pun direfer kat sini (walaupun ada yang kena transfer sebab dah tak larat nak bayar bil, hehehe)
aku takde masalah dengan HKL cuma aku harap orang atas kena lagi banyak turun padang, rajin-rajinlah melawat sehingga ke wad-wad, jangan lepas rasmi satu-satu majlis kat hospital tu then terus balik
ini dah masuk abad ke-21, tapi arwah bapa aku still pernah tidur atas katil kanvas, mertua aku pun begitu dan aku rasa ramai lagi yang pernah melaluinya di luar sana, benda sebegini dah tak sepatutnya berlaku lagi
HKL oh! HKL
SAK: Sebelum terlupa, nak cari parking kat HKL ni kalau tengok wayang Upin dan Ipin pun sempat tau…
bro,
hahaha… org malaysia ni bab makan lebih cerewat daripada rawat pesakit.
wad kelas kambing yg lama tu ada lagi ke kat HKL? kalau ada peluang turun ke hospital taiping jenguk wad 17 & wad 18. juga jgn tak percaya di sebelahnya ada operation theatre yang masih berdinding kayu!
Aku nak tergelak dengan perkataan “cilanat” la bro…. tapi memang kalau ada yang kategori tu patut buang negara jer. hermmmm…patut la lambat nak sembuh…gitu keadaannya…macam mana? Redha je la yer…Semoga semua cepat sihat! 🙂
Dulu ada perancangan untuk beberapa specialist dept ke beberapa hospital lain di Lembah Klang. Tujuannya utk kurangkan kesesakan di HKL. Biar HKL layan kes emergency. Apa dah jadi dgn rancangan tu? Kan dah ada Hospital Selayang, Ampang, Putrajaya, Serdang & Sungai Buloh.
Cuma satu lah, HKL ni convenient sikit. Kat tengah KL lah katakan. Tapi bila difikirkan balik, Pak Lang, Tok Ngah dan Mak Su semua dah pakai kereta. Tak payah nak susah payah naik bas dari Cherok Tok Kun lepas tu turun kat Puduraya semata-mata nak melawat Tok Njang kat HKL. Dari PLUS Highway boleh terus pi Hospital Sg Buloh.
Mungkin lepas ni blh suruh Sime Darby take over HKL kot. Boleh buat 20 blok Super Condo. Pastu buat Swimming pool kat tapak rumah mayat.
betul.. masa Apak aku masuk spital 3-4 bulan yg lepas..gitulah gayanya.. sesak wad tu.. tapi takde le panas sangat.. at least dia dapat katil sendiri..
** kelakar ending ayat pasal parking tu.. hehehhe..
yg pelik tu gomen kasi pulak lesen untuk 45 buah lagi hospital swasta. orang kampung memang tak mampu la. org bandar pun tak terkecuali. baca bawah ni:
Govt approves 45 private hospitals, undermines GHs
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Just when you thought the BN federal government would put a cap on the number of private hospitals, it does the reverse. It approves licences for 45 new private hospitals.
Mind you, this will worsen the brain drain from general hospitals and lengthen their waiting lists. The irony is that these licences have been approved at the onset of an economic recession, when thousands of Malaysians will think twice about being treated at private hospitals – simply because they can no longer afford them – and instead turn to general hospitals.
Even before the approval of these private hospitals, we could expect longer queues in our general hospitals because of the recession. But now, if these new private hospitals pinch more staff from the GHs resulting in a shortage of specialists and doctors in the GHs, the majority of Malaysians will suffer from even poorer service.
But the BN federal government, like the Pakatan governments in certain states, appears more concerned about “medical tourism” for private hospitals and the interests of the well-heeled. For instance, Pantai Holdings, ironically 60 per cent owned by Khazanah, aims to add five new hospitals to its existing stable of nine.
In the process, the poor, who cannot afford quality treatment, are neglected and forgotten.
This report from the Business Times:
Nod for 45 new private hospitals
By Vasantha Ganesan
bt@nstp.com.my
2009/02/20
THE government has approved licences for a total of 45 new private hospitals and this will grow the number of beds at private hospitals by a third to 15,178.
As at end of 2008, Malaysia had a total of 209 registered hospitals with a total of 11,689 beds.
“Since the implementation of the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 and its regulations in 2006, we have received 55 applications for the establishment of new private hospitals, of which 45 have been approved,” the Minister of Health Datuk Seri Liow Tiong Lai said.
The 45 hospitals have a total of 3,489 beds.
“…the number of private hospitals operating in the country has increased almost two fold from 135 at the end of December 2001 to 209 by the end of December 2008,” he added.
Liow was speaking to reporters yesterday following the launch of “Rebirth of Pantai” for Pantai Holdings Bhd.
On whether the healthcare sector can expect anything from the second stimulus package, Liow said there will be some goodies in store to boost medical tourism and training for nurses.
“We should prepare for medical tourism and take it to the next level … we should promote this sector further,” he said, adding that medical tourism has been identified as a key sector to generate economic growth.
A second stimulus package to boost the economy will be announced on March 10 2009, adding to the RM7 billion stimulus package announced last November. – By Vasantha Ganesan
http://anilnetto.com/democracy/bn-govt-undermines-ghs-approves-more-private-hospitals/
Hosptital kerajaan tapi parking swasta? sama jerk kosnya kalau pegi hospital swasta..
masa org umah aku bersalin dulu..kos parking utk seminggu jerk dah Rm100..sekali masuk kena caj..bayangkan la kalau 3,4 kali sehari??
nmpknye HUSM kubang kerian adalah yang terbaik..selesa dan bersih…
plik mnusia zman skrg,x brsyukur dgn ape yg ade….org dh tlong pn byk demand..
Tak dinafikan dari segi kepakaran dan peralatan mmg terbaik HKL ni dan mmg ada yg di refer ker sini by private hospital terutama disbbkan ‘RARE disease ‘ dan yg dah tak mampu menanggung Bill yg tinggi. Bagi yg mampu silalah ke Private Hospital and yg kurang mampu merancanglah kewangan masing2.. peruntukan 10% dari gaji masing2 utk membeli TAKAFUL yg mempunyai Medical Card. kalau kita mampu membayar Astro setiap Bulan, Membeli Rokok berharga 10 ringgit setiap hari dimana langsung tak memberi kebaikan kepada kita, takan kita tak mampu menyediakan RM5 sehari utk Takaful yg dapat membantu kita pada saat kecemasan. Ramai yg melihat membeli takaful membebankan, tapi pada saat kecemasan/ kecelakaan inilah yg membantu anak isteri masing 2 utk meneruskan kehidupan, Hutang Rumah , Hutang Kereta dan sarahidup dapat dikurangkan dgn pampasan yg kita dapat semasa kecelakaan berlaku.
gunalah medical card utk kemasukan ke Hospital Private dapatkan rawatan terbaik dan segera dan biarkan syarikat takaful yg menanggung risiko kita ini.
buatlah simple math utk lebih faham :
sehari RM5 x 30 hari = RM 150 sebulan
150 sebulan x 12 bulan = 1800
1800 x 10 tahun = 18000.
kalau ditakdirkan kita meninggal pampasan utk kematian dah RM 50000 ( dah untung dah)
kalau sakit kritikal seperti lumpuh, strok dan 36 penyakit yg dilindungi… dapat lagi pampasan rm 30000 & bayaran bulanan RM 150 dah tak perlu bayar ( free selamanya)
kalau masuk hospital sbb buang batu karang pun dah mencecah RM 15 k , padahal mungkin baru 2 tahun kita mencarum.
elaun harian sbb masuk hospital sehari RM200, darab la berapa hari masuk hospital.
and ada tak kemungkinan kita akan dimasukan beberapa kali ke hospital ?
RUGI ker ??
kalau tak penah sakit mmg rugi sikitla, tp kalau dah kena strok , dah tak boleh kerja, wife pun kena berenti kerja sbb nak jaga kita, anak2 masih nak makan, ubat lagi banyak nak guna, pampers org tua lagi.. kat mana nak korek duit ??
berkorban sedikit kemewahan kita utk kemudahan waktu kecemasan adalah cara terbaik dlm merancang kewangan.
Insyaallah dah semakin ramai golongan kita yg dah nampak kelebihan ini berbandig dgn golongan CHa Nun Alif yg dah lama nampak, seandainya difikir soal untung rugi, golongan merekalah yg lagi arif ttg untung rugi kerana majoriti mereka adalah peniaga.