tahun lalu aku terlibat dalam penggambaran dokumentari mengenai kisah penjenayah paling ditakuti di negara ini pada sekitar tahun 70-an, Wong Swee Chin atau Botak Chin
dalam dokumentari yang diterbitkan oleh FM- ASTRO itu, aku telah ditemuramah mengenai mendiang S. Kulasingam, pegawai polis yang bertanggung jawab menumpaskan Botak Chin dan konco-konconya
sedikit mengenai latarbelakang Botak Chin, dia ni bukanlah botak dalam erti kata yang sebenar, ia adalah gabungan dari tiga perkataan Hokkien iaitu Bo Tak Chin yang bererti Tiada ( Bo ), Kerja ( Tak ) Chin ( China ) atau China Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’
Botak Chin dianggap wira dan Robin Hood ketika itu kerana sering mengagihkan hasil rompakan mereka kepada orang miskin dan penduduk setinggan di sekitar Kuala Lumpur
dia yang berjaya ditangkap kemudian dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah, namun ketika dipenjara, Botak Chin sempat menikam wadar penjara yang mengawalnya
tak siapa tahu mengapa dia mengamuk sehinggalah semalam apabila aku terbaca blog tulisan Tan Sri Sanusi Junid, bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu
berikut adalah sedutan daripada tulisan Sanusi dalam blog berkenaan;
31. Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan telah berlaku pada 11 Jun, 1981 apabila Botak Chin telah merusuh, dan memukul warden, di dalam Penjara Pudu. Sekali lagi saya diarah oleh Tun Ghazali untuk menyelesaikan masalah ini. Pertamanya kita perlu memahami erti nama Botak Chin. Di bangunan ‘Rumah Akhir’ Penjara Pudu ada 6 buah bilik menunggu bagi banduan yang telah dijatuhkan hukuman gantung dan rayuan ampun telah ditolak oleh Sultan atau YDP Agong. Di dalam Penjara Pudu di waktu itu ada kira-kira 36 orang yang telah dijatuhkan hukuman mati walaupun di peringkat mahkamah yang berbeza-beza atau sedang menunggu rayuan pengampunan.
32. Dari antara banduan yang sudah menjalani hukuman yang cukup lama, dan menunggu waktu yang tidak lama lagi untuk dibebaskan, pihak penjara, pada waktu itu, telah memberi sedikit kelonggaran dan sering diberi tugas sebagai mata-mata kerajaan. Dari sumber maklumat ini pihak penjara mendapat tahu Botak Chin sedang membuat persiapan untuk meletupkan Penjara Pudu dan lari keluar. Botak Chin telah mengumpul sedikit demi sedikit bahan-bahan letupan, seperti paku dan karbad, yang dibawa masuk ke penjara secara beransur-ansur, oleh mereka yang melawatnya. Bahan-bahan letupan ini disimpan di dalam tandas. Apabila mata-mata penjara melaporkan perkara ini kepada warden maka pihak warden telah menyerbu tandas berkenaan. Dalam mempertahankan hartanya yang terkumpul itu Botak Chin telah memukul warden dan rusuhan pun berlaku.
33. Bila saya sampai di penjara Botak Chin telah bertanya kepada warden siapa saya. Apabila diberitahu saya Timbalan Menteri yang mempunyai kuasa Botak Chin telah mendekati saya dan membisik rancangan untuk berpakat dengannya supaya jika dia dibebaskan maka dapatlah saya berkongsi hasil rompakannya nanti. Bila saya tersenyum Botak Chin mengubah sikap dan terus bertanya kenapa beliau tidak digantung sampai mati sebagaimana keputusan mahkamah. ‘ Pasal apa simpan gua, kasi makan, buang duit government. Gantung gua, bakar gua punya body dan buang semua habuk dalam parit dan longkang .. apa tunggu lagi … takut kah?’ Botak Chin berlagak sombong dan marah.
PENGANYAM TIDAK SETUJU LAGI DENGAN HUKUMAN GANTUNG
34. Pihak Ketua Pengarah Penjara telah memberitahu kepada saya bahawa kita kekurangan tali gantung. Baki tali hanya 5 dan itu hanya boleh dipakai kalau ada kes kecemasan. Saya tanya sebabnya tidak dibeli tali tambahan supaya cukup untuk dihabiskan urusan menggantung sekitar lebih 30 orang yang rayuan pengampunannya sudah ditolak. Dalam pertemuan saya dengan penyulam tali gantung di Hay-on-Wye, di sempada England dan Wales, dan berdekatan dengan Kampung Buku yang pertama di dunia, beliau telah menyatakan tentangannya terhadap hukuman gantung, kerana ribuan tali buatannya telah tidak mengurangkan jenayah di dunia ini. Bila saya melawat Penjara Pudu, sekembali dari Britain, mencari tali, saya bertemu lagi dengan Botak Chin. Dia tanya ‘ bila mahu gantung aku?’ Saya beritahu ‘sabarlah, belum ada tali.’ Botak Chin cadangkan penjara pakai wayar untuk menggantungnya. Bila saya jelaskan bahawa tali gantung yang dicari ialah yang disalut dengan baldu supaya tidak kesakitan bila lehernya terjerut, Botak Chin tanya ‘mana lu tahu sakit kah tak sakit kah… yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?’ Selepas dialog inilah pihak penjara telah menukar tali gantung dari yang bersalut baldu dengan yang dianyam dari plastik yang dipakai sekarang.
menarik bukan fakta itu?
sebab itu aku selalu terkenangkan kata-kata sasterawan agung Indonesia, Pramoedya Ananta Toer, katanya, orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah!
salam, menarik sungguh cerita ini. kisah pengalaman kerja anda dan adventure dunia anda tidak pernah menjemukan sy utk membacanya. tq for sharing.
terima kasih cik salina, awal baca entry saya? jam baru pukul 4.30 pagi ni…anyway tkasih kerana singgah
terima kasih kerana sudi berkongsi cerita yang tak semua di antara kita ambil berat dan tahu akan perihalnya yang sebenar.
ambe memang suka sejarah kerana dari sejarahlah kita tahu asal usul peradaban kita sekarang
teringat zaman sanusi jadi MB kedah.. abeh suma org kampung aku dapat berlori2 baja subsidi.. hahaha…
menariknya wakk..
terkesima aku baca entry ni bro..luas mata melihat..luas pengetahuan aku dapat..tq bro..
salam, 4.30 pagi? hmm, time msia ker? melbourne lebih cepat 3 jam 🙂
wah..salina di melbourne!
interesting fact
wah mentang-mentang kerja bank, cik cato enzo memanjang speaking je heheheh
tu la pasal fieha, ingat ke orang KL, sampai ke Australia la pulak blog ni menjalar
luas lagi kosmo! bro, hehehehe
masa bila lak aku wak awang, aku pan-asian muhahahahah
la hang orang kedah ka? awat tak habaq, aku orang kedah gak, tapi kat kg pandan hehehe
cayalah sham, hidup sham!
Bapa pernah cerita tentang Botak Chin. Dia tidak gambarkan Botak Chin sebagai penjenayah, tapi orang yang mulia hatinya. Saya tidak sependapat dengannya. Yang salah tetap salah walau apapun alasannya…
sungguh2 menarik….
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/27/nation/6554611&sec=nation
mana satu betul asal nama dia nie..????
“The term does not describe his looks but is an acronym for Bantu Orang Tak Ada Kerja (helps those without jobs), explains Abu Bakar Juah.”
Cerita dalam cerita…walaupun penyamun, buruan polis ttp tlg masyarakat
Baca artikel di atas, nampak macam Botak Chin tak takut langsung mati. Tapi dengar-dengar cerita drp sumber polis, semasa nak digantung, Botak Chin dahtak boleh jalan lagi dah. Kena papah. Jadi pihak penjara yang terlibat semasa penggantungan Botak chin dan mungkin dah pencen pun, boleh la berkongsi pengalaman
Botak chin macam tak takut langsung
dapat info tambahan psl c nma botak chin nie..tiada kah info tmbahan lagi…