Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara.
Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya.
Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa.
Adakah orang yang sanggup membuatnya untuk menganiayai orang lain?
Semata-mata dengan sedikit bayaran dunia, tidak kah mereka takut kepada dosa dan sebagainya?
Zaman ini manusia menjadi makhluk yang serba boleh, serba jadi. Misalnya mereka sanggup mendera isteri, mendera orang gaji, membunuh diri, keluarga dan rakan, serta melakukan pelbagai kemusnahan.
Manusia menjadi haiwan, malah lebih teruk daripada haiwan. Apakah itu (menggunakan santau) tidak dikatakan sebagai manusia kerana wang atau kerana hendak memuaskan hati?
Oleh santau adalah salah satu daripada kekejaman manusia. Yang penting tanda-tanda penyakit tadi jelas, orang itu sakit, setiap sakit ada ubatnya.
Berubatlah dengan cara yang betul, apabila Allah bukakan ruang kesembuhan, insya-Allah kena ubatnya, penyakit akan sembuh.
Sering kita dengar ada orang yang boleh membeli santau daripada orang tertentu dan sebagainya, itu adalah kata orang, anda jangan mudah mempercayainya.
Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar kita selamat dari kedengkian manusia.
Wallahu a’lam
Itu tulisan yang aku baca dari Datuk Dr Haron Din
Kenapa aku tulis pasal santau ek…entahlah, cuma ramai sangat yang dok bercakap pasal benda ni bila jumpa aku lately ni
Mungkin mereka mahu memberitahu aku secara ‘in-direct’ bahawa aku mungkin mangsa perbuatan itu
Takpelah, santau ke, bukan santau ker, aku serah semuanya pada Allah
Kerana aku percaya, tiada siapa, waima tok bomoh gred A pun, dapat menandingi kekuasaanNya jika ia tidak diizinkan
Ingat Kun Fa Ya Kun?
benda ni memang ada bro…ada macam versi lagi…santau angin ler…santau air…santau makan2..minum2 …dalam disko ..pub pun ada bro kerja2 macam ni…pelik sungguh…bukan setakat masyarakat melayu…china india pun dah pandai main benda ni…mana dia orang dapat pun tak tahu….seram ooo…
Itu belum bab tanam susuk….bajang…dsbnya…mmm….
Macam mana pun kita harus berhati-hati…minta perlindunganNYA…..
salam
memang benar bro Kun Fa Ya Kun, bila Allah berkata JADI maka JADI lah, dan Allah juga ada berfirman, setiap penyakit ada penawar dn sebaik baik penawar adalah Alquran.
Tapi kita yg tidak arif ini tidak tahu ayat yg manakah yg sesuai dgn penyakit kita, maka kita kena rujuk kepada yg pakar seperti sakit jantung rujuk doktor jantung dn sakit mata jumpa doktor mata…
Saya rasa sahabat faham apa yg saya cuba sampaikan…
Kalau betul…you dapat banyak pahala…tp I rasa tak kot…doakan u dari jauh…
Banyak2 bersabar dan sembahyang sunat banyak2 amalkan sembahyang Israq(terbit matahari),hajat dan Dhuha,insyaalah………….
,saya mendoakan teman cepat semboh.