Gambar di atas adalah En. Ghani, bapa kepada kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda yang dirogol sebelum dibunuh dengan kejam di Johor empat tahun lalu.
Suspek kes bunuh itu terlepas dari tali gantung sebaliknya hanya dihukum penjara 20 tahun kerana merogol, ini disebabkan mahkamah mendapati terdapat banyak kelemahan dalam kertas pendakwaan dan siasatan.
Hujah peguam bela;
Walaupun kesan air mani pihak ketiga itu tidak ditemui pada tubuh mangsa sebaliknya pada sehelai tikar, ia mencukupi bagi menyimpulkan bahawa bukan perayu seorang berada di tempat kejadian.
Hujah pendakwaraya;
Perayu bijak melupuskan bukti kes menyebabkan ahli kimia tidak menemui apa-apa kesan air mani pada tubuh mangsa, pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang spermatozoa pada kemaluan mangsa melainkan cecair jernih yang memungkinkan bahawa alat sulit kanak-kanak itu telah dibersihkan daripada kesan ejakulasi.
Hujah Hakim
Kehadiran pihak ketiga itu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan kesan air mani pada sehelai tikar yang dijumpai di luar pondok pengawal itu. Dengan adanya pihak ketiga, mustahil bagi mahkamah membuat kesimpulan bahawa perayu merupakan satu-satunya individu yang terlibat membunuh mangsa
Sedih , terkilan dan amat kecewa… Apakah yang telah terjadi pada masyarakat hari ini? Apakah kita hanya boleh bermimpi bahawa keadilan pasti akan hadir?
memang kita berasa tidak diperlakukn dgn adil..tetapi ingat wahai semua..terutama mereka2 yg terlibat…bahawa Allah itu Maha Berkuasa…anda mungkin sedang tersenyum…….senyumlah..sementara masih ada peluang..sesungguhnya azab Tuhan menanti anda…itu pasti wahai pendosa……buat keluarga adik Nurul Huda..bertabah & bersabarlah…sesungguhnya doa kita semua didengar olehNya..dan sekarang adik Nurul Huda yg kita sayangi amat bahagia disisiNya…
kepda kelurga nurul huda bykkan bersbar ye redho je apa yng trjadi kepada pehak kelurga nurul huda bykkan doa dan zikir semoga nrul huda bertmpatkan owg yang beriman sya ucpkan taziah pda nurul huda